Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Julai 2013

Seharian Bersama Si Kecil.

Semalam ibu ke sebuah sekolah berhampiran sempena Karnival Pra Sekolah Daerah.
Dilantik sebagai "hakim yang arif lagi bijak sana".....yelah tu....ekekeke.....
3 orang hakim dilantik dari sekolah berlainan.

 Banner yang sempat ibu snap di dewan besar SKS5D.


 Masing-masing tekun menyiapkan tugasan.

 Kelakar ibu dok perhatikan budak lelaki tu.
Sampai naik juling matanya dok mengunting kertas....


 Anak-anak comel sedang menyiapkan tugasan yang diberikan.
Tekun je budak-budak  comel ni.
Masing-masing menyiapkan tugasan tanpa bersuara.....
Kagum pulak ibu tengok mereka.
Tapi kisah selepasnya tak payah ceritalah..
Aduyai.........melenting sana-sini...
Kagum melihat cikgu-cikgu pra-sk yang
sabar tahap maksimum melayan kerenah anak-anak kecil ini.

 Sempat tengok kamera masa ibu memantau mereka membuat tugasan.

 Tekun....


Hasil kerja yang dalam proses untuk disiapkan.

Pening juga ibu dan 2 orang rakan untuk memilih pemenang.
Penyertaan sebanyak 21 buah sekolah dan hanya 3 pemenang yang perlu dipilih.
Lagipun peruntukan masa untuk hakim sangat terhad.
Tak sempat kami nak semak semula buku skrap yang benar-benar berkualiti.
Tapi semuanya memang terbaiklah.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai dari PPD.
Ibu dan 2 orang rakan juga menerima cenderahati berupa beg sandang...
(belum sampai rumah beg itu dah dibooking oleh Farouk..)
Selesai majlis penyampaian hadiah, ada jamuan untuk tetamu jemputan dan VIP.
Masa tu ibu pun dah kelaparan maklumlah masa sarapan
sempat makan 2 ketul cucur udang je kat sekolah.....hehehe....
Majlis berakhir lebih kurang pukul 1 petang....
Minggu ni amat sibuk dengan pelbagai program........

8 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

Terbaiklah NzA..

jadi hakim tu satu penghormatan dan pengiktirafan, tahniah.
Tahniah juga buat anak2 comel yang berbakat tu.

Unknown berkata...Reply To This Comment

Masa mula2 tekan n3 ni ingat faruk dpt adik hejehehe...

Kak ibu mmg terbaik...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Seronok layan budak2 kecil ni NzA... akak pun suka :D

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

wah bestnye jadi juri...
teringin gak...hehe

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

Wah kak...juri terhormat ni heheheeheh

Suke lieya tgk hasil projek dieorg kak...walau pun yg buat tu budak2 kecik tp nampak kemas die....cermat dieorg buat kerje kan....

Hepi weekend kak...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

seronoknya pertandingan buku skrp nmpk meriah..tambah meriah dengan kehadiran hakim yg arif lg bijaksana.hehe

Maria Firdz berkata...Reply To This Comment

Seronoknya..bgus ank2 digalakkn program mcm ni..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Tugasan yang amat mencabar buat para guru prasekolah melatih anak-anak kecil ni. Seronok tengok mereka berkreativiti. Tahniah!

Tahniah juga buat para hakim yang berjaya melaksanakan amanah.

About me