Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Ogos 2011

Menderma Sambil Membantu Rakan Seagama-Puasa ke 19

Hari ini ibu terpanggil untuk membuat n3 tentang kisah 
seorang rakan blogger yang sudah agak lama ibu kenali.
seorang penulis novel terkenal.
Ibu suka membaca hasil seninya.
Seorang suami kepada seorang isteri,
Seorang Ayah kepada beberapa orang anak yang sedang meningkat remaja.
Punya tanggung jawab yang besar terhadap keluarga.
Abang Long telah kehilangan pekerjaan lebih kurang 3 tahun yang lalu.
Dugaan demi dugaan yang terpaksa Abang Long tempuhi
demi mencari sesuap nasi..
Klik sini.

Ibu amat sedih bila membaca luahan hati seorang suami dan ayah.
Tidak pernah kenal putus asa dan jemu untuk berusaha.
Tidak pernah sesekali merayu memohon bantuan.
Memohon bermacam2 pekerjaan tetapi sering kecewa,
melakukan bermacam-macam ikhtiar tetapi Allah
terus menguji beliau sekeluarga.
Beliau tetap sabar dan tabah....

Rakan-rakanku, silalah lawati sendiri blog Abang Long.
Sekarang ini Abang Long sedang mengusahakan produk
Dadih dan Puding Karamel.
Walaupun banyak halangan yang dia tempuhi.

Untuk rakan-rakan yang berminat 
klik sini.


Serampang 2 Mata. Sempena Ramadan ini, kaum muslimin yang berhajat untuk bersedekah, maka saya membuka peluang ini. Para sahabat hanya perlu memesan DADIH dari saya, dan saya akan menghantarkannya samada ke surau, masjid ataupun Madrasah Tahfiz untuk juadah BERBUKA PUASA. Selain dari bersedekah amal jariah, para sahabat juga telah membantu kami. 
TERIMA KASIH.
1 dadih = RM1.50

Kepada rakan-rakan blogger, marilah kita sama-sama,
bersedekah sambil membantu melariskan produk keluaran Abang Long.
Kita membantu setakat yang termampu dan ganjarannya amat besar di sisi Allah.
Membantu saudara seagama yang dalam kesusahan.
Setiap sedekah yang kita hulurkan dengan seikhlas hati,
InsyaAllah, besar ganjaran yang kita dapat.
Terutama kita niatkan sedekah itu untuk anak-anak kita yang
akan menghadapi peperiksaan.....
Sebutlah nama setiap anak pada niat kita itu,
InsyaAllah, kita akan mendapat hasil yang boleh kita banggakan....
Amin.....


Buat Ababg Long,
Semoga terus tabah dan kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Abg Long sekeluarga.
Semoga Aidil-Fitri kali ini memberi sinar baru dalam kehidupan Abang Long sekeluarga.
Amin..amin...amin....

23 ulasan:

CikguAreefNaim berkata...Reply To This Comment

salam,

in sya allah, dlm bln ramadan yg mulia ni, abg long akan mendpt rezeki kurniaan-Nya, amiin...

kak, masalah dh settled?

NzA berkata...Reply To This Comment

to areef
Sama2 kita doakan utk abg long skluarga dipermudahkan segala urusan..

xsettle lagi la areef..akak trpaksa delete bbrapa gambar utk upload gambar lain...hu...sedih..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Insyaallah ada rezeki abg long di bulan ramadhan.yg penting kita berusaha,jangan sekadar mendabik dada,semoga murah rezeki abg long,Amin..

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
sama2lah kita brdoa utk mrk sekeluarga....

Unknown berkata...Reply To This Comment

Bgsnya Abang Long tu..tk seperti sesetengah orang hanya tahu meminta sahaja tanpa mahu berusaha. Kalau mcm tu sampai bila nak maju....Contohilah bang long ini.

Teknik Terbaru Pakai Shawl

NzA berkata...Reply To This Comment

to abah khalisha
2lh, kagum dgn kegigihn beliau..sama2lah kita membantu beliau memperkembangkan produk ni....

ummiross berkata...Reply To This Comment

Moga abang Long terus tabah dan dimurahkan rezeki,Amin.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Saya doakan semoga beliau terus tabah & diberkati Allah SWT hendaknya.

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
sama2lah kita berdoa utk kesejahteraan beliau....

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
InsyaAllah, doa di bulan mulia ini adalah yg trbaik.....

Mohamadazhan.com berkata...Reply To This Comment

salam kak, usaha yang baik utk memanjngkan lagi kebajikan kepada yang memerlukan =)

NzA berkata...Reply To This Comment

to azhan
kita membantu setakat yg trmampu...semoga beliau juga dpt menikmati kegembiraan spt org lain....InsyaAllah....

Cikli berkata...Reply To This Comment

peluang beramal.

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

masing-masing dengan dugaan tersendiri yang Allah beri. sabar adalah kunci segalanya..

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
brsedekah smbil membantu sesama Islam....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
brsedekah smbil membantu sesama Islam....

NzA berkata...Reply To This Comment

to IM
betul tu IM...setiap org diuji dgn mcm2 keperitan.....Hanya Allah yg maha mengetahui....

Zura berkata...Reply To This Comment

Ya Allah, murahkan sezeki abg long... semoga mereka mendapat rezeki yang berpanjangan...

NzA berkata...Reply To This Comment

to zura
amin..amin...amin....

puanbee berkata...Reply To This Comment

insyallah bu...

NzA berkata...Reply To This Comment

to Bee
InsyaAllah...amin.

anggunpesona berkata...Reply To This Comment

Moga abg Long tabah dan teruskan usaha yg mulia ini. Insyaallah pintu rezedki sentiasa terbuka untuk org yg rajin berusaha. Respect dgn sikap abg Long tu.

NzA berkata...Reply To This Comment

to anggun
sama2 kita doakan abg long agar brjaya dlm interview tu......sedihkan.

About me