Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 Ogos 2011

SELAMAT HARI RAYA SAHABATKU-Puasa ke 27

Semasa n3 ini tersiar mungkin ibu dah dalam perjalanan
pulang ke kampung.
Dan InsyaAllah, semoga Allah memelihara dan
melancarkan perjalanan kami sekeluarga.
10-12 jam perjalanan memang amat memenatkan.
Semoga Ayah mampu bertahan.......

Di kesempatan ini ibu dan 4fn1mf-family ingin mengucapkan 
SELAMAT HARI RAYA 
Maaf Zahir Batin

kepada:
semua ahli keluarga ,
rakan-rakan blog,
warga SKPK
rakan-rakan lama,
ex-student
anak-anak murid SKPK
dan sesiapa yang mengenali diri ini.

Mohon maaf sekiranya sekiranya ada komen-komen
ibu yang menguris hati dan perasaan atau mungkin
ada n3 ibu tidak menyenangkan atau menyentuh hati tanpa ibu sedar..
Ibu hanyalah insan biasa yang serba kekurangan.

p/s:
Mungkin blog ni akan sepi seketika...........


26 Ogos 2011

Majlis Khatam Selesai-Puasa ke 26

Pagi tadi selesai sudah Majlis Khatam Al-Quran.
Selama sebulan jugalah murid-murid ni bertadarus semasa waktu rehat.

Dan hari ini terakhir persekolahan sempena Hari Raya.
Kami bercuti bermula esok sehingga hari Ahad (5.9.2011)
Kira congak, kami cuti selama lebih kurang 8 hari....
Seronok..seronok..sila jangan jeles ye.
Tapi risau juga sebab naik sekolah murid-murid Tahun 6 akan hadapi UPSR.

Peserta Khatam.
Naurah salah seorang peserta khatam yang terpilih...

 Farouk pun sama-sama membaca yasin.

 Saja-saja menempel....
Hari biru sedunia....

Naurah menerima cenderahati bagi peserta khatam.

Resepi Ikan Air Asam + Kupang Bercili-Puasa ke 26

Teringin pula nak makan ikan air asam.
Dari tengahari dah plan nak masak resepi ni.
Cara nak buat pun amat senang sangat dan sangat baik 
untuk kesihatan kerana langsung tak guna minyak.

Resepi Ikan Air Asam
 Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung saiz besar
(ibu guna ikan tongkol je kerana ayah beli ikan tu)

Bahan perencah:
2 biji tomato-potong kecil
1 biji bawang besar-potong kecil
cili besar, cili padi-ptong kecil
1 cawan air asam jawa
1/2 inci belacan

Cara-cara:
Rebus ikan dan toskan
Curahkan bahan-bahan perencah tadi ke atas ikan.
Hidangkan.
gula dan garam secukup rasa.

Resepi Kupang Bercili
 Bahan-bahan:
Kupang
minyak untuk menumis

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
cili besar, cili padi, cili kering-kalau suka pedas lebihkan cili ni.
sedikit belacan
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:
Tumis bahan kisar.
Setelh naik bau, masukkan kupang.
Gaul sebati dan pastikan kupang masak.
Angkat dan hidangkan.

menu sampingan yang ayah masak.

25 Ogos 2011

Check List Raya-Puasa ke 25

Check List sebelum balik kampung:
1.Baju raya - 
Alhamdulillah dah settle. 
Cuma tinggal sepasang baju raya tambahan untuk Naurah masih dalam proses.

2. Kuih Raya:
Dah settle.
Semua kuih tunjuk.
Masa tunjuk bukan main syok tetapi bila bertubi-tubi sampai kat atas meja
Bilik Guru, tiba-tiba terpegun.
Mak aiii...sabo jelah.
Tiba-tiba kempis dompet gara-gara lupa diri.
Tapi ibu terpaksa order untuk 4 buah rumah.
1 bahagian untuk rumah sendiri.
1 bahagian untuk bawa balik kampung.
1 bahagian untuk mak mertua ibu.
Dan 2-3 jenis untuk mak usu kesayangan ibu di kampung.
Niat hati nak buat kek lapis sebelum balik kampung.
Entah berjaya ke tidak tu.......

3. Duit Raya:
Ayah dah siap tukar dah.
Dan Naurah dah siap masukkan dalam sampul.
Jumlah-biarlah rahsia!!!!!

4. Kasut Raya:
3 Farah yang dah besar tu pun sibuk nak kasut raya.
So dah beli.
Naurah dan Farouk pakai kasut yang dah ada.
Alhamdulillah depa tak kisah.

5. Tudung Raya
Setakat ni rasanya dah settle.
Ibu pakai je tudung yang dah ada.

6. Langsir:
Hu.hu.hu.....BELUM SIAP!!!!!
Baru siap untuk sliding door je.
Siap je terus gantung dan lepas tu yang lain tersadai....
Bila nak siap nie????????
*sebenarnya langsirnya bukan sebab nak raya tetapi dah beberapa tahun tak tukar.
Jadinya ibu ambil kesempatan tukar bulan ni....

7. Packing barang:
BELUM LAGI!!!!!!
Hu.hu.hu.hu...
Mood nak balik kampung berkobar-kobar tetapi bab-bab
mengemas ni yang alergik sikit.
Tinggal 1 hari lagi dah nak balik kampung.
Macam mana ni????????

Rasanya itu je check list yang penting.
Tapi yang risaunya rumah pun belum kemas lagi.
Ada sapa-sapa nak tolong????????.

24 Ogos 2011

A-One, Di manakah Kamu-Puasa ke 24

Siapa tahu kat mana nak dapat produk ni???????
Dah banyak farmasi ibu tanya tetapi mereka kata tak ada dalam stok.
Malah tak pernah tengok produk ni dalam pasaran.

Sabun ni keluaran Mesir dan sangat bagus untuk kulit muka
berjerawat, berjeragat dan bermasalah.
Pendek kata macam pencuci mukalah.
Ibu pernah cuba guna sabun ni .
Kebetulan adik yu beli kat farmasi di Mesir.
Masa tu muka adik yu alami masalah jerawat.
Terperanjat ibu bila tengok muka adik yu sekarang.
Putih, gebu dan licin kemerahan....
Jeles tau....

Masalahnya adik yu beli 2 ketul sahaja.
Dan anak-anak dara ibu berebut-rebut nak guna.
Sudah semestinya cepat habis....

Ibu tak tahu apa kandungannya kerana semua tulisan dalam bahasa Arab.
Menurut kata ahli farmasi di sana, sabun ini mengandungi anti bakteria.
Dan amat sesuai untuk semua jenis kulit.
Entah-entah sabun ni diperbuat daripada susu unta kot.
Hish!!!! pandai-pandai je ibu buat spekulasi....

Ada sapa-sapa boleh tolong???
Atau ada siapa pernah ternampak kat mana-mana farmasi,
tolong maklumkan lokasi farmasi tu pada ibu ye....

Kisah Ikan Goreng Bertepung-Puasa ke 24

Petang semalam ibu goreng ikan celup tepung.
Tiba-tiba hati jadi sayu.
Entah kenapa terkenang zaman kanak-kanak.


Zaman yang indah tiba-tiba jadi sedih bila Abah melanjutkan pelajaran ke UKM.
Sejak itu kami sekeluarga hidup dalam kesukaran dan keperitan.
Kalau tak silap ibu, sewaktu ibu usia ibu 5 tahun.
Malas lah ibu nak kenang lagi saat itu.
Klik sini.

Tapi ikan goreng tepung ini mengamit kenangan.
Semasa itu ibu berada dalam Tahun 1.
Di kantin sekolah ibu (SK Sultan Ibrahim 1, Pasir Mas)
ada menjual ikan goreng tepung ini.
Dan merupakan menu kegemaran ibu.
Kenapa kegemaran kerana makanan ini yang paling murah ketika itu.
Setiap hari ibu hanya mampu membeli seekor
ikan kecil bertepung dengan harga 20 sen untuk mengalas perut
dengan berbekalkan air masak.
Sedangkan rakan-rakan lain mampu membeli
nasi lemak, mee goreng dan macam-macam makanan lain.

Dan di satu sudut ibu menanti penuh sabar lebihan 
RMT (rancangan makanan tambahan) 
khusus untuk pelajar miskin.
Ibu tidak layak memandangkan abah seorang guru
(tetapi kerana abah melanjutkan pelajaran, hidup kami susah).
Mama cuma mampu bekalkan ibu dengan wang belanja 20 sen.
Setiap hari ibu berdoa agar ada lebihan makanan itu.
Dapatlah ibu mengalas perut dengan makanan yang lebih enak..

Hu.hu.hu...sedih bila dikenang.
Kenapa lah ikan goreng tepung ni buat ibu sedih.....
Tidak pasal-pasal petang yang ceria bertukar syahdu....

p/s: 
"MAMA, ABAH", kakak rindu kalian berdua..
Kakak xsabar nak jumpa kalian.....

23 Ogos 2011

Resepi Nasi Arab + Seri Kaya Pisang-Puasa ke 23

Semalam dengan gigih kat dapur menyediakan juadah
yang dah  dirancang  beberapa  hari lepas.
Yelah tu..
Tapi memang ibu teringin nak masak nasi arab ni bila call mama di kg.
Menurut mama, dah 3 kali abah dan adik atie masakan nasi arab untuk berbuka..
maklumlah sekarang mama dah tidak macam dulu.
Mama dah tidak boleh bangun dan berjalan sejak keluar ICU
lebih kurang 1 tahun yang lepas....
So sekarang abah dan atie ambil alih tugas memasak..

Sementara tu ibu sediakan seri kaya ni.
ni seri kaya yang tidak berseri pun.
Tapi rasanya sedap jugalah walaupun buruk je rupanya tu..
Abaikan je bentuknya ok...
Sebabnya ibu kata sedap, habis licin dimakan anak-anak.
Kalau nak cuba meh salin resepinya:

Seri Kaya Pisang:
5 biji telur ayam
pisang
1 senduk gula..ikut citarasa.
sedikit gula merah
daun pandan
2 cawan air.

Cara-cara:
Pukul telur dan masukkan pisang yang telah dipotong kecil2.
Panaskan air dan masukkan gula + gula merah dan daun pandan.
Bila mendidih, curahkan adunan telur + pisang ke dalam.
Tutup periuk sekejap dan biarkan selama 10 minit.
Siap untuk dimakan.....


ni acar mentah makan bersama nasi arab...

Ini nasi arab.
Tapi yang tak syoknya nampak leher ayam lak dalam gambar tu...
Rosak gambar jerr...hu.hu.hu....

Resepinya:
1 ekor ayam
5 sudu besar minyak sapi
6 ulas bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
rempah menumis (kulit kayu manis n the geng)

2 sudu rempah kari + 1 sudu rempah kurma  + 3 sudu sos tomato
(kalau ada perencah bukhari abaikan perencah ibu tu)
1 tin susu cair
kuib ayam
garam secukup rasa.
kismis.

Cara-cara:
Panaskan minyak sapi.
Tumis bahan yang dikisar.
Masukkan rempah menumis
Masukkan bahan-bahan yang dibancuh tadi.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan ayam .
Masukkan susu cair dan air secukupnya.
Biarkan ayam mendidih seketika.
Masukkan beras dan masak macam biasa.
Pastikan nasi dan ayam digaul semasa proses memasak.

Setelah masak, taburkan bawang goreng, daun ketumbar.
Hidangkan bersama acar mentah.

Roselle-Puasa ke 23

Sejak bulan puasa ini, pokok roselle ibu bukan main lebat lagi berbunga.
Dalam seminggu dapatlah petik 2 kali.
Orang yang sangat rajin mengendap bunga roselle ni
Naurah dan Farouk.
Pantang tengok bunga dah mekar dan besar, mulailah dituai hasilnya.
He.he.he....macamlah tanam kat ladang rupanya.
Ibu nak simpan untuk buat benih baru pun tak ada peluang.
Habis dikerjakan dua beradik ni.

nilah bunga roselle yang masih dipokok dan jap lagi akan
jadi mangsa Naurah untuk dipetik.

 Bunga-bunga roselle yang telah selamat jadi mangsa Naurah dan Farouk.

jus roselle yang telah siap diproses.
Tak de la susah mana pun.
Cuma buang biji ditengah-tengah bunga dan bersihkan.
Lepas itu rebus bersama gula.
Rasanya hampir menyamai air rebina.



Khasiat Jus Roselle:
*Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
*Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik 
*Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
*Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
*Mengurangkan kolesterol yang berlebihan NUTRISI ROSELLE

22 Ogos 2011

Testing!!!!!-Puasa ke 22

Testing!!!!!!My new account google!!!!!
Ibu dah cuba buka akaun baru dan menjadi
salah seorang author blog ni seperti yang
telah dicadangkan oleh lieya dan Lily@mamaZaraZareef.
Alhamdulillah percubaan berjaya.
Moga selepas ini tidak ada masalah lagi untuk
masukkan gambar-gambar...
Thanks My friend.
Terima kasih juga utk Areef yang bersusah payah
sms ibu pagi2 weekend untuk membantu.
Juga untuk rakan-rakan blog yang banyak memberi
sekongan dan cadangan pada ibu.
Banyak ilmu yang ibu dapat.
Kalian semua kawan2 yang terbaik dan terhebat!!!

21 Ogos 2011

Nasi Ambeng Versi Kelantan-Puasa ke 21

Hari Khamis malam Jumaat, surau taman ibu adakan
majlis khatam Al-Quran.

Ayah cadangkan agar ibu masak nasi ambeng untuk bawa ke surau.
Ambeng versi Kelantan.
Balik sekolah terus masuk dapur.
Masak nasi ambeng ni leceh sikit.
Banyak aksesori yang perlu dimasak.
Dan yang paling leceh nak masak sambal goreng tu.
Kentang, tempe, fish cake, tauhu dan 
macam-macam aksesori kena potong kecil-kecil dan nipis.
Kena pula goreng satu persatu sampai masak.
Sabar jelah.
Kena rendam sooun dan fucuk...
Cili kering kena gunting nipis-nipis...
Fucuk digunting.
Memang agak leceh.....

Dan inilah hasilnya ambeng versi Kelantan.
Dalam setiap bungkusan mesti ada lauk ayam.
Biasanya dimasak kicap atau gulai.
Ada sambal goreng,
Ada mee goreng,
Ada ikan kering goreng,
Ada serunding kelapa.
Itu yang asas jelah.
Sebenarnya banyak lagi bahan-bahan lain.
1 bungkusan boleh dimakan 3-4 orang.

Nasib baik masa nak masak nasi ambeng ni ibu dibantu oleh along dan angah.
Tapi tak tahan tengok along potong bahan-bahan untuk sambal goreng tu.
Sesuka hati je dia potong nipis tebal bahan-bahan tu...
Alahai tak ada seni la.....hu...

p/s:
Skrg ini ibu beroperasi "mendelete" dan edit gambar-gambar lama di blog2 ni, blog PSS dan PSV.....sedih tau.
Cadangan Lieya tu (klik sini) ibu masih study cara untuk selesaikan masalah ni.
Thanks Lieya!!!!

20 Ogos 2011

Sepi-Puasa ke 20

Gara-gara ibu angkut bawa balik 
buku-buku PSS untuk diproses automasi manual di rumah..
Rumah jadi sunyi sepi.
Masing-masing leka memegang buku dan rumah dah macam stor buku.
Konon-konon 4 Farah volunteer nak tolong ibu untuk
masukkan data-data buku dalam rekod stok PSS.
Lain pula jadinya.

Yang ibu geram sampai petang masing-masing masih tidak berganjak.
Leka dan terus leka membaca satu persatu buku-buku tu.
Mak aiii, kalau nak habiskan dalam masa 1 hari teruklah.
Buku-buku tu 1 kotak semuanya.
Agaknya selagi tak habis khatam buku-buku tu  masing-masing tak berganjak.

Apa lagi, ibu mula gunakan akta ugutan.
Sapa-sapa tak tolong ibu masak hari ni,
esok ibu nak bawa buku-buku tu
semula ke sekolah...
Masing-masing kelam kabut......ha.ha.ha...

Tak cukup di rumah, dalam kereta pun diangkutnya buku tu.
Naurah dan Farouk yang dah leka sementara menunggu kakak2nya 3 Farah balik dari sekolah.
Suasana jadi sepi.......

19 Ogos 2011

Menderma Sambil Membantu Rakan Seagama-Puasa ke 19

Hari ini ibu terpanggil untuk membuat n3 tentang kisah 
seorang rakan blogger yang sudah agak lama ibu kenali.
seorang penulis novel terkenal.
Ibu suka membaca hasil seninya.
Seorang suami kepada seorang isteri,
Seorang Ayah kepada beberapa orang anak yang sedang meningkat remaja.
Punya tanggung jawab yang besar terhadap keluarga.
Abang Long telah kehilangan pekerjaan lebih kurang 3 tahun yang lalu.
Dugaan demi dugaan yang terpaksa Abang Long tempuhi
demi mencari sesuap nasi..
Klik sini.

Ibu amat sedih bila membaca luahan hati seorang suami dan ayah.
Tidak pernah kenal putus asa dan jemu untuk berusaha.
Tidak pernah sesekali merayu memohon bantuan.
Memohon bermacam2 pekerjaan tetapi sering kecewa,
melakukan bermacam-macam ikhtiar tetapi Allah
terus menguji beliau sekeluarga.
Beliau tetap sabar dan tabah....

Rakan-rakanku, silalah lawati sendiri blog Abang Long.
Sekarang ini Abang Long sedang mengusahakan produk
Dadih dan Puding Karamel.
Walaupun banyak halangan yang dia tempuhi.

Untuk rakan-rakan yang berminat 
klik sini.


Serampang 2 Mata. Sempena Ramadan ini, kaum muslimin yang berhajat untuk bersedekah, maka saya membuka peluang ini. Para sahabat hanya perlu memesan DADIH dari saya, dan saya akan menghantarkannya samada ke surau, masjid ataupun Madrasah Tahfiz untuk juadah BERBUKA PUASA. Selain dari bersedekah amal jariah, para sahabat juga telah membantu kami. 
TERIMA KASIH.
1 dadih = RM1.50

Kepada rakan-rakan blogger, marilah kita sama-sama,
bersedekah sambil membantu melariskan produk keluaran Abang Long.
Kita membantu setakat yang termampu dan ganjarannya amat besar di sisi Allah.
Membantu saudara seagama yang dalam kesusahan.
Setiap sedekah yang kita hulurkan dengan seikhlas hati,
InsyaAllah, besar ganjaran yang kita dapat.
Terutama kita niatkan sedekah itu untuk anak-anak kita yang
akan menghadapi peperiksaan.....
Sebutlah nama setiap anak pada niat kita itu,
InsyaAllah, kita akan mendapat hasil yang boleh kita banggakan....
Amin.....


Buat Ababg Long,
Semoga terus tabah dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Abg Long sekeluarga.
Semoga Aidil-Fitri kali ini memberi sinar baru dalam kehidupan Abang Long sekeluarga.
Amin..amin...amin....

Masalah Belum Selesai-Puasa ke 19

Tension memikirkan keadaan blog ibu yang makin nazak ni.
Makin hari makin banyak masalahnya.
Rasa nak aje ibu tutup blog ini .
Tapi inilah dairy kesayangan ibu dan blog inilah yang jadi peneman ibu dikala sunyi.

Semalam ibu terpaksa buat operasi membersihkan blog.
Terpaksa edit dan delete gambar-gambar yang lama-lama.
Bayangkan, macam mana ibu tidak sedih.
Banyak kenangan yang ibu simpan terpaksa ibu pejam mata dan delete.
Ibu tidak sangka rupanya blog juga ada limite untuk masukkan gambar.
Kalau ibu tahu keadaan akan jadi macam ini,
ibu tidak akan wujudkan  blog PSS dan Panitia PSV menggunakan
password yang sama....
Benda dah nak jadi....

18 Ogos 2011

TOLONG IBU, Please!!!!!-Puasa ke 18

Tak habis lagi masalah blog ibu ni.
Pagi tadi ibu dah cuba "setting lama".
Ibu berjaya buat n3 dan terbitkan.
Tapi bila nak buat n3 dan masukkan gambar ,tak berjaya.
Yang keluar bende alah ini:

Terdapat ralat semasa muat naik.

Imej berikut tidak dimuat naik.

· 228816_149808901768138_120341661381529_288575_717194_n.jpg : Anda telah melampaui jumlah kuota muat naik foto anda.
Bagaimana boleh saya dapatkan lebih banyak storan untuk imej saya?
Imej dan foto yang dimuat naik melalui Blogger disimpan dalam Album Web Picasa, anda yang merupakan sebahagian daripada Akaun Google anda. Oleh itu, bilangan imej yang boleh anda muat naik bergantung pada jumlah ruang yang anda gunakan pada Album Web Picasa. Untuk mengetahui berapa banyak ruang tersedia yang anda ada, sila lihat arahan ini.
Perhatian: Sekiranya anda telah meningkatkan had kuota anda baru-baru ini, anda mungkin perlu log masuk ke akaun PWA anda, agar storan baru itu ditunjukkan di Blogger.

Harap maaf, anda telah melebihi kuota muat turun gambar anda. Untuk maklumat lanjut, lihat halaman bantuan Blogger .


Sedih teramat.
Ibu bukan pandai nak godek benda-benda ni semua.
Ibu mohon bantuan rakan-rakan blogger yang mahir
seperti Bee, Ummi Hanie, Kak Yong, ct N Honey
atau sesiapa saja yang mahir dalam bidang ni.
Please...please.....tolong ibu..
TENSION!!!!!!

Thanks ct N Honey-Puasa ke 18.

Syukur Alhamdulillah kerana ct N Honey jadi penyelamat kepada masalah ibu.
Blog ibu tidak dapat dibuat n3 baru sejak semalam.
Tension sangat ibu rasa kerana
seboleh-bolehnya ibu nak juga update dairy ini setiap hari...

Ibu terpaksa guna "setting lama" seperti yang ct cadangkan.
Tidak kisahlah asalkan ibu masih mampu buat
catatan dairy harian keluarga itu di sini.
Walaupun rasa agak janggal kerana sudah
terbiasa dengan "setting terbaru"
Sharing is caring..
Beruntung mempunyai rakan-rakan blogger yang
saling bantu membantu, tidak lokek berkongsi ilmu dan baik hati...
Terima kasih banyak-banyak ct N Honey...

KENAPA BLOG IBU XBOLEH UPDATE NIE?????????

17 Ogos 2011

Pakcik Dadih-Puasa ke 17

Kelmarin Farouk bagi cadangan nak bawa dadih ke surau.
Maklumlah Farouk ini kan "mamat surau" 
dan merangkap pemantau "moreh" yang tak bertauliah kat surau tu.
Kalau kat surau, dialah "penyibuk" yang selalu volenteer menyusun
kuih muih yang dibawa oleh jemaah taman 
Pembantu setia pakcik kat surau tu...

Serbuk dadih Ayah dah beli 2 hari lepas tetapi ibu asyik tertangguh je nak masak.
Semalam Farouk tanya lagi dan lagi dan lagi.
Ibu naik segan pula rasanya.
Dia volunteer nak tolong ibu masukkan dadih tu...
Konon-konon la tu.
Diakan suka sangat tolong menyibuk dan menganggu ibu kat dapur.

 Balik sekolah Agama tanya lagi...
"Ibu dah masak ke dadih tu"....
Amboi macam big bos pulak dia ni......
Bila ibu kata dah siap masak, bukan main senggeh sampai ke telinga.
Tak sempat dah nak tukar baju.
Baju melayu sekolah agama pun main campak je...
Hish!!!! budak ni....

Pakcik dadih sedang menyorok sebab tak pakai baju...
sambil mengira jumlah yang dikehendakinya.....

Ibu masak dalam 2 bungkus dan dapatlah dalam 60 bekas.
Masak 2 perisa, 1 peket perisa laici dan 1 peket lagi perisa vanila.
Alhamdulillah, niat dan hajat  Farouk dah tercapai.
Bersungguh-sungguh dia memasukkan dadih-dadih tu dalam kotak
dan bawa ke surau.
Ayah tak ada untuk membantu kerana Ayah ada majlis berbuka puasa
dengan pengarah kat Muar.........

16 Ogos 2011

Kerja Tetap Diteruskan-Puasa ke 16

Alahai mata, kenapa dan mengapa?????
Teruklah kalau setiap hati macam ini.
Tetapi tugasan mesti diteruskan macam biasa.
Jangan bagi alasan kerana puasa kerja-kerja tertangguh.

Hari ini ibu menghabiskan masa dengan buat 
proses pelupusan@hapus kira buku PSS.
Banyak buku-buku yang dah lembik dikerjakan anak-anak murid ibu.
Tak pelah, itu tandanya mereka rajin pinjam buku, rajin baca buku,
tak pun mereka sepah-sepahkan buku-buku itu.
Asalkan mereka pegang buku pun dah ok.
Nak terapkan budaya sukakan buku bukan senang.

Dan hari ini ibu mampu lupuskan lebih kurang 150 buah buku.
Dah tak daya nak teruskan kerja-kerja itu.
Agaknya cikgu ni kalau bagi kerja-kerja macam ni memang tak tahan lama.
Maklumlah, kerjanya bercakap...bercakap dan bercakap....
Kalau sekadar duduk diam-diam dan mengadap kerja-kerja
tanpa bercakap mata mula layu dan kuyu....

.Berserabut dok tengok buku-buku yang dah lunyai + lembek nie.....
Akhirnya dapat siapkan 1 kotak buku untuk proses perlupusan tu..

 Rehatkan diri seketika. 
Nilah kerja ibu kalau dah bosan...
Melukis atau mewarna.....he..
Terapi minda juga ni....

Pelajar Cemerlang UPPM 3-Puasa ke 15

Pelajar-pelajar cemerlang UPPM 3 menerima cenderahati.

Farah Naurah 6 dari kiri.
Masih kekalkan prestasi cemerlang 7A untuk 7 subjek.
Tahniah Kakak!!!
Teruskan usaha dan jangan malas-malas ok.

15 Ogos 2011

Dalam Mata Ada Taman-Puasa ke 15

Di bulan puasa ni mata asyik kuyu je.
Bila masa free, tanda buku 4-5 buah mata mula mengantuk.
Puas menguap.
Rasa penat pula buat senaman buka tutup mulut macam ni.

Nak mengadap lappy pun tak de mood.
Bukan apa, sejak sekolah ambil package TMNet ni line internet hampeh.
Nak kata siput sedut pun memang patut...
Dulu masa guna pakcage School Net laju je.
Sekarang ni pula semua borang, 
program kena isi secara on9.
Memang menyusahkan.
Banyak kerja terbengkalai dan tertangguh..
Nak tak nak semua kerja tu kena angkut bawa balik rumah.

Sambil melayan mata yang dah makin kuyu,
ibu pergilah merayau-rayau seorang diri di sekitar bangunan sekolah.
Snap sana, snap sini.
Macam orang tak betul pulak rasanya.
Tiba-tiba kena sergah dengan anak-anak murid
yang bergilir-gilir buat lawatan khas ke tandas.
Musim puasa ni kerap benar mereka buat lawatan ke situ.

Murid 1: Cikgu buat apa tu???
Murid 2: Cikgu cari kumbang ek!!!!
Murid 3 : Cikgu ngantuk ke?
Murid 4: Jom cikgu kita p tandas..
Murid 5: Berapa ekor belalang dapat cikgu tangkap?.

Hish!!!! banyak benar wartawan yang tak bertauliah 
nak interview cikgu ni.
Loyar buruk pulak tu.
Sabar jelah dengan budak-budak ni.
Tak boleh tengok cikgu nak santai-santai + berangan-angan sekejap.
Kacau daun betul la budak-budak ni...

Hasil petikan kamera dari seorang cikgu yang tak de bakat dalam
bidang fotografi tetapi suka sangat angkut kamera dalam handbagnya...


Dalam mataku ada taman.
Ngantuk tetap ngantuk.....
Rasa nak je............zzzzzzzzzzzz..............
Aduyaiiiiii....

14 Ogos 2011

Cerita Shopping Semalam-Puasa ke 14

Semalam ibu cerita pergi ke Tangkak.
Konon-kononnya nak window shopping.
Boleh caya ke??????
Memang niat hari tu nak cari kain langsir.
Kebetulan terpandang kain langsir idaman kalbu
Corak English Style.
Kebelakang ini  hati ibu begitu tertarik dengan corak tu...

 Ini kainnya...Ibu beli dalam 20 meter. 
Rasanya cukuplah untuk sliding door, pintu cermin dan pintu bilik....
Baru siap 1 keping ....
Tiba-tiba tak de mood.....

 Ibu berkenan pattern ni.
Pattern ini ibu snap kat kedai langsir tu...
Simple terapi cantik dimata  ibu...
Entah jadi ke tidak ni...

Anak-anak dara pula nak kasut raya.
Ingatkan dah besar, dah tak pakai kasut raya.
Rupanya sama juga....
Ibu bagi syarat, pilih yang harga berpatutan saja.
Alahai anak-anak...
Along pula sibuk nak pilih shawl.
Sejak dua menjak ni anak dara ibu sorang ni mula berminat dengan shawl.
So semalam balik dengan dompet yang kempis lagi....

Dan ibu sempat jahit sepasang baju sempena bulan Ramadan...hi.hi.hi.
Kalau siap esok boleh pakai......

Selamat Hari Kidal-Puasa ke 14.

Semalam 13 OGOS adalah HARI KIDAL SEDUNIA.
pinjam gambar adik....hi

SELAMAT HARI KIDAL SEDUNIA.
Kenapa ibu kisah sangat tentang hari ini????.
Kerana ibu dilahirkan sebagai seorang yang kidal.
Dalam family ibu ramai yang dilahirkan kidal.
Antaranya :
Arwah atok ibu, Tn Hj Yusuf  B Hj Syarif.
Adik lelaki ibu, Dr Ahmad Zakimi dan Khairul Anuar.
Anak-anak ibu, Farah Najdah, Farah Naurah dan Muhammad Farouk.
Anak saudara ibu, Ahmad Amar Hakimi.

Dan pada hakikatnya ibu menjadi mangsa 
ejekan rakan-rakan dan guru sewaktu zaman persekolahan.
Nak tau cerita klik sini..

Juga tidak lupa kepada rakan-rakan blogger yg "lefthanded".
We are special and unique!!!!
Kita dalam kategori 7%-10% sahaja yang wujud di dunia.....

*Artikal lanjut untuk orang-orang kidal sila klik
sini , sinisini, dan sini

13 Ogos 2011

@Tangkak, Johor-Puasa ke 13

Hari ini pagi-pagi lagi Ayah ada meeting.
So ibu ambil kesempatan dengan anak-anak ke Tangkak.
Syurga membeli belah kain dan langsir.


Baju-baju raya ayah, ibu dan anak-anak dah settle..
Lega rasanya.....
Dah tak perlu lagi mendengar suara-suara manja anak-anak
mengajak beli baju raya.....

Pergi ke Tangkak pun sekadar window shopping je.
Kebetulan 3 Farah tak ada aktiviti kat sekolah hari ni.

Sambil-sambil tu nak tengok kain langsir .
Manalah tahu kalau ada yang berkenan dihati.
Maklumlah dah 3 tahun langsir tak bertukar..
Tapi kalau pergi Tangkak memang rambang mata dibuatnya.
Kainnya cantik-cantik dan teramat murah harganya...
Memang berbaloi-baloi.....



Alahai Jala Mas-Puasa ke 13

Tiba-tiba teringin nak makan kuih "Jala Mas".
Kuih tradisi orang Kelantan.

ambil dr en.google.

Kalau nak cari  kat sini memang tak jumpalah.
Ibu cuba godek2 en google cari resepi.
Resepinya amat simple sebenarnya.
Klik sini.
Tetapi awas, kuih ini tak boleh makan banyak ye.
Nanti kena kencing manis.
Sekadar seketul cukuplah.
Sebagai pencuci mulut.

So dengan gigihnya ibu cubalah buat.
Dalam resipi suruh guna corong dari daun pisang tetapi
ibu pula guna acuan  roti jala.
Bila masak tiba-tiba gelak sorang-sorang.
Bukan jadi jala mas tetapi jadi ketulan mas....
Anak-anak tengak semacam je..
Apa pun rasanya lebih kurang sama walaupun tak serupa.....
Tak kisahlah, sekurang-kurangnya tidak kempunan..

12 Ogos 2011

Koleksi Kesayangan Ibu-Puasa ke 12

Hari ini baru terheggeh-heggeh nak buka sebuah kotak yang besar.
Kotak tu itu letakkan kat ruang rehat kat luar sana
sejak dibawa balik hari tu.
Tiba-tiba tidak ada mood untuk melihat isi kandungan di dalamnya.
Padahal selama ini bukan main lagi mengidam untuk mendapatkan benda alah ni.

Sebelum puasa ibu dapat set hidang untuk Hari Raya ini.
Sejak dua menjak ni minat sangat dengan set pinggan mangkuk vantage.
Ibu suka dengan warna dan bunga rosnya yang sweet sangat.

Sebenarnya yang ibu punya masih dalam kotak.
Sejak dapat hari itu belum buka dan check lagi.
Malas pula nak buka kotaknya kerana besar dan berat sangat....
Tinggallah tersadai  di tepi dinding.
Rasanya selepas beraya di kampung baru buka kotak tu kot...
Itu pun kalau rajin masak-masak untuk raikan kawan-kawan.
InsyaAllah......

Set pinggan mangkuk dan minuman ini dah 2-3 tahun lepas ibu beli.

Dan untuk bekas kuih muih ini, ibu beli tahun lepas.
Entahlah, sekarang ini kalau tengok pinggan mangkuk vantage hati terus jatuh cinta.
Ibu kumpul setakat termampu aje.
Itu pun untuk kegunaan yang perlu sahaja....

Menghitung Hari-Puasa ke 12

Ibu menghitung hari bukan kerana tidak sabar untuk menyambut hari raya.
Tetapi menghitung hari untuk menatap wajah-wajah kesayangan ibu.
Wajah yang sentiasa ibu rindui di kampung.

Dan ibu sangat bersyukur kerana sepanjang usia
perkahwinan ibu, kami akan menyambut hari raya di kampung ibu.
Bukan dari desakan ibu.
Tetapi di atas kehendak ayah sendiri.
Ibu amat bersyukur sangat-sangat.
Walaupun ada suara-suara yang tidak senang dengan
keadaan ini.
Ayah amat memahami dan bagi Ayah di Johor
kami menyambut hari raya selama 1 bulan.
Bila-bila masa kami boleh meraikannya....
Jadi tiada masalah giliran timbul bila setiap kali.hari raya akan menjelma.

Dan ibu bersyukur kerana mempunyai seorang 
ibu mertua (MIL) yang memahami kehendak anak lelakinya.
Malah  MIL akan akan menyediakan
kerepek pisang, rempeyek, karas, dan kuih deram
untuk dikirim khusus kepada besannya di sana..

Terima Kasih Ayah!!!!!Terima kKasih Mak!!!!

11 Ogos 2011

Menu + Resepi Kuih Chara dan Singgang-Puasa ke 9 dan 10

Alhamdulillah hari ini masuk 11 hari kita berpuasa.
Ibu kadang-kadang buntu memikirkan resepi untuk dimasak untuk berbuka.
Masak simple tidak kisah asalkan anak2 dan ayah suka makan.

Puasa ke 9
 Along volunteer nak masak roti jala.
Syukurlah ada orang nak tolong buatkan
kerana nak buat roti jala ni memakan masa juga.
Sambil itu ibu masak kari ayam, sayur bendi dan tauhu telur.

Puasa ke 10
Tiba-tiba teringin nak makan kuih chara berlauk.
Dan sekali lagi Along volunteer nak bantu ibu buatkan kuih chara.
Intinya ibu yang masakkan.
Disamping itu ibu masak singgang daging + goreng udang + ikan kering.

Resepi kuih Chara Versi ibu:
1/2 kg Tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/ susu cair/ santan
1 biji telur
garam secukup rasa.
1 sudu gula
serbuk kunyit untuk warna.

Cara-caranya:
Bancuhkan kesemua bahan dan kisar.
Biarkan adunan itu cair seperti memasak lempeng.
*Adunan kuih chara lebih kurang sama untuk membuat roti jala.

Inti :
Isi ayam (bahagian dada)-cincang
1 biji kentang-cincang
2 sudu rempah kari daging
1 biji bawang besar-cincang
2 las bawang  putih-ketuk
minyak untuk menumis
garam + gula secukup rasa.

Tumiskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih.
Tumis hingga garing.
Kemudian masukkan rempah kari.
Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan kentang.
Masukkan perasa di atas..

Cara memasak kuih chara:
1. Guna acuan kuih chara.
2. Guna api yang perlahan
3. masukkan sedikit minyak ke dalam setiap acuan.
4. Curahakn adunan dan kemudian letakkan  inti diatas adunan.
5. Tutup dengan penutup.
6. Setelah masak ulang proses yang sama.

Singgang Daging
Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
3 hirisan lengkuas-kisar
1 inci halia-kisar
4 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
2 sudu ketumbar-kisar halus
asam keping atau asam jawa.
garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara-cara:
Masukkkan semua bahan ke dalam periuk.
Jangan lupa masukkan air....
Masak sampai empuk.
Siap untuk dihidangkan.
Kalau hendak pedas, ketuk cili padi dan masukkan
ke dalam singgang...

*Petang ni tak tahu nak masak apa lagi.......

10 Ogos 2011

Tukang Bancuh Air-Puasa ke 10

Tugas untuk si bujang ibu, Farouk, tukang bancuh air.
Sejak-sejak puasa ni rajin benar nak menolong ibu kat dapur.
Selagi ibu tak kata "YA"
selagi itu dia mengekor ibu....
Rimas betul!!!!!

Tetapi si kakak-kakaknya suka menyakat.
Tak perlukan pertolongan Farouk ni.
Bukan apa, nanti entah apa la nanti jadi dengan kuih-muih
hasil sentuhan tangan farouk tu nanti.
Kang tak pasal-pasal jadi macam karipap yang berubah warna
dan terpaksa dihumban ke dalam tong sampah
tanpa pengetahuan si empunya diri...hu.hu.hu...

Tetapi tugas sebagai pembancuh  yang diberi dipatuhi dengan jayanya.
Suka sangat dengan tugasan yang diberi.
Dia menjalankan tugasnya dengan cemerlang sekali.

Hari pertama puasa, kami nyaris-nyaris diserang penyakit kencing manis.
Gara-gara bancuhan air yang farouk buat terover manis.
Bila ibu tanya berapa banyak gula yang Farouk masukkan..
Katanya 3 senduk besar aje ibu....
Ha, 3 senduk besar aje......Aduyai.....

Dari hari ke hari sudah semakin ok rasa airnya kerana kuantiti gula dah dikurangkan.
Sesekali kalau Farouk tidak larat, ayahlah jadi mangsanya
ke param untuk membeli air tebu atau soya....
Alahai....Farouk...Farouk...

 Sedang gigih membancuh air manggo....

Bertadarus-Puasa ke 9

Sekarang ini bila waktu rehat ,
di sekolah ibu diadakan program tadarus Al-Quran.
Semua murid-murid wajib bertadarus dan dibimbing oleh setiap guru.
Setiap guru telah diagih-agihkan kepada surah yang berbeza
untuk membimbing murid-murid dalam kumpulan yang kecil.

Ini group ibu, ibu diberi juzuk 27.

Budak-budak kecil ini senang dibentuk.
Mereka mendengar kata dan patuh pada arahan.
Walaupun terkadang mereka mencabar kesabaran guru.
Alhamdulillah, bila loceng rehat berbunyi ,mereka tanpa
lengah-lengah menuju ke tempat yang telah ditetapkan...
Bersiap sedia untuk bertadarus bersama-sama..

Indahkan kalau program macam ini berjalan setiap hari
di sekolah dan di rumah walaupun selepas Ramadhan .
Bila difikir-fikirkan, kehidupan kita sekarang  banyak
dihabiskan untuk mengejar keduniaan semata-mata.......

9 Ogos 2011

Resepi Semalam-Puasa ke 8

Maaflah ye kerana sejak puasa ni ibu asyik tayang makanan.
Bukan niat nak menunjuk-nunjuk tetapi memang kewujudan  
blog ini pun untuk catatan atau dairy ibu sekeluarga.
Laipun ibu masak ala kadar mengikut selera 
anak-anak dan ayah.
Kategori simple dan mengelakkan pembaziran.
Dan mungkin akan jadi bahan atau rujukan anak-cucu ibu kelak.
InsyaAllah..Itupun kalau blog ni masih panjang umur........

Yelah, ada orang kata tayang-tayang makanan tak elok.....
Tidak kisahkan kerana ibu tahu rakan-rakan blogger
yang bertandan adalah rakan-rakan yang sudi berkongsi dairi kami...
Kita kena hormat niat masing-masing..
Setiap orang tidak sama.
Tidak syoklah kalau ada yang seolah-olah tidak puashati
dengan tema blog seseorang..

Ada orang wujudkan blog Politik, Keagamaan, Kekeluargaan, Bicara Artis
Isu Semasa, bisnes dan macam-macam...
Itu baru dinamakan perkongsian..
Dan semua itu ibu akan singgah demi mendapat ilmu....
Tak gitu?????....
Kata orang sentiasa "THINK POSITIF"....
Hish!!!! kesitu pula ibu nie...

Oklah, ibu nak tayang (tayang la sangat) hasil airtangan
ibu + Farouk semalam.
Sila jangan bosan ye......

 Semalam ibu masak murtabak maggie.Resepi di sini.
Ada kejadian disebaliknya.
Taulah Farouk tu, kalau ibu masuk dapur dia mulalah sibuk
volunteer nak tolong.
Terkadang ibu jadi rimas dengan "kerajinan" luar biasa dia.
Semalam punyalah sibuk nak tolong kacau bahan perencah.
Akhirnya!!!!!!!!....abis bahan-bahan tu jatuh dan tumpah.
Sempat juga kena marah dengan ibu yang tengah kepenatan ni....

Daging masak rose. Resepi di sini.

 Dah buntu nak masak ikan tongkol ni.
Akhirnya ibu bakar jelah.
Anak-anak ibu tidak begitu minat ikan tongkol padahal ikan ni baik untuk minda.
Klik sini.

dan lawannya air asam ini..
Sedap jugalah tetapi hanya ibu dan ayah yang makan.
Anak-anak tak layan....hu.hu.hu....

Melayan Budak Ini-Puasa ke 8

Macam biasa selepas solat Zohor ibu tak buat apa-apa.
Sekadar menunggu kedatangan Asar 
sebelum masuk dapur untuk menyediakan juadah berbuka.
Tiba-tiba datang si Farouk mengajak ibu bermain chess.

 Farouk: Jom ibu, main lawan chess dengan Farouk..
bolehlah...bolehlah 
(perkataan "bolehla" akan  disebut berulang-ulang kali kalau dia minta apa-apa)
Ibu: Yelah, tapi sekejap jelah sebab nanti ibu nak solat Asar dan nak masak.
Farouk: Terima kasih ibu..Farouk teror tau main chess....
Yelah tu sangat.

So kami lawan la main chess...
Entah permainan apa yang dia ajar ibu.
Tengokkan macam main "dam aji" je.
Ibu ikut jelah tanpa banyak songeh.....

Bila Farouk dah hampir kalah:
Ibu : Eh, kenapa "horse" Farouk mengundur ke belakang.
Farouk : Tak pelah bu, "horse" Farouk dah tua, dah tak larat nak lompat ke depan...
Lagipun "dia" puasa..."Dia" penat la bu.......
Ibu: Haik!!!!, boleh ke macam tu????.
Farouk: Boleh la bu.....
Along tersenggeh-senggeh tengok adiknya mula auta bila dah nak kalah.

Tiba-tiba aje Farouk berlari keluar.
Farouk: Bye ibu, Ayah ajak Farouk pergi beli air tebu untuk berbuka.
Ibu mainlah sorang-sorang  ye......
Ibu: Amboi-amboi, tadi bukan main lagi ajak ibu lawan....
Alahai, pandai ye, bila dah nak kalah melarikan diri.....
Alahai, bujang ibu......

About me