Alhamdulillah hari ini masuk 11 hari kita berpuasa.
Ibu kadang-kadang buntu memikirkan resepi untuk dimasak untuk berbuka.
Masak simple tidak kisah asalkan anak2 dan ayah suka makan.
Puasa ke 9
Along volunteer nak masak roti jala.
Syukurlah ada orang nak tolong buatkan
kerana nak buat roti jala ni memakan masa juga.
kerana nak buat roti jala ni memakan masa juga.
Sambil itu ibu masak kari ayam, sayur bendi dan tauhu telur.
Puasa ke 10
Tiba-tiba teringin nak makan kuih chara berlauk.
Dan sekali lagi Along volunteer nak bantu ibu buatkan kuih chara.
Intinya ibu yang masakkan.
Disamping itu ibu masak singgang daging + goreng udang + ikan kering.
Resepi kuih Chara Versi ibu:
1/2 kg Tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/ susu cair/ santan
1 biji telur
garam secukup rasa.
1 sudu gula
serbuk kunyit untuk warna.
Cara-caranya:
Bancuhkan kesemua bahan dan kisar.
Biarkan adunan itu cair seperti memasak lempeng.
*Adunan kuih chara lebih kurang sama untuk membuat roti jala.
Inti :
Isi ayam (bahagian dada)-cincang
1 biji kentang-cincang
2 sudu rempah kari daging
1 biji bawang besar-cincang
2 las bawang putih-ketuk
minyak untuk menumis
garam + gula secukup rasa.
Tumiskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih.
Tumis hingga garing.
Kemudian masukkan rempah kari.
Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan kentang.
Masukkan perasa di atas..
Cara memasak kuih chara:
1. Guna acuan kuih chara.
2. Guna api yang perlahan
3. masukkan sedikit minyak ke dalam setiap acuan.
4. Curahakn adunan dan kemudian letakkan inti diatas adunan.
5. Tutup dengan penutup.
6. Setelah masak ulang proses yang sama.
garam secukup rasa.
1 sudu gula
serbuk kunyit untuk warna.
Cara-caranya:
Bancuhkan kesemua bahan dan kisar.
Biarkan adunan itu cair seperti memasak lempeng.
*Adunan kuih chara lebih kurang sama untuk membuat roti jala.
Inti :
Isi ayam (bahagian dada)-cincang
1 biji kentang-cincang
2 sudu rempah kari daging
1 biji bawang besar-cincang
2 las bawang putih-ketuk
minyak untuk menumis
garam + gula secukup rasa.
Tumiskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih.
Tumis hingga garing.
Kemudian masukkan rempah kari.
Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan kentang.
Masukkan perasa di atas..
Cara memasak kuih chara:
1. Guna acuan kuih chara.
2. Guna api yang perlahan
3. masukkan sedikit minyak ke dalam setiap acuan.
4. Curahakn adunan dan kemudian letakkan inti diatas adunan.
5. Tutup dengan penutup.
6. Setelah masak ulang proses yang sama.
Singgang Daging
Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
3 hirisan lengkuas-kisar
1 inci halia-kisar
4 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
2 sudu ketumbar-kisar halus
asam keping atau asam jawa.
garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Cara-cara:
Masukkkan semua bahan ke dalam periuk.
Jangan lupa masukkan air....
Masak sampai empuk.
Siap untuk dihidangkan.
Kalau hendak pedas, ketuk cili padi dan masukkan
ke dalam singgang...
*Petang ni tak tahu nak masak apa lagi.......
Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
3 hirisan lengkuas-kisar
1 inci halia-kisar
4 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
2 sudu ketumbar-kisar halus
asam keping atau asam jawa.
garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Cara-cara:
Masukkkan semua bahan ke dalam periuk.
Jangan lupa masukkan air....
Masak sampai empuk.
Siap untuk dihidangkan.
Kalau hendak pedas, ketuk cili padi dan masukkan
ke dalam singgang...
*Petang ni tak tahu nak masak apa lagi.......
29 ulasan:
Ibu....sedapnya ....rajin anak-anak ibukan...boleh buat menantu
anak dan ibu sama2 rajin.. menarik sungguh menunya..
saya beli je..hehe
sy suka cara manis,singgang sedap!selalu ikan jer,daging sedap ekk kak?
semua tu ena suka..
ena pun masak2 yg simple2 je kak.. lgpun yg makan pun tak ramai.. kami ber4 je.. blh dikatakan ibarat makan berdua jugak.. sbb anak2 makan bukan makanm banyak sangat.. :D
NzA, sedapnya singgang dading dan kuih cara tu,nyum-nyum!
to mamaQS
masa bln puasa je mrk smpt tlg di dapur.....
hi.hi.hi....
to hanis
xdelh rajin hanis ttp dh nk mkn kenalah masak sndiri....he...
to imanshah
mkn sorg lbh jimat beli je dik...
kak....semuanyer sedap2 belaka...selamat berbuka kak
to PK
singgang daging lain sikit caranya...rasanya daging lbh sedap la...
to ena
akak masak yg plg simple je ena...yelh anak2 yg kecik bkn mkn sgt pn..mcm farouk tu pn jrg mkn nasi masa brbuka.....
to ummiross
mmg licin dimakan anak2 kuih chara tu ummi...hi...
to iela
thanks..slamat brbuka juga utk ilah....
bulan puasa ni kaum ibu semakin pening nak memasak dan mengatur menu kan..sama jugak mak kat rumah...:)
to siti murni
2lh, demi memuaskan selera anak2...
Cara berlauk pun sedap, cara manis pun sedap, ohhhh!
IM hampir setiap hari berbuka dengan moi...
bee pun baru je buat kuih chara gula kelmarin una pagil kuih gula2 haha
seronoknya kalau ada yg menolong di dapur....
p/s..menu2 tu semua mmng mngncam...
to dinas
dua2 sedap ttp akak lbh suka yg brlauk...
to IM
moi tu apa IM??xpernah dngar...
to Bee
anak2 akak pn suka chara gula nie....
to MP
sskali je MP budak2 tu smpt tlg....
seronok ada anak2 yg rajin kan kak... singgang daging pun anak2 izan suka sgt sbb mok (MIL) selalu buat~
to izan
budak2 mmg suka cz kuahnya cair mcm sup.....
macam2resipi tu.hehe.sedap2 belaka ni kak =)
to azhan
resepi yg simple kegemaran kami sekeluarga....
byknyee menu akk .. best betol .. ank lak rajin mmbantu ... double best ! ;)
Catat Ulasan