Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

27 Februari 2013

Alhamdulillah...DIA Dah Mula Berubah....

Bagi  yang sudah lama mengikut blog ibu pasti akan tahu
kisah Farouk.
Satu-satunya bujang terhangat dalam keluarga kami.
Dia berbeza segala2nya dari 4Farah.
4 Farah cemerlang dalam akademik,
dalam bidang lukisan/seni,
 dalam bidang ko-kurikulum tapi
Farouk tak sebegitu.
Farouk cuma mampu berada dalam kelompok sederhana......

Bukan kerana IQ dia berbeza dengan 4F tapi sikap acuh tak acuh dalam
melakukan tugasan yang diberi.

Sejak di tahun 1 Farouk mampu menghafal sifir hingga 9.
Bila kakak2 ajar subjek Matematik,
 dia mampu memahaminya walaupun cuma sekali diajar.
......itu bukti yang IQ dia sama seperti kakak2nya.
Cuma sikap dia amat berbeza...
Tidak tekun dalam pelajaran.
Banyak aktiviti bercakap dalam kelas.
Kurang bertanggungjawab dalam menyiapkan HW...

Alhamdulillah, sejak melangkah ke Tahun 4 sikap Farouk dah banyak berubah.
Dari seorang murid yang malas + alergik membuat homework, 
kini dia mampu lakukan tanpa disuruh.
Kalau dulu ibu terpaksa memaksa dia buat HW.
Itupun berbagai-bagai alasan dia bagi..
"Jari nak patah la"
"Penat la"
"Ngantuk la.."
" lapar...haus....letih...bla.bla..bla..."
Aduh....besar sungguh dugaan membentuk dia......


Setiap kali solat ibu tak pernah lupa hadiahkan Al-Fatihah untuk anak-anak termasuk Farouk.
Sesungguhnya Allah sering mendengar doa ikhlas dan tulus dari seorang ibu...
Syukur Alhamdulillah, semoga Farouk terus berubah ke arah yang lebih baik......
N3 ibu bertajuk "Kelebihan Al-Fatihah- Jom Kita Kongsi Rahsia"

Farouk juga dah nampak kreatif dalam bidang seni.
Lukisan terkini yang farouk hasilkan...
Kalau dulu ibu ngeri je tengok setiap lukisan yang Farouk hasilkan.
Bayangkan masa dia warna gambar haiwan sewaktu di Pra Sekolah,
habis ditibai warna hitam.
Bila ibu tanya mana hilangnya haiwan-haiwan tu dengan selamba dia kata
haiwan tu menyorok.........hahaha....

p/s:
Maaf ye sebab sejak kebelakangan ni ibu tak sempat nak balas komen
akibat kengkangan masa yang begitu  menghimpit ibu........
Komen-komen tu ibu tak pernah miss baca cuma masa agak terhad untuk
mengadap lappy.......TQSM semua!!!!!

20 ulasan:

lizz berkata...Reply To This Comment

cantiknyer drawing dia kak...
anak lelaki kot gitu cam anak saya...perempuan dia rajin sikit...kan kak...
klakar betul siap haiwan boleh nyorok...hehe

ummiross berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, budak lelaki lambat sikit panas enjin..hehe, bila dah panas, meluncur laju Farouk tu nanti NzA, insyaAllah akan cemerlang macam kakaknya juga.

Memang cantik lukisan Farouk tu, nampak real pulak kereta tu, macam 3D.

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

memang cantik lukisantu kagum sesangat... memang ada bakat...

anak saya yang sulungtu pompuantu cam gituler... sakit macam2 kalau disuruh... tapi lepaihtu okjer...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

anak lelaki ni mmg byk sikap acuh tak acuhnya..mmg dh terbukti Allah beri kelebihan kepada lelaki cuma bagaimana cara derang nak guna je kelebihan yg ada..

Alhamdulillah farouk dh berubah kearah lebih baik.Doa ibu Allah dah makbulkan..:)

Aziela berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Semakin tinggilah saham Farouk lepas nie.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah...dah banyak perubahan dia...cantiknye Lukisan farouk..mesti kreatif macam ibu...^^

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah. Memang konpem Farouk berbakat dalam bidang seni sebab cantik sungguh lukisan kereta tu. Saya sampai sekarang dah tua ni pun tak bleh lukis camtu, kehkeh!

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah... makin rajin.. lega ye kak :-)

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

akhirnya...hehe

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

betul2 kreatif si Farouk... cantik gambar kereta tu.

mungkin dia jadi lebih rajin sejak dilantik jadi pustakawan, kot...

Unknown berkata...Reply To This Comment

cantik hasil seni farouk ni... anak lelaki memang macam tu agaknya... macam kawan dinda cakap anak lelaki ni macam hero hindustan...dia lambat tunjuk bakatnya...

Unknown berkata...Reply To This Comment

cantik hasil seni farouk ni... anak lelaki memang macam tu agaknya... macam kawan dinda cakap anak lelaki ni macam hero hindustan...dia lambat tunjuk bakatnya...

Unknown berkata...Reply To This Comment

Terima kasih kak ibu berkongsi rahsia kecemerlangan anak2 moga Qayyum dan Sumaiyyah juga nanti cemerlang duniawi dan ukhrawi

ariana berkata...Reply To This Comment

Insya Allah nnti Farouk akan setanding dgn kakak2nya, malah x mustahil boleh melebihi Dr kakak2nya...tgk bakat besar dh ada tu, cantik kemain lukisan tu..:))

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

alhamdulillah...akak mmg ibu yg berjaye...admire sgt dgn akak....harap2 anak2 lieya pun pandai2 mcm anak akak....

cantikkan lukisan farouk...tu org kate setiap org ade kelebihan tersendiri kan...nampaknye farouk mmg ade sinar dlm bidang art.....

Unknown berkata...Reply To This Comment

cntik nya lukisan anak akak. mybe bakat dia lain dari 4 farah.

Mak Wardah berkata...Reply To This Comment

Cantiknya lukisan, macam betul. Farouk ni handsome orangnya, berbakat pulak tu. Auntie doakan Faouk berjaya di dunia dan akhirat.

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Cantiknya lukisan Farouk....mmng berbakat betul...

Munn Jaafar berkata...Reply To This Comment

lukisan tu mmg farouk lukis ke? cantik betul! mmg berbakat

Salmi berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah, akhirnya berubah juga anak bujang Yah..
Anak2 bujang kita memang hampir sama la perangainya..

About me