Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 Julai 2013

Ramadhan 1 hingga 15 - "BIG BOOK"

N3 kali ini ibu selitkan aktiviti ibu dan rakan-rakan 
sepanjang Ramadhan.
Sebenarnya sepanjang Ramadhan ini ibu langsung tiada waktu rehat di sekolah.
Banyak waktu dihabiskan untuk menghasilkan sesuatu yang di bawah "akta paksa rela".
Terkadang kerja-kerja terpaksa diangkut ke rumah untuk disambung.

Jika orang lain sibuk berkongsi resepi dengan rakan-rakan,
team kami berkongsi kertas, gunting, mesin printer dan liminate.
Jika orang lain sibuk berbicara tentang tema baju raya,
kami sibuk berbincang tentang warna tema "BIG BOOK" kami.
Jika orang lain sibuk berebut-rebut melihat sample biskut dan kek,
kami berebut-rebut warnakan bahan-bahan yang perlu dibereskan.
Jika rakan-rakan lain mengisi masa rehat bertadarus bersama anak-anak murid,
kami secara berjemaah terbongkok-bongkok menyiapkan tugasan.

Ibu dan rakan akur atas dasar
"KAMI YANG MENURUT PERINTAH"
walaupun dihati terselit "sedikit" perasaan terkilan.
Rasanya tidak terkejar untuk lakukan semuanya.
Pada hakikatnya tugas hakiki kami "mengajar"
tapi tugas-tugas sampingan banyak menganggu tumpuan.
Siapalah ibu dan rakan-rakan untuk bersuara.....

 Puluhan kuntum bunga-bunga cinta yang siap di printe, di liminate dan digunting.
Kalau buat biskut bunga2 cinta best la jugakkan....alahai.

Orang lain sibuk masak sayur karot, ibu sibuk warna gambar karot....

Orang lain sibuk berdeko-deko di rumah,
ibu sibuk menyusun gambar-gambar disetiap kepingan kertas tebal berukuran manila-kad........


 Main belasah jelah......comelkan kalau raya buat biskut penguin camtu....
He..he.he...lalu ke nak telan nanti...

 Main tepek menepek..

Karot dah selamat disusun dalam bakul..

 comot je ibu warna...

Anak-anak itik yang kena sembelih.
Sedap juga kalau masak rendang...
10 ekor itik tu boleh jamu buat kenduri......

Terpaksa melupakan waktu pulang dan rehat di rumah...
meneruskan kerja-kerja dengan kadar segera.
Namun kami tak boleh terus mengeluh.
Tugasan perlu diteruskan.




Sentuhan terakhir....Kak Mas ditugaskan memasang chain.

Peneman setia ibu dan rakan-rakan.
Baru lepas beranak semalam.

K
Bahan yang diangkut ke rumah.
Dalam menyediakan juadah berbuka dan bersahur,
mencuri waktu untuk menyiapkan kulit "BIG BOOK".
Yang pasti ianya nanti BUKAN jadi hak milik ibu dan rakan-rakan.

Dan kulit untuk "big Book Literasi'.
Moga cepatlah semuanya selesai.
Rasa senak je kepala otak ibu nie......

p/s:
TQSM Along kerana banyak membantu tugasan
di dapur sementara itu meneruskan tugasan ibu........

12 ulasan:

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

gitule dugaan seorng yg bergelar pendidik kan kak...dulu setakat mengajar jek..skrang mcm2 beban tugas ade hah....

besar pahala akak...moga2 akak terus cemerlang dlm kerjaya yeak kak....

btw, cantik hasil akak buat tuh...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Untung dapat Guru yg kreatif macam NzA ni... mesti budak2 suka tu :D

Unknown berkata...Reply To This Comment

Kalau cik bieha tgk big book ni, kompom lah dia teruja ni.

pssttt: masak apa berbuka ari ni ibu?

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Hanya Allah SWT saja yg dapat membalas bakti budi kak Nza & rakan2. Cantik betoi hasil kerja tu, kak.

lizz berkata...Reply To This Comment

kreatipnyer...rajin...
bertuah la kalo dapat cikgu yang rajin gini...
nak belajar pun semangat...

ummiross berkata...Reply To This Comment

berbaloi2, serius cantik hasilnya NzA. Tahniah kpd semua yang terlibat menyiapkannya.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Saya dah dapat bayangkan ksibukan tersebut..tapi berbaloi lihat hasilnya..cantik dan kreatif..

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Cantik n kreatif la akak n kawan2... :-)

Takpe gak, besar ganjaran pahalanya tu....

sal ya berkata...Reply To This Comment

cikgu sekarang ni sibuk mengalahkan orang kerja pejabat.

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

tak siapa dpt menyangkal tugas hakiki seorang pendidik macam kak nza n rakan2 yg lain. dlm satu masa byk betul kerja yg perlu dilunaskan.

moga Allah mengganjari apa jua yg akak lakukan...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

cantiknya big book ni..tengok gambar je dh pening.dpt bayangkan macam mana peritnya akk dan kawan2 nak siapkan benda ni?

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

salam..mohon share ea..tq

About me