Hari ni masuk hari ke 3 ayah terlantar di wad.
Petang semalam ibu rasa tak ada mood nak masak.
Biasanya ayahlah peminat tegar masakan ibu selain anak-anak.
Walaupun meeting di KL atau JB biasanya ayah sanggup berkejar balik semata-mata
nak berbuka di rumah.
Bila ayah tak ada disaat begini , mood memasak pun ke laut.
Semalam, selepas sepetang menemankan ayah di wad
ibu dan anak-anak ke Giant Muar.
Kami berbuka di RasaMas je.
Tinggal kami berlima.
Alhamdulillah masa kami sampai tak ramai orang.
Masa tu lebih kurang 7 petang.
Ibu order set untuk 6 orang.
Pelbagai menu..
3 set nasi ayam + 1 ekor ayam blackpepper, spagheti, mee laksa asam, chicken chop,
aiskrim, vanila oreo ais blanded.
Macam nak makan 10 orang gayanya.
Menunggu waktu berbuka.
6 gelas Coke dan 2 gelas vanila oreo
Waktu untuk makan....
Banyak yang tak habis dimakan....huhuhu....
Selesai berbuka kami solat dulu.
Selepas solat ibu dan 4F shopping-shopping.
Saat begini merekalah penghibur hati ibu.
Penawar dikala suka duka.
Cuma angah je tak ada saat ini.
p/s:
Terima kasih semua diatas doa-doa untuk ayah.
Semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua.
10 ulasan:
betulkan...saat2 macam ni anak yg mnjdi penghibur hati...
p/s..bnyaknya menu berbuka tu...
Meriah berbuka puaasa anak beranak tu NzA, macam2 menu ada. Moga suami NzA semakin baik keadaannya, moga cepat sembuh.
meriahnya =D
Semoga ayah segera sembuh, amin.
Semoga suami akak segera sembuh.
Anak-anaklah yang menjadi penawar duka tika mana kita menghadapi musibah.
Meriah berbuka beramai2...
Moga ayh cepat sembuh ea..
Bila ditimpa dugaan, anak-anaklah selalu yang menjadi kekuatan dan ketabahan hati kita...
Semoga terus tabah.
Mujur ada anak2 jadi peneman kan kak nza..semoga cpt en ayah kuar hospital
Anak2 jadi peneman ibu waktu suka dan duka, semoga suami akak cepat sembuh.
mmg meriah buka puasa ramai2 walaupun tanpa ayah..bertabahlah kak nza.hidup mmg tak selalunya indah...kita doakan yg terbaik utk suami akk..:)
Catat Ulasan