Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Ogos 2011

Alahai PARAM-Puasa ke 6

Semalam tiba-tiba rasa malas nak masak.
Ayah pula ada meeting kat KL.
Lagi pun stok lauk kat rumah dah tinggal ciput.
Biasanya Ayah yang selalu ke LYC untuk beli stok lauk.
Ibu sekadar masak apa sahaja lauk yang Ayah beli.

Selepas Asar ibu ajak Beby, Naurah dan Farouk ke bazar Ramadan
yang beberapa langkah aje dari rumah.
Param ni yang terbesarlah kat BG.
orang pun  ramai sangat2......


 Anak-anak nak makan ayam panggang.
1 ekor ayam panggang ni mencecah RM26.
Cepatnya harga makanan naik.
Jadi untuk keluarga ibu memang kena beli 1 ekorlah.
Nampak macam menyelerakan dan orang pun ramai kat gerai itu.
BIla makan, muka anak-anak berkerut.
"Tak sedap lah ibu, ayam pun tak begitu masak"
"Tak rasa la ibu perencahnya.."
Alahai, itu yang ibu malas nak beli lauk.
Kalau ibu masak anak-anak tak ada nak komen apa-apa.
Ayah pun langsung tak usik pun ayam panggang tu...

 Dan ibu beli murtabak .
Sekeping RM3.
Ibu cuma beli 2 keping.
Entahlah, intinya nipis semacam jerrr...

 Dan beli 'air katira".
Pun masing-masing berkerut semacam je.
1 bungkus RM2 + 2=RM4.
Bahan dahlah tak cukup syarat dan airnya tawar semacam aje.
Beli pun kerana digoda oleh ex-student ibu.
beria-ia panggil cikgunya nie.
Ingatkan nak bagi free...
Banyak la free...hi.hi.hi...
Akhirnya air katira ni pun tak habis diminum....
Betul-betul membazir.

Kesimpulannya,
ibu rasa dah tidak perlu lagi ibu ke PARAM.
Nampak gayanya anak-anak dan Ayah lebih berselera
makan kalau ibu yang masak.
Betullah kata orang,
airtangan seorang ibu dan isteri lebih nikmat ditekak
anak-anak dan suami.
Walaupun sekadar goreng ikan atau telur.
Masak penuh keikhlasan dan kasih sayang..
Dan sambil masak tidak lupa membaca surah Al-Fatihah,bertasbih dan berselawat.
Makanan terhidang penuh dengan keberkatan......

Dan akhirnya ibu terpaksa juga masak untuk mereka.
 Sambal tempe yang ayah masak...
Last minute ibu masak ikan sardin, ikan keli goreng.

Balik dari bertarawih di surau,
ibu terpaksa habiskan ayam panggang, murtabak dan air katira tu.
Sayang pula membazir begitu aja......

37 ulasan:

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

IM tak gemar makan yang jenis panggang ni.

IM dapat rasakan perasaan ibu yang susah payah membeli, tiba-tiba semacam mendapat kritikan dari anak kerana tak sedap.

IM pun selalu terkena begitu!

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Lebih sedap & nikmat merasa air tgn ibu & isteri sendirikan kak..wlupun simple tp ttp menyelerakan..

Teratak Hami berkata...Reply To This Comment

Betul tu Kak, makanan kat Param kekadang tu luar jer nampak menyelerakan tapi hampeh. Kita masak simple pun janji sedap.

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

saya pegi param just beli kat gerai yg saya penah beli dulu, mmg dah tau dah dia masak sedap. so mmg tak penah menghampakan le.
tapi ikan keli goreng tu, sedapkan kalo buat sambal...fuhh terangkat

CikguAreefNaim berkata...Reply To This Comment

salam,

mahal gak ek kat BG...

klu kt tpt saya ayam panggang sekor baru rm16, murtabak rm2.50, air rm1 jer... tk kena pilih tpt gak, stgh tpt ada yg mahal gak...

sy selalu klu gi, beli tpt yg sm jer... sbb dh tk tau ok... anyway, masakan ibu sure yg pling sodap!

cheqna berkata...Reply To This Comment

salam
air tangan ibu jugak yang besh...
selamat berposer kak =)

yaya | mohd berkata...Reply To This Comment

hmm..bile puase.perot kosong.
tengok ape2 makanan * minuman smuenye jadi berselera.kena pndai2 kawal nafsu.
tapi tu lah kdg2 mmg nampak sedap,tapi bile dah rase,haihh..sedih pla..
ape2 pon air tgn ibu jgk cdap!nyummy2
ehee..

IMANSHAH berkata...Reply To This Comment

Ayo mahalnya harga ayam sekarang, kat Ipoh rasanya 16

NzA berkata...Reply To This Comment

to IM
2lh, biar penat sikit ttp anak2 puas hati.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to lily
yelh lily....smpai skrg masakan ibu yg trbaik....

NzA berkata...Reply To This Comment

to Hami
betul tu hami, w.pn simple ttp sedap bg mrk....

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamasyaza
kalau tmpt yg biasa oklh su ttp kalau trkena tmpt yg xbiasa mmg harulh...

sedap juga tu..boleh masak ptg nie...

NzA berkata...Reply To This Comment

to areef
2lh trperanjat juga akak bila pergi ke bazar smlm...mahal sungguh. xsangka naik melambung2..

kiranya harga mknan kt sana xnaik ketara sgtlh ye.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cheqna
betul tu..tiada tandingannya...
slamat brpuasa...

NzA berkata...Reply To This Comment

to yaya
sbb tu kalau perut tgh lapo bahaya g tmpt camtu..semua nmpk sedap ttp bila mkn xseindah rupa..

mmg masakkan ibu yg trbaik!!!!!

NzA berkata...Reply To This Comment

to imanshah
2lh trperanjat juga smlm....naik brganda2.....

ummiross berkata...Reply To This Comment

Ummi belum berkesempatan ke bazar Ramadhan lagi NzA, rasa2nya ari ni nk pegi

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

semua benda mahal kan kat bazar tu kak,klu sedap takpe jugak..tp air katira tu walaupun akk kata tak sedap,terliur tgok.dh lama mengidam.hehe..

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Mahalnya ayam pnggang tu..!!!kalau sedap ok jugak..
Masakan ibu mmng yg terbaik...walau simple tapi mnyelerakan...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Ibu saya selalu juga ke PARAM ni macam menjadi kemestian, cuma cari air, kuih itu sahaja kalau nak buat kuih rasa macam tak berbaloi langsung ye le yang makan cuma 4 mulut sahajakan.... tapi make sure beli dekat orang yang biasa kami beli ... dan dah tahu rasaya ...

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
rasanya sy dh xpergi lg bazar ni ummi kalau xtrdesak......

NzA berkata...Reply To This Comment

to PK
yelah PK, akak mmg jrg sgt ke sana..thn lepas cuma 2-3X je...tgk thn ni harganya melambung2...

NzA berkata...Reply To This Comment

to MP
2lh trperanjat bila tnya harganya tu....biasanya dlm RM16 je ttp kali ni naik mendadak....rasanya pn kurengggggggg....

Mohamadazhan.com berkata...Reply To This Comment

bulan puasa ja semua barang naik...kesian pembeli...elok juga kak masak, biar simple tetapi puas hati semua ahli keluarga yang makan =)

Cikli berkata...Reply To This Comment

kathira masa kat bazar ramadhan memang memanggil.

anggunpesona berkata...Reply To This Comment

Kat bazar Ramadan mmg harga mahal tapi rasanya mmg tak memenuhi citarasa. Tapi kadang-kadang terpaksa juga bertandang nak cukup kan quota lauk. Saya tak tau apa dia air katira tu ye.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Saya berazam tak mau pegi param tahun ni. Dah 3 tahun tak pegi.

Err, ini first time dengar air katira..air apa tu?

NzA berkata...Reply To This Comment

to azhan
yelh azhan...naiknya melambung2....sbb tu akak snggup masak sndiri. w.pn agak penat ttp brbaloi2....

NzA berkata...Reply To This Comment

to cikli
mengoda....

NzA berkata...Reply To This Comment

to anggun
yelh anggun...rasanya lebih baik masak sndiri ikut citarasa family kitakan...

Air katira tu rasanya trkenal kt negeri johor nie...

NzA berkata...Reply To This Comment

to dinas
2lh, thn lepas akak cuma pergi 2-3X je..thn ni br 1X..ttp rasanya dh malas la nk pergi....

Nnti akak wat n3 ttg air katira nie...

NzA berkata...Reply To This Comment

to mamaQS
2lh, kalau lauk pauk tu rasanya lbh baik masak sndirikan..cuma utk tmbahan bolehlah beli....

nieda berkata...Reply To This Comment

Kalau pergi PARAM semua terasa teringin nk makan. Tapi belum tentu sedap. Lauk pauk semakin mahal better masak sendiri

NzA berkata...Reply To This Comment

to nieda
yelh nieda..harganya naik brganda2...kalau sedap xpe ttp hampeh....

Dilla Ady berkata...Reply To This Comment

mmg menghampakan kadang2 juadah kt param ni...

slalu kalu dilla beli pun , kuih muih jek..tu pun kekadang okeh, kekadang hmmm..

NzA berkata...Reply To This Comment

to dilla
betul tu dilla...kalau xia2 mmg xpergi la kt sana...lebih puas masak sndiri.....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

betullah kak ... mmbeli di bazar ni walaupun duit byk berabis tp xpuass ... xtaulah nape..brbanding masak simple2 je di rumah,jauh lebih puas...air pun dpt minum sebanyaknye ... ;)

About me