N3 kali ini adalah sebuah kisah benar yang dialami oleh adik ibu di bulan Ramadan.
Sama-sama kita hayati apa disebalik kejadian dan peristiwa yang dia alami.
Aku dan Kisah Benar Ramadhan
Aku dan kisah benar di bulan Ramadhan betul berlaku.
Ia adalah salah satu kisah yang ingin aku kongsikan bersama.
Kisah ini amat menyentuh jiwa dan ia bermakna pada aku sebagai seorang insan.
Kisah bermula pada 5 Ramadhan pada tahun 2005.
Masa itu aku baru berpindah dari Kuala Lumpur ke Kelantan.
Masa tu aku bekerja di Hosp Raja Perempuan Zainab 2,
yang mana pada masa itu namanya Hosp KB.
Aku adalah sebagai MO medical.
Satu hari aku balik lambat dari kerja,
jadi terpaksalah aku berbuka di KB.
Aku berseorangan berbuka di stadium KB.
Selepas berbuka, aku hanya ingin merehatkan sedikit badan kerana kepenatan.
Masa itu aku berbaju biru.
Aku hanya bersandar dibahagian kereta aku (kereta waja) dekat parking lot sambil termenung jauh memikirkan masalah-masalah ditempat kerja.
Aduh banyaknya masalah aku.
Mungkin umur aku dah meningkat masalah pun meningkat.
Lalu aku didatangi oleh seorang yang amat 'neglated'.
Alamak orang 'gila' datang pulak.
Orang itu dalam lingkungan umur 40an hanya berkain sarung pada paras lutut,
keadaan yang amat daif, kotor, busuk, berambut panjang,berjalan kaki tanpa alas
dan betul-betul tak terurus.
Masa tu dah hampir pukul lapan.
Aku pun tak sempat solat maghrib lagi.
Lalu orang 'gila' tersebut berkata, "abg! nak duit skit".
Berkata dengan berulang-kali. "abg! nak duit lah, aku lapar ni".
Tanpa berlengah-lengah aku hulurkan RM 5.
Pastu dia berkata lagi, "Aku bukan nak RM5, aku nak RM1 jer".
Dia sambil menyanyi-nyanyi lagu ekamatra (aku memang suka lagu tu).
Aku berkata, " saya takde duit pecah bang.
Ambik lah, saya ikhlas ni".
Perasaan takut pun ada gak masa tu.
Aku dah bagi duit tapi orang 'gila' tu tak pulak beredar.
Matilah aku. Kenapa dia tak nak blah pulak ni.
Ini adalah perbualan aku dengan si gila tu:
Aku : abang ni ada sakit ker?".
Orang gila: abang ni sakit GILER. hahahahaaa ( Sambil gelak besar).
Aku : abang ni tak makan ubat ker?
orang gila : dah lama tak makan. ubat dah lama habis.
aku: ubat tu abang ambik mana?
orang gila: ambik kat spita HKB lah. bodoh punya orang. tu lagi mau tanya.
aku: abang ada anak?
orang gila :ada. 3 orang...hahahahaaa. bini sorang jer...hahahaaa
aku: abang dah sembahyang ker?
orang gila: orang gila tak sembahyang laa...
aku: dah lama ker abang tak sembahyang?
orang gila: mmmm...
aku : gini lah abang saya kene pergi dulu. Dan nak gi solat jap.
orang gila: pergilah orang muda. jap-jap. mung ni keje mana?
aku: saya kerja kat HKB lah. saya doktor.
orang gila: doktor rupanya. patut lah baik. smua doktor baik...hehe
aku: tapi saya ni doktor yang banyak masalah. (aku pun sambil tergelak sinis)
orang gila: aku takde masalah sebab aku orang gila.
aku: ok lah bang, saya nak pergi dulu. tapi saya nak pesan skit.
boleh tak abg gi hosp jiwa esok? pastu abang gi sembahyang.
kalu abang sembahyang jangan lupa berdoa supaya sihat.
pastu satu lagi, abang jangan lupa doakan saya sekali,
doakan saya dan keluarga saya sihat.
Tuhan kita akan bagi rahmat pada kita. Boleh!
orang gila: boleh...hahahaa...esok aku sembahyang...
nanti aku doa pada mung. terima kasih lah sebab bagi aku duit.
kalu ada masa nanti aku bagi balik duit ni.
aku: takpe bang saya ikhlas nak bagi tu. cuma doakan saya jer. boleh?
orang gila: boleh... Lalu orang gila itu pergi.
Aku pun beredar sama untuk menunaikan solat maghrib.
Satu tahun kemudian, kalu tak silap aku,
masa tu pertengahan bulan ramadhan pada tahun 2006.
Masa tu aku bekerja di jabatan bius HRPZII.
Aku sekali lagi tak sempat nak berbuka puasa kat rumah.
Aku hanya berkesempatan berbuka di stadium,
tempat yang sama pada tahun sebelumnya.
Selepas aku berbuka, lalu ku teringat peristiwa tahun sebelumnya,
aku berjumpa dengan orang gila. hehehe...
Aku hanya bersandar kat kereta yang sama (kereta waja),
pun aku berbaju biru.
Tak semena-mena, aku terdengar seseorang memanggil aku.
"Tuan doktor". Aku terkejut besar.
Seorang lelaki turun dari kereta Teksi yang memanggil aku.
Ini adalah perbualan kami:
seseorang: doktor ingat saya tak?
aku: sapa ni?
seseorang : sayalah...orang yang doktor bagi duit hari tu...
Aku dah mula merasa satu keganjilan.
Hati aku hanya berkata "YA ALLAH"...bulu roma aku berdiri tegak.
Aku rasa macam nak pitam jer.
Adakah orang ini lelaki gila yang aku pernah temui tahun lepas??
aku: owh ni abang yang saya jumpa kat sini tahun lepas ker?
seseorang: ye sayalah. hehee...saya dah tak gila dah ni. tuan doktor apa khabar?
aku: (aku terdiam)...
seseorang :jangan takut doktor, saya dah makan ubat dah.
sembahyang pun saya dah tak tinggal dah....hehe
aku: (terdiam lagi, sambil berkata dalam hati, biar betul semua ni berlaku)
seseorang: saya nak bagi balik duit doktor. RM 5 kan?
doktor jangan takut. semenjak saya jumpa doktor hari tu, saya balik terus sembahyang. Keesokan hari isteri saya bawak saya gi hosp.
Alhamdullillah, saya dah sembuh skit.
Sekarang ni pun saya kerja bawak teksi. cari rezeki yang halal.
Saya nak minta maaf dan nak berterima kasih banyak kat
tuan doktor sebab menyedarkan saya.
aku: (aku terduduk tanpa sedari) Ya Allah...
Lelaki itu cuba mengangkat aku lalu berkata,
"Allah ada dimana-mana, semua ni kerja Allah,
Dia menemukan kita, Dialah segalanya".
Air mata aku mula menitis.
Lalu lelaki itu memeluk aku, dan dia menghulurkan duit RM 5
yang aku berikan pada waktu ketika dulu.
Aku masih kelu tanpa kata.
Lelaki itu berkata lagi, " sabar doktor ye, saya akan selalu doakan doktor,
doktor yang merubah hidup saya dengan izin Allah,
saya banyak berterima kasih pada doktor,
Tuhan akan memberkati apa yang doktor buat,
Insya Allah. saya yakin".
Selepas peristiwa itu, sedikit sebanyak sudah merubah hidup aku.
Dan peristiwa ini akan aku ingati setiap kali datangnya Ramadhan.
Ya Allah, Ya Tuhanku, engkau yang maha Esa, engkau yang maha Pemurah.
Inilah kisah benar yang pernah berlaku dalam hidup aku,
yang tak pernah aku lupakan sepanjang hidup.
Kisah ini juga boleh kita kongsikan bersama untuk jadikan kita
seorang insan yang di rahmati oleh Nya. Amin -Dr Zek
41 ulasan:
tak sagka kan kadang2 disebalik gurauan ada kesedaran..tak sgka org gila boleh berubah smp macam tu sekali.doktor untung ada org tolong doakan.hehe..
to PK
2lh, pristiwa sama brulang ttp dlm situasi yg brbeza......
nampak mcm tak de apa2.. tp sebenarnya banyak yg tersirat disebaliknya..
Jika kita berbuat baik..pasti akn dibalas baik juga..jika kita mendoakan seseorg..pasti org tu juga akn mendoakan utk kita juga..stiap apa yg berlaku itu pasti ada hikmahnye kan kak.. ^_^
to ena
nmpk simple je ttp byk pengajaran yg kita dpt.....
to lily
xselalunya seseorg tu daif n xselamanya kita dilanda masalah n musibah..semua tu kuasa Allah....
kita mungkin rasa pertolongan yg kita bagi tu tak memberi makna,tapi bagi orang yg menerima tu terlalu besar maknanya..sehingga dpt merubah seluruh kehidupan dirinya
kak..ila bc kisah adik akak ni ila insaf sgt.. terharu pun ada... tuhan itu maha kaya kan kak.... dia beri rahmat pd org giler tu... adik akak sgt baik
semuanya dengan kuasa Allah...
ya allah...terpukau dgn cerita ni..rase mcam bace cerita pulak kak, tak macam btul2 berlaku...kalau sy jumpe org2 camni..nk wat cam adik akak jugak la..
Salam Nza,
Ya Allah, sebuah kisah yang menakjubkan. Tanhiah di atas perkongsian ini. Semoga memberi keinsafan kepada kita semua. Amin.
terasa insaf...byk penjagaran yg ade...
semua itu kuasa dari allah...
bagai tak percaya ajekan, tulah sebenarnya kuasa tuhan
NzA terharunya baca cerita ni, menginsafkan, dengan sedikit pertolongan kita membantu mengubah nasib seseorang dengan izin Allah jua.
Subhanallah...
to CT
sedikit prtolongan yg dihulurkan mampu mengubah hidup seseorg....kuasa Allah tiada sapa yg tahu....
to iela
betul ilah, akak pn rasa mcm segalanya telah dirancang dgn begitu teliti....
to bintangku
Allah maha kaya.....
to dilla
akak pn mcm membaca sebuah kesah dlm novel ttp hakikatnya kisah benar yg brlaku pd adik akak...setiap kali puasa dia akn brcerita ttg kisah nie....mmg byk brkesan dijiwanya....
to cikguzam
Allah memilih seseorg utk diberi petunjuk n hidayahnya..mrk antara org2 yg bruntung....
insaf baca cerita ni..
berkat hati adik akak yang ikhlas memberi nasihat kan...
bertuah org gila tu dapat hidayah..
ada juga org yg waras buat2 gila sebab nak cari makan..
to ainnoraini
betul tu ain...mcm cerita dlm drama ttp itulh realitinya....
to mamasyaza
2lh, mcm baca sebuah novel yg penuh dgn nilai kemanusiaan.....
to ummiross
sedikit sumbangan n kata2 nasihat mampu merubah hidup seseorg dgn kuasa Allah....
to miecyber
Allah maha kuasa.....
to zura
Allah memilih sesiapa saja utk diberi petunjuk n hidayahNya.....brtuahnyakan....
subhanallah kak nza...
meremang jugak izan baca kisah adik akak ni... mmg takde benda yg mustahil berlaku sbb semua tu kuasa Allah belaka...
to izan
semua tu brlaku tidak diduga n hanya Allah yg mengetahui segala yg trsurat....
sangat menyentuh hati kak.. kdg2 tanpa kita sedar, perbuatan yg kecil dgn ikhlas, membuahkan hasil yg besar maknanya utk kehidupan org lain..
terdiam saya baca kak...tetiba rasa sebak, nak menangis pun ada.
to kak yong
dgn bbrapa patah ucapan dan sesuap nasi dpt merubah segalanya dgn kehendak Allah....
to mummysyafie
akak pn trtarik masa baca kisah adik akak 2 thn lepas..sbb tu akak share di sini....bertapa AgongNya kekuasaan Allah...
Sebaknya baca~huhu
to ash_mza
mmg sebak...
Kisah ni buat den yang JAHAT ni nak menitis air mata laaa....
to jebateja
cerita ni boleh menusuk ke jantung umpama jarum yg halus.....hu...
masyaAllah ... cerita penuh inspirasi ... jgn lah kita pndg rendah pd org gile..xsangka nasihat adik akk tu betul2 'org gila' tu amalkan yer ... byk pahala adik akk dpt tau .. untung dier ... ;)
to ummi hanie
2lh, agaknya kalau tgk org gila pn akak dh cabut lari..takut hanie....hi..
Ada byk hikmah disebalik kejadian tu...
tersentuh hati dgn cerita ni... Allah Maha Mengetahui.
to yusrina
itulah, hanya bbrapa patah nasihat kita mampu mengubah segalanya....
Catat Ulasan