Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

11 Julai 2013

Ramadhan 1-Pengubat RIndu

Tahun ini giliran Angah pula berada diperantauan.
Melalui kehidupan sebagai seorang mahasiswi.
Dan kali pertama Angah berpuasa tanpa family.

Hati ibu mana yang tidak sedih.
Hati ibu mana yang tak sayu.
Setiap kali memasak makanan kegemaran anak hati pasti sedih.
Tahun lepas Along tidak dapat bersama,
tahun ini giliran Angah pula dan mungkin tahun depan ibu
akan merindui 3 orang FARAH serentak........

Inilah cara kami melepaskan rindu.....
Sayu hati bila angah tunjukkan ibu makanan segera yang
dibeli untuk persediaan bersahur.......

Ibu dan Along berskype dengan Angah......

Dan diwaktu terluang, ibu dan anak akan ber"skype".
Terubat rindu dapat menatap wajah anak.
Dan si anak akan becok bercerita tentang aktiviti harian.
Siap tunjuk barang-barang yang dibeli semasa outing.
Bekalan untuk bersahur menjelang puasa.
Sayu dan sebak hanya Allah yang tahu.

Ya Allah, dalam hati ibu tak putus-putus berdoa.
Agar si anak terus cemerlang dan menjaga akhlak serta maruah keluarga.
Mereka tetap baby girls pada ibu.
Alhamdulillah, sehingga sekarang ibu tetap jadi best friend mereka.
Berkongsi apa saja masalah dan kegembiraan.
Sesungguhnya ibu dan ayah bangga kerana memiliki anak-anak seperti kalian semua.....
Semoga Allah sentiasa melindungi anak-anak ibu dengan rahmat dan kasih sayangNya...

23 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

samalah kat sini kak ibu... terfikir apa le Qayyum makan, tapi dia ada dewan makan sediakan cuma bangun ke sahur anak bujang dinda tu....

lizz berkata...Reply To This Comment

nasibla ader skypekan..terubat kerinduan...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Dun worry kak... bazar Ramadhan bnyk kat bukit sekilau tu.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

begitu laa kalo anak2 dah besar kan kak....lagi2 bile belajar atau bekerja jauh....mujur zaman skang dah canggihkan kak.....boleh berskype bagai...terubat rindu kan kak.....

lieya dulu mase belajar kat uitm shah alam n family lak kat kg hanya telefon dan surat ajek laa pengubat rindu....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Joanna Yunus
begitulah kasih seorg ibu..setiap saat n ketika hnya ingatkan anak...

NzA berkata...Reply To This Comment

@nea lopah
aha, bazar tu tepi kolej angah je...cuma kesian cz trpaksa brsahur dgn mknan segera.

NzA berkata...Reply To This Comment

@lieyalatif
betul tu lieya, putaran hidup yg kita akn lalui...cuma skrg agak bruntung w.pn jauh masih mampu brinteraksi smbil dpt tatap wajah2 mrk......

NzA berkata...Reply To This Comment

@lizz
aha lizz, sekurg2nya dpt tatap wajah n dngar suara anak...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Skype...lebih baik dari sekadar telefon. Mungkin ini latihan kak. 3 Farah dah membesar. Nanti habis belajar, kerja entah di mana. Lepas tu berumahtangga. Mesti lagi rindu nanti kan...

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

alahaiii..ikut sebak plak kak nza..terasa kerinduan kak nza pada anak2 tuh..wuwuwu

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, teknologi sekarang dapat juga berskype dan menatap wajah anak kan NzA, terubat rindu seketika.
Memang rindu bila berjauhan dengan anak2 terutama ketika bulan puasa, rasa sedih sangat bila nak berbuka bila anak2 jauh.
Anyway, ummi doakan anak2 NzA tabah mengharungi dan terus cemerlang dunia dan akhirat.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Aziela
aha, betul tu aziela, sekurg2nya nmpk muka ank2...nmpknya akak pperlu bersedia utk brdepan semua ni...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Lily@MamaZaraZareef
begitulah yg mak kita rasa lily, skrg giliran akak pulak.....hu3X....

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
aha ummi, dunia makin maju...syukur krn sekurg2nya dpt lepaskn rindu pd anak2 dgn menatap wajah mrk dr jauh.....
TQSM ummi di atas doa2 ummi.....

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Bulan2 puasa ni memangla, kalau yg jauh tu terasa sayu asyik teringat. Haisy teringat pulak zaman kolej dulu, dok jauh di KL. Bulan puasa rasa nak pasang sayap balik rumah ja..Semoga Angah tabah berpuasa di perantauan, amin.

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

walaupun belum bergelar ibu..tapi boleh faham perasaan akak. tengok riak muka wajah mak pun dah tau sedihnya bila adik pun first time berpuasa jauh dari family. iftar makan kurma je. saya yang kakak ni pun rasa pilu sekali...

kita doakan mereka berjaya..in shaa allah..semoga pengorbanan itu membuahkan kejayaan.

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Hati seorg ibu, pasti rindu kan kak... sayu mngenangkan anak..huu

NzA berkata...Reply To This Comment

@Dinas Aldi
aha dinas, trkenang kisah waktu belajar dulu....kalau boleh nk je terbang blk berbuka n brsahur kt rumah setiap hari.....hu3X....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Murni Alfathunnisa
hidup umpama roda kan dik, pasti kita akn rasa apa yg pernah ibu/ayah kita alami...skrg akak dh rasai keadaan itu....

NzA berkata...Reply To This Comment

@mama lieyna
betul tu eina, kasih seorg ibu trhdp ank2....

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sayu je kan rasa.cptnya anak2 dh besar n tinggalkan kita..

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
mmg sayu krn trlalu cpt masa brlalu....

Salmi berkata...Reply To This Comment

Situasi sama di sini, Yah. Angah dan Ude hanya berpuasa bersama rakan-rakan. Alhamdulillah, Along sedang cuti sekarang..

About me