Lama dah tak bercerita tentang satu-satunya hero ibu nie.
Makin hari Farouk makin membesar depan mata namun
kemanjaan dia tidak banyak berubah.
kemanjaan dia tidak banyak berubah.
Masih lagi suka peluk-peluk ibu, laga-laga pipi dan bertepek macam anak siput.
Farouk belajar puasa diawal usia 6 tahun.
Diwaktu usia 7 tahun dia mampu puasa penuh walaupun
ibu terpaksa menjadi penglipulara yang berjaya...he3X...
Itupun ibu pastikan solat wajib mesti penuh dahulu baru ibu
latih Farouk berpuasa.
Terkadang kita lupa fardhu yang utama "solat" kerana teruja
tengok anak-anak puasa penuh sebulan termasuklah ibu.
Tahun ni banyak perubahan ketara yang ibu lihat pada Farouk terutama
dalam menjalani ibadat puasa.
Kalau tahun-tahun terdahulu ibu terpaksa menjadi seorang
penglipulara bila Farouk mengadu haus.
Setiap petang ibu terpaksa 'rajinkan' diri bercerita,
ibu kena rajin search google
ibu kena rajin search google
gambar anak-anak kat Ethopia untuk tunjukkan pada Farouk penderitaan orang lain.
Ibu terpaksa jadi pelakon utama bawa watak sedih.
(Kisah Farouk klik SINI.)
Sejak puasa setiap hari sebelum ke Sekolah Agama Farouk akan mengaji dulu
secara kendiri dengan kehendaknya..
Tapi yang tak menahan tu mengaji depan TV.
Mengaji berselang seli menonton rancangan kartun...Alahai.
Tapi lebih dasyaat saat itu si ibu terbongkang depan TV
layan drama......
Malu-malu bila ibu snap pic......
Balik sekolah agama cepat-cepat Farouk mandi sebab sibuk
nak "tolong menyibuk" di dapur.
Rimas jugak ibu dengan budak sorang nie.
Dengan mulutnya yang tak tahu diam.
Macam-macam soalan keluar daripada mulutnya.
Bak kata orang lebih mulut dari kerja...
Bak kata orang lebih mulut dari kerja...
Soalan cepu mas :
"Ibu, mahal tak kalau nak kahwin"....
" Masa ibu kahwin, ayah bayar ibu berapa ringgit..?"
Hahaha....bergema gelak ibu dengan pertanyaan Farouk.
Tetiba je....Kadang-kadang macam-macam soalan 'kreatif' yang tak terduga.
Tetiba je....Kadang-kadang macam-macam soalan 'kreatif' yang tak terduga.
Alahai anak..anak, umur belum jejak 10 tahun dah sibuk fikir masa depan.
15 ulasan:
bagusnya farouk kak... nak juga dia mengaji sendiri. kalau muhaimin kena suruh barulah nak buka al-quran tu.
hikhik... soalan cepumas dari farouk ye. macam2 lah dia ni...
Soalan cepumas tu yang tak menahan tu...hahahahahha.
Adam pun baru2 nie solat di surau hospital, sempat juga dia selitkan mengaji sebentar. Tanpa di suruh. Bila ditanya kenapa lambat masuk ke wad, katanya dia mengaji sikit. Rasa nak menitik air mata mendengarnya.
Sejuk mata tgk farouk ni..nampak dah makin matang dia..:-)
Hensem hero Ibu ni. Baguslh kalau anak lelaki pun bole membantu di dapur. Walaupun ada kakak, sekurang-kurangnya dia tahu kerja2 d rumah, terutama di dapur.
alhamdulillah...
boleh buat menantu ni...
rajin ank bujang ibu menolong di dapur...
rajin mengaji lak tu... untung2
Alhamdulillah.. bagus farouk ni. Tp soalan dia tu yg tak tahan tu. hehehe..
Alhamdulilah sejuk mata memandang
Alhamdulillah, sejuk hati bila tengok Farouk ni.
Farouk tanya pasal kawin, hehehe kiutlah!
NzA..tu tandanya Farouk dah makin matang, nanti makin macholah hero NzA yang sorang ni, rajin solat, pandai mengaji pula tu.
Hehe..jejaka idaman ni, sangat kreatif soalannya, mau tak tergelak kita dibuatnya.
Alhamdulillah..
Haha.. farouk farouk... mmg dh dewasa tu, dh tanya pasal kwen :-)
Alhamdulillah,farouk anak soleh..:)
soalan dia mmg tak menahan,cpt la akk dpt menantu nti.haha
Alhamdulillah..sejuk perut kan kak.. :)
amboi farouk dah tanye pasal kawin tu heheeheheh
bagus farouk kak...mmg bakal jadi suami yg baik nie....untung sape yg jadi menantu akak nanti...
Eh, dah bertanya pasal kahwin... ni mesti ada seseorang yang 'special'...
Catat Ulasan