Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

15 Februari 2013

Cuti2 Msia + Seminar @ AmanSari City Centre

Cuti Tahun Baru Cina yang panjang ibu dan anak habiskan masa bersama.
2-3 hari kami habiskan cuti di AmanSari City Centre Johor Bharu.
Ayah berseminar, ibu dan anak-anak lepak-lepas di bilik hotel......
Begitulah ayah habiskan masa dengan kami di dalam kesibukan dia bekerja....

 Gambar kidnap dari en google .
Hotel ni terletak di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bharu.

 Pintu masukkkk...

Kami dapat bilik di aras 9....

Bilik yang sederhana aje.......

Ni je ibu sempat snap dalam tandas sebelum diselerakkan oleh ibu, ayah dan kanak-kanak ribena.

 Tak sempat nak snap, Farouk dan Ayah dah sepahkan bilik..........

 Sempat kakak menyelit....geng kuning.

 Aktiviti yang biasa dibuat bila bercuti di bilik hotel.....
Layan lappy....

Layan samsung tab.....

 Menu wajib di hotel....makan maggie.
Bila dok kat hotel perut asyik lapar je.
Maklumlah tak ada aktiviti nak buat selain lepak-lepak dan tonton TV....
Maggie penyelamatnya....

 Pemandangan di waktu malam....
Kami dok kat tingkat 9.

Lena beradu.........................zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

 Breakfast di Cafe AmanSari Hotel.
Kami sekadar makan yang ringan-ringan je untuk alas perut..

 Posing dulu selepas bersarapan.....

Cuma ada 3F aje.
Nak buat macam mana keadaan tidak mengizinkan untuk 5F bersama.

Masa check out ayah dah tanya nak ke mana lagi.
Farouk seorang yang nak ke LegoLand tapi Naurah dan Angah tak berminat..
Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebatnya.
Jawabnya keinginan Farouk terpaksa ditunda........

13 ulasan:

Qashmere berkata...Reply To This Comment

Sambil bekerja sambil cuti. two in one

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .Bestnya cuti2 jalan2 makan angin. . .
Kanda x lepas pi mana2 cuti2 kali ni. . .
Selain x cukup korum. . .kanda sbgai ajk organizer sepetang besama utk gang spm 80 sabtu ni. . . . . Ha ha ha. . Perasan kuat n bertenaga. . . nak jd ajk.

Aziela berkata...Reply To This Comment

Seronok sebenarnya sebab boleh spend quality time dengan family. Macam saya nie kak, jaranggg sangat dapat spend time betul2 dengan anak dan hubby jer. Mesti ada sedara mara lain yang join. Sekali sekala ok lagi, tapi bila selalu....

Murni Alfathunnisa berkata...Reply To This Comment

rasa macam lepak kat rumah pulak...selesa je saya tengok..

nea lopah berkata...Reply To This Comment

salam kak... seronok btl tgk akak p bercuti satu family. ceria semua anak2 yer.

Joanna Yunus berkata...Reply To This Comment

Bestnya kan kak ibu... kami pun tak sempat kemana sekadar bawa anak2 bersuka ria sahaja

ummiross berkata...Reply To This Comment

Lepak2 dihotel pun best juga kan NzA, janji bersama keluarga, kat mana2 pun terasa bahagia.

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

samalah kalau gi hotel memang bawak bekal maggi sebab kalau lapo der bekalan...
suka baca entry JPO sebelum ini..

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Ada 3F saja pun masih meriah lagi. Kalau ada 5F mesti lagi meriah tapi takpalah, hidup sentiasa ada perubahan gitu.

ariana berkata...Reply To This Comment

Emm..banyak persamaan plk Yah..akak pun menginap di hotel yg sama hari tu, nmpk samsung g tab tu pun sama..hehe,apa lg yg sama yek..tggu en suami kursus pun kami pun selalu mcm itu jg..hehe
Owh..tak jd lah nk ke Lego land ye..kalau Farouk pergi mmg best tau..tp ye lah msg2 dh penat tu..lain kali lah plk..:)

Nor Salmi berkata...Reply To This Comment

Lepak2 anak-beranak kat hotelpun best. Asyik jalan2+shopping2 penat juga. .

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Ingatkan akak masih kat JB..klu tak boleh jumpa.. :) ..ye lah kak Kat JB hari² hujan..Sedap jer tengok Farouk makan Maggie...

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

best jugak lepak2 di hotel bersama keluarga..

About me