Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Februari 2013

Tak Pernah Cukup- 5F

Selamat berhujung minggu.
Cepat sungguh masa berlalu.
Esok ibu dah mula kembali ke sekolah setelah bercuti selama 9 hari.....

Pagi-pagi macam biasa ibu mengadap lappy sambil menyediakan sarapan pagi.
Sambil itu ibu belek balik album no9 dalam FB family " Keluarga Farah n Farouk".
Suka tengok gambar-gambar yang ada di situ.
Bila ibu belek satu persatu album bertajuk "percutian + seminar"
 rasa kelakar pulak tengok gaya 5F ni.
Setiap kali posing mesti atas katil atau dipenjuru bilik......

Masa ikut ayah berseminar je mereka sempat posing dalam bilik hotel
sebab banyak masa kami habiskan di bilik. 
Tapi kalau pergi bercuti dalam erti kata benar-benar bercuti memang tak adalah nak posing
kat hotel kerana bilik cuma jadi tempat tidur dan tukar baju aje....
Tak sempat nak posing bagai......hehehe.

Sebenarnya ibu pun confius bila tengok mereka posing kat hotel
sebab tak pernah cukup 5 orang.
Ada beberapa keping gambar yang ibu sempat selamatkan.
Ada lagi gambar-gambar kenangan lain tetapi entah  dalam lappy mana ibu pun tak pasti...

Jom layan sebahagian pic yang ada dalam simpanan ibu......
Lokasi : Hotel Paragon Johor Bharu.
Yang ada Along, Angah, Beby dan Farouk (4F)
Naurah tiada dalam gambar tu.
Masa snap pic ni Naurah dah berlari-lari ke toilet.......hehehe....

 Lokasi : Hotel Grand Season Kuala Lumpur
Dalam gambar ni pun ada 4F.
Along yang tak ada.....
Rasanya masa ni along sedang bercuti panjang
kat rumah atok mama/ayah di Kelantan setelah tamat SPM.....

 Lokasi : Hotel Topical Inn Johor Bharu
Dalam gambar ini pun Along tak ada.
Ibu pun tak pasti Along kemana.
Mungkin masa ni along dah buka tudung kot...

 Lokasi : Hotel Royale Bintang Resort N Spa Negeri Sembilan.
 Along tak ada kerana along sibuk dengan kelas tuisyen.
Ibu terpaksa tinggalkan Along di atas kerelaan dia.....

Lokasi : Hotel AmanSari City Centre
Gambar terkini.
Cuma ada 3F.
Beby ditinggalkan kerana ada tuisyen.
Along berada di Matrik.

Dan suatu hari nanti mungkin ibu berkeseorangan di bilik hotel
bila ayah terpaksa hadiri seminar.
Agak-agak siapa yang nak jadi model bilik hotel pulak ye...
Hu.hu.hu............

13 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

...ajak ajer minah house keeper tu....he he he..

azieazah berkata...Reply To This Comment

Dapat bayangkan, Farouk mesti jadi adik kesayangan, kan? Maklum dia like a thorn among the roses. Hahaha peribahasa terbalik.

Nanti Zakiah jadi model sendiri la. Letak timing kat kamera. hehehe

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

semuanye sporting berposing anak² akak ni..^^

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Kenangan nih, walaupun masa tu ada berlima tapi dalam gambar berempat saja. Kemudian bertiga. Lama2 nanti...?

Aziela berkata...Reply To This Comment

Uishh...entah2 masa tu dah ada cucu jadi model kot kak...hehehe. Lagi best tau. Mak ayah saya kalau cucu tak ada...mendunggg jer mood.

Joanna Yunus berkata...Reply To This Comment

Hehehehehe..... tak pernah cukupnye kak ibu....

nea lopah berkata...Reply To This Comment

Dah anak2 dara anak akak yer..

Elya Roza berkata...Reply To This Comment

muda nye akak!!anak2 pun dah besarr

Nor Salmi berkata...Reply To This Comment

Nampaknya makin lama makin susah nak melengkapkan bilangan.

Nor Salmi berkata...Reply To This Comment
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
❤Kamsiah❤ berkata...Reply To This Comment

salam...
mcm tu la bila anak2 makin dewasa..sorg demi sorg keluar rumah..menuntut ilmu..atau bekerja...lama2yg tinggal hanya kita dan suami ja..:)

ummiross berkata...Reply To This Comment

Betul NzA, nanti bila anak2 dah besar dan dah ada kehidupan sendiri, tinggal berdua suami isteri je, tentu saat2 cuti paling kita nantikan untuk berkumpul.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

bila anak2 dh besar nanti tinggal akk berdua jer la dengan cik abang,time tu baru la rindu posing anak2 kan..semua ni kenangan yg sgt manis..:)

About me