Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

20 Februari 2013

Tumpang Sesudu ye Ayah.

Sejak kebelakangan ini ibu lihat Ayah begitu menjaga pemakanan.
Maklumlah umur makin meningkat dan Ayah perlu terus bertenaga untuk meneruskan
khidmatnya pada masyarakat...Wow macam MB la pulak......

Sebenarnya ibu pun jaga makan juga  tapi dalam istilah jaga perut agar tidak lapar....huhuhu...
Makan ikut selera macam ibu dynasor tu......
Moga baju-baju itu tidak mengetat.....

Selain makan produk pemakanan lain,
sejak 2 bulan lepas Ayah jadi pelanggan tetap pada rumpai laut nie....
Seminggu sekali Ayah rendam rumpai laut tu hingga pagi (6-8 jam kot).....
rebus sampai jadi cair..
sejukkan sampai jadi jelly....
simpan dalam peti ais dan
ibu dengan riang ria cedok sesudu dan campur dengan segelas air sunquik.
Asalnya ibu minum sekadar mencuba sebab tergoda tengok ayah minum.
(Kes dengki....)
2-3 minggu ibu amalkan, ada sesuatu yang dapat ibu rasa.
Bisa-bisa sendi sudah tiada....Alhamdulillah.
Cuma ibu kawal pengambilannya agar jangan berlebihan.

Pernah suatu ketika dulu Ayah kutuk-kutuk ibu bila ibu makan
sejenis makanan unik dari Kelantan "Kerabu Sarae" (rumpai laut).
Sesedap rasa je dia kata ibu makan rumput kering..Cittt!!!!!
Geram tau..Ayah ingat isteri dia ni dari keturunan anak lembu ke apa....Hahaha.....

Pernah dengar?
Pernah tengok?
Pernah makan?

gambar ni ibu kidnap dr en google.
Macam nilah benda alahnya "kerabu sarae'.
Sarae ni adalah berasal daripada rumpai laut jugak tapi ianya lebih halus.
Comelkan...tapi sekali pandang betul jugak kata Ayah tu....hehehe...

Ha sekarang giliran Ayah pulak minum jelly rumpai yang
dulu Ayah kata "rumput kering" tu.........
So kesimpulannya Ayah pun spesis yang sama la dengan ibu???Hahaha...
Lain kali jangan nak kutuk2 orang ye......

17 ulasan:

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

rajin kak nza pun amalkan minum rumpai laut tu. izan ada juga cuba, tapi akhirnya pasrah sbb malas menguasai. sihat n cantik mau tapi malas...camna?

MulutPayau berkata...Reply To This Comment


Sedapnya kerabu sarae tu...Dari kecik lagi suka makan....
Lo ni mmng shor rumpai laut tu ya...saya ada beli jgk, tapi yg telah siap direbus...malas punya pasal....

Jemarisuri berkata...Reply To This Comment

huhu sis js ni pulak bkn spesies camtu...tp kalau utk sihat maybe kena jugak try rasa ...hehe

Nor Salmi berkata...Reply To This Comment

Ramai yg memperkatakan ttg kebaikan rumpai laut ni.. Akakpun baru mencuba..

ummiross berkata...Reply To This Comment

Kat fb pun ramai yang promote rumpai ni. Kalau NzA yang bagi testimoni, sah2 ummi tergoda hehe..
kerabu sarae tu ummi pernah makan, biasa bulan puasa ada jual.

nea lopah berkata...Reply To This Comment

sedap kerabu ni...g kelantan mesti beli.

❤Kamsiah❤ berkata...Reply To This Comment

kerabu sarae mmg peberet saya,maklum la anak jati kelantan...

Joanna Yunus berkata...Reply To This Comment

kak sedap ke rumpai air ni... nak cuba tapi bila dengar kata tak sedap tu macam geli pulak hehehehe...

kak ibu memang tak pernah cuba kerabu sarae ni...

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

elok untuk kesihatanlernikan... tak pernah rasa...

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

kat langkawi sedap kak..kerabu rumpai laut tu..

Aziela berkata...Reply To This Comment

Masa di matriks dulu, housemate saya selalu bawa balik sarae nie. Dia rendam dan kami makan buat ulam dengan nasi. Saya suka sangat. Lepas tu, kawen dgn hubby, saya plak ketagih dengan rumpai laut jepun tu. Kering ke, basah ke, buat keropok ke, balut sushi atau dalam air pun kami sedap jer telan. Tapi jelly nie, saya cuba sekali 2 minggu lepas, terus saya pening dan muntah sampai ke malam. Aduhaiii...

puanbee berkata...Reply To This Comment

saya pun suka ibu , jenis putih kuning ungu semua dah try hehe , tapi en abg sy tk suka pulak .. adui

Mohamadazhan.com berkata...Reply To This Comment

salam kak, moo\ga ceria dan dirahmati

mmenarik dan unik juga makanan ini, pertama kali saya tengok ni.hehe.

ibuintan berkata...Reply To This Comment

akak pun baru nak mencuba rumpai laut ni... baru mengoder tp lom sampai lagi

Nida Mohd berkata...Reply To This Comment

kerabu sarea tu sy penah makan ms kat kampung..kat shah alam ni takde org jual pn..

sy pn br start amal rumpai laut tu 3,4 hr ni..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

memang warnanya hitam ke...?

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

makanan utk kesihatan ni bagus diamalkan.cuma sy nie jenis yg payah sikit nak telan2 bendani semua.dlm erti kata lain malas.haha..

About me