Semalam dengan gigih kat dapur menyediakan juadah
yang dah dirancang beberapa hari lepas.
yang dah dirancang beberapa hari lepas.
Yelah tu..
Tapi memang ibu teringin nak masak nasi arab ni bila call mama di kg.
Menurut mama, dah 3 kali abah dan adik atie masakan nasi arab untuk berbuka..
maklumlah sekarang mama dah tidak macam dulu.
Mama dah tidak boleh bangun dan berjalan sejak keluar ICU
lebih kurang 1 tahun yang lepas....
So sekarang abah dan atie ambil alih tugas memasak..
Sementara tu ibu sediakan seri kaya ni.
Tapi memang ibu teringin nak masak nasi arab ni bila call mama di kg.
Menurut mama, dah 3 kali abah dan adik atie masakan nasi arab untuk berbuka..
maklumlah sekarang mama dah tidak macam dulu.
Mama dah tidak boleh bangun dan berjalan sejak keluar ICU
lebih kurang 1 tahun yang lepas....
So sekarang abah dan atie ambil alih tugas memasak..
Sementara tu ibu sediakan seri kaya ni.
ni seri kaya yang tidak berseri pun.
Tapi rasanya sedap jugalah walaupun buruk je rupanya tu..
Abaikan je bentuknya ok...
Sebabnya ibu kata sedap, habis licin dimakan anak-anak.
Kalau nak cuba meh salin resepinya:
Seri Kaya Pisang:
5 biji telur ayam
pisang
1 senduk gula..ikut citarasa.
sedikit gula merah
daun pandan
2 cawan air.
Cara-cara:
Pukul telur dan masukkan pisang yang telah dipotong kecil2.
Panaskan air dan masukkan gula + gula merah dan daun pandan.
Bila mendidih, curahkan adunan telur + pisang ke dalam.
Tutup periuk sekejap dan biarkan selama 10 minit.
Siap untuk dimakan.....
ni acar mentah makan bersama nasi arab...
Ini nasi arab.
Tapi yang tak syoknya nampak leher ayam lak dalam gambar tu...
Rosak gambar jerr...hu.hu.hu....
Resepinya:
1 ekor ayam
5 sudu besar minyak sapi
6 ulas bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
rempah menumis (kulit kayu manis n the geng)
2 sudu rempah kari + 1 sudu rempah kurma + 3 sudu sos tomato
(kalau ada perencah bukhari abaikan perencah ibu tu)
1 tin susu cair
kuib ayam
garam secukup rasa.
kismis.
Cara-cara:
Panaskan minyak sapi.
Tumis bahan yang dikisar.
Masukkan rempah menumis
Masukkan bahan-bahan yang dibancuh tadi.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan ayam .
Masukkan susu cair dan air secukupnya.
Biarkan ayam mendidih seketika.
Masukkan beras dan masak macam biasa.
Pastikan nasi dan ayam digaul semasa proses memasak.
Setelah masak, taburkan bawang goreng, daun ketumbar.
Hidangkan bersama acar mentah.
26 ulasan:
Salam,
Akak, bila nampak tajuk nasi arab + seri kaya pisang, cepat2 saya datang jengah... Ambil bau n cari mood memasak... :-)
Sedapnye tgk Nasi Arab tu kak..
X tahan tgk acar nenas tu.. ^_^
to nae
hi.hi.hi.....dh dpt idea nk masak apa hr nie????
to lily
rasanya boleh thn la lily..anak2 akak suka mkn trutama mamat arab si farouk tu...hi...
haaa... saya dh copy utk kami pula cuba buat lepas ni.
saya mmg suka nasi arab berbanding nasih minyak, briani dan sebagainya.
t kasih ya :)
p/s beras tu, eloknya beras siam ke?
maklumlah saya ni makan nasi beras tanpa kanji
uii naik arab,tak pernah pun msk..lg 1 seri kaya tu 1st time tgok.yg tau seri kaya boh kt roti tu jer.hehe..
assalam, kak
nasi arab sebungkus kt baazar cheras RM5.50
memang kena pg jugak satu hari ni..memang tabik la
tak pernah rasa serikaya pisang tu
NzA, tang nasi Arab ni yang tak tahan ni, sedap betul nampak.
to AHP
nk masak nasi arab ni kena guna beras siam or basmati baru menjadi cz beras lain nasinya akan jadi lembek....nasi ni xmuak bila mkn..xmcm nasi myk or beryani..selamat mencuba....
to PK
cubalah PK masak cz senang je n sedap...
seri kaya ni brasal dr kelate ttp akak cuba letak pisang cz stok byk kt rumah nie....
to amna
mahai tu ttp oklah kalau sedap.
to imanshah
meh jgn xmeh...nnti ckp nk mkn apa...he..
to ibuintan
rasanya lbh kurg puding caramel....
to ummiross
anak2 sibuk bagi cdgan nk makan ummi ttp brbaloi cz mrk suka...
Saya ni paling liat bila tengok resepi, tak pernah rasa nak salin & cuba tapi hari ni sungguh tergoda tengok resepi seri kaya pisang. Cek nak salin & try!
Err, pisang apa yg sesuai tu, kak Nza? Pisang berangan boleh tak? Saya suka pisang berangan.
suka nasi melayu
to dinas
pisang apa2 pun xkisah dinas...cubalah masak...
to cikli
nasi melayu camne tu..????
Saya nak cuba buat nasi arab. Nampak menyelerakan. Kalau ikut sukatan bahan2 yg diberi, berasnya banyak mana ye. Maaf Itupun nak tanya ye. Maklumle 1st time nak buat takut tak jadi pulak.
to anggun
cubalah buat.simple sgt..sy guna 3 pot beras utk 2X makan-berbuka n sahur.....2 in 1 gitu...he..selamat mencuba.
ni ala2 nasi bukhari lah ya...klu nasi bukhari pernah buat...ci abang pun suka makan sb nama serupa hehehe..
to k.zie
lebih kurg je tu k.zie....rasanya pn lbh kurg....
Terima kasih. Saya nak cuba utk raya nanti.
rajen betol laaa akk sorg ni memasak....tabikk~
Catat Ulasan