Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Julai 2013

Kenang Daku Dalam Doamu..

Semalam satu lagi peristiwa bersejarah tercatat dalam program di sekolah ibu.
Majlis persaraan Guru Besar @bonda yang telah bersama kami lebih kurang 2 tahun lebih.

Sudah pasti rakan-rakan guru sibuk membuat persiapan
walaupun sambutan amat sederhana.

 Pelamin yang amat simple hasil tangan 'wonder-pets'....

Orang yang kami raikan. Hajah Nik Fauziah merupakan bos ibu merangkap "bonda" yang penyayang.
Terlalu banyak nasihat dan tunjuk ajar yang "bonda" berikan pada ibu selama
kami bersama...

Farouk...Sedih katanya......dia pun menitiskan airmata.
Tapi memang Farouk ni punya hati yang lembut......mudah tersentuh..

Persembahan guru dan murid- Tajuk lagu "Salam Terakhir".
Ibu tidak dapat join sebab merangkap jurukamera.

Pelukan erat seorang'bonda' pada anaknda....
Dah nekad tak nak nangis namun tewas juga bila 'bonda' membisikkan sesuatu ke telinga ibu.
Sayu, sedih, tersentuh........
Terima kasih bonda di atas segala-galanya.....
Akan ku kenang bonda dalam setiap doa2.....
Huwaaaaaaa........ibu mengundang suasana sedih.......

 Bergambar bersama 'bonda' disaat terakhir...

Lambaian terakhir dari kamii.....

"Bonda" diarak dengan jeep dan diiringi persatuan skuter BG.
Saat ini hati bertambah sayu.......

 Lambaian terakhir daripada anak-anak didik buat seorang 'bonda'...
Semoga "bonda" sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah.
Selamat Bersara dan selamat menjalani kehidupan baru setelah berkhidmat selama lebih 35 tahun....


8 ulasan:

Aziela berkata...Reply To This Comment

Wahh...siap ada pelamin. Cantik pulak tu kak... Tapi yer lah...walaupun 2 tahun saja, tapi impaknya besar yer... Semoga GB tu akan berehat dengan gembira lepas nie.

Unknown berkata...Reply To This Comment

dinda yang baca dan melihat gambar pelukan kak ibu dinda terasa sedih dan juga mengalir air mata....

lizz berkata...Reply To This Comment

kemain meriah...bertuah jadi bonda...

ummiross berkata...Reply To This Comment

Baik sungguh hubungan pengetua dengan guru-guru, tentu NzA sangat selesa mengajar di sekolah tu.
Selamat bersara buat 'bonda'..

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Dlm kemeriahan pasti terselit juga kesedihan dan kesayuan...yg patah tetap tumbuh dan yg hilang pasti berganti..tapi kdng2 yg datang tak sama dgn yg pergi...selamat bersara utk 'bonda '

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

amboi,pelamin cikgu nmpk bergaya..hehe lepas ni dpt guru beso barulah ye

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Siap ada pelamin lagi, meriah tu. Bertuah sekolah kak Nza ada pengetua yg sebaik bonda. Selamat bersara buat beliau.

ibuintan berkata...Reply To This Comment

Assalam Nza... slamat mendapat gb yg baru dan slamat bersara buat bonda


meriah dalam kesedihan tentunya

About me