Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 November 2014

Along dan Kisah Rakan Lelaki

Kali ni tajuk gempak nak ibu ceritakan di sini.
Kisah anak dara kesayangan ibu sentiasa dikelilingi kaum lelaki.
Bukannya ibu nak cakap Along ni ramai peminat tetapi
ada kisah disebaliknya....

Ok sebelum tu kita belajar dulu baca data stastistik
% pelajar lelaki vs perempuan di IPTA sebelum ibu bercerita lebih panjang.
Lihat ye ibu-ibu.....stastistik yang dibuat di IPTA.
Cecuba lihat bertapa ramainya kaum hawa mengambil tempat di IPTA.....bangga tak..bangga tak...
Tapi ibu nak tarik perhatian kepada 3 buah universiti di monopoli oleh kaum lelaki.
UPNM = sudah semestinya ramai lelaki sebab universiti  tu lebih khusus untuk melahirkan pegawai tentera.
UTeM ditempat ke 2 dan UTHM ke 3sebab kedua-dua universiti ni bakal melahirkan pekerja-pekerja
profesional dalam bidang khususnya kejuruteraan.

Sudah semestinya kebanyakan pelajar lelaki amat teror dalam 
subjek Fizik dan Add-Maths...
Bila ibu dan  rakan-rakan perempuan terkial-kial nak faham subjek tu mereka
dengan slamber je dapat result yang umph!!!!!....adeh....

Oklah..sebenarnya ibu nak cerita tentang Along.
Bergelar pelajar tahun ke 2 di UTeM.
Dan Along salah seorang warga perempuan yang hanya seramai 30-38% sahaja.
Terkadang ibu rasa nak gelak dan terkadang kesian bila
mendengar cerita Along.

Along :
Ibu Along nak nangis ni.....abang2 group Along asyik membuli je...
Ibu...Along selalu kena buli dengan abang-abang senior...
Ibu....Along tension la kawan2 group Along yang main-main je buat projek...
Adeh...sabar jelah nak......

Kebetulan Along antara pelajar yang muda lepasan Matrikulasi
dan bergelar siswazah diusia 19 tahun..
Yang paling tak tahan Along sekuliah dengan abang-abang
senior lepasan diploma yang berusia antara 23-26 tahun dan
menyambung degree........


Gambar yang Along w.apps....
Inilah rakan group discussion Along untuk sem nie.
5 lelaki dan Along seorang perempuan.
Terkadang dibuli kaw2 dan terkadang Along membuli dia orang....he3x
Tak kisahlah.....ibu pesan pada Along pandai-pandailah bawa diri.
Kena belajar jadi  seorang yang tahan kena kutuk, tabah, kuat,
 jangan cepat melatah, jangan cepat merajuk,
 jangan mudah menangis dan yang penting sabarrrrrrr....
bla...bla..bla.....macam mak nenek ibu mula memberi nasihat...ha3x.

Walaupun sentiasa dikelilingi kaum lelaki Along juga punya rakan-rakan baik yang mengambil berat.
Terkadang rakan lelaki ni ringan tangan untuk membantu walaupun terkadang 
gurauan mereka agak  kasar.
Sewaktu kereta Along alami masalah merekalah bersusah payah membantu...

Maklumlah selama ini Along dikelilingi adik beradik perempuan....
Mereka tidak lasak, manja, lembut tutur kata,
dan yang paling ibu tekankan bahasa yang mereka
gunakan terutama sesama adik beradik penuh kesopanan dan tatasusila gitu.........
Tiada istilah "kau" dan "aku" yang mereka guna sesama adik beradik.
Masing-masing mengunakan gelaran along, angah, beby a.k.a kak nana,
Naurah a.k.a kakak dan Farouk..
Situasi yang berbeza membuatkan mereka kurang selesa pada awalnya.

Syukur Alhamdulillah Along terus suksess dalam pelajaran.
Jarang ibu dengar dia mengeluh.
Lega hati ibu kerana Along cepat dapat suaikan diri dengan situasi.

Syabas Along.
Moga Along mampu mengengam segulung ijazah
yang menjadi impian Along selama ini dan menjadi pembakar semangat adik-adik
untuk cemerlang......

P/s:
Hujung tahun rasa 24 jam tidak mengcukupi.

10 November 2014

Farouk dan Taekwando

Hujung minggu penuh dengan program.
Hari Jumaat berkejar ke sekolah kerana ada latihan pra-perkhemahan.
Hari Sabtu ke SKS5 pula menemani Farouk duduki 'grading' taekwando.

Farouk dihantar ke kelas taekwando sejak umur 5 tahun bersama kakak(s).
Naurah capai "blue-belt"
Along dan Angah capai sehingga "red-belt"
dan Beby yang paling tinggi "black-belt" dan dah boleh jadi jurulatih....
Cita-cita dan impian si Ayah yang ingin melihat 5F mencapai
tahap paling tinggi dalam arena taekwando.
Nak buat macam mana....cita2 Ayah untuk capai"black-belt" semasa belajar di UKM dulu
terbantut akibat kemiskinan......
So anak-anaklah penyambung warisan gitu....

5F dah pernah memenangi beberapa tournament di peringkat negeri.
Klik SINI dan SINI.
Punyalah Ayah bangga dan sanggup bersusah payah demi 5F.

Tapi Farouk asyik on/off aje ikut mood dia.
Tahun ni Farouk mula aktif kembali setelah 2 tahun "berehat".
Ini ajelah gambar yang ibu snap.

Farouk yang paling tinggi berbanding rakan sebaya...anak ibu katakan...
Kami dalam kategori saiz antarabangsa.....muhahaha....

Selesai sesi ujian kelayakan, Farouk bergambar bersama rakan-rakan dan "master" taekwando.

Selingan:

Terjumpa gambar ni.
Gambar sewaktu Farouk berusia 5thn, 6 thn, 7thn dan sekarang.
Ibu lebih suka tengok pic masa Farouk kecik...
Baju taekwando masa Farouk berumur 5 tahun nampak sangat besar.
Itu je saiz yang ada......dan Farouk dapat pakai baju tu selama 3 tahun...he3x...
Jimat kos.

Cepat sungguh masa berlalu.
Kalau boleh ibu nak Farouk terus jadi baby boy ibu sampai
bila-bila.....

8 November 2014

Resepi Apam Gebu Lemak Berkrim

Terima Kasih semua yang mendoakan kebahagiaan ibu dan ayah.
InsyaAllah moga kami kekalbahagia hinggakejannah...Amiin.

Hari ni nak tepek cerita basi kat sini.
Apam pun dah selamat jadi baja...muhahaha...

Bila kerajinan melanda maka terhasillah pelbagai resepi dimasak tanpa perancangan...

Hanya ada warna hijau je dalam stok.....redha jelah...

 Ini hasil yang telah siap.
Gebus sangat.

Disebabkan ibu ni bukan peminat kuih muih atau kek maka
Naurah seorang je yang layan.
Selebihnya ibu tapau bawa ke sekolah.
Kawan-kawan kata sedap dan masing-masing mintak resepi.
Ibutak pasti sedap ke tidak sebab ibu pun tak makan.....he3x...

Resepi :
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula 
(*kalau tak suka manis kurangkan sukatan)
4 biji telur
1 sudu besar ovellette
2 sudu besar susu pekat
1/2 cawan susu cair
essen vanila/pandan dan sewaktu dengannya.
pewarna

Cara-cara:
Pukul telur + ovallete + gula hingga kembang.
Masukkan susu pekat dan susu cair.
Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit.
Gaul sebati dan kukus selama 20-30 minit.
Siap untuk dimakan.

7 November 2014

Doakan Kebahagiaan Kami-22th

Hari ini genap 22 tahun perkahwinan kami.
7.11.1992-7.11.2014
Satu jangkamasa yang lama tapi ibu rasa macam baru semalam bergelar isteri.
Bergelar isteri diawal usia 20an.
Masih hingusan dan bergelar pelajar.
Perbezaan usia yang agak jauh memberi seribu rahmat buat diri ibu.

Terima kasih Abang, 
Kerana menerima diri ini seadanya.
Menerima segala kelebihan dan kekurangan tanpa mengeluh.
Memberi sepenuh kepercayaan tanpa prangsangka.
Menyayangi diri ini tanpa sempadan.

Terima kasih Abang,
Kerana menghadiahkan 5 orang permata yang sangat berharga.
Kerana  bertindak sebagai seorang suami dan abang yang amat sempurna.
Menjadi seorang suami dan ayah yang sangat sporting, penyabar dan penyayang.
Mendidik diri ini menjadi seorang yang sabar, tabah, berdikari dan matang.
Menjadi seorang suami dan ayah yang sangat toleransi.

Terima kasih Abang,
Kerana sentiasa melindungi diri ini,
Merawat diri ini ketika sakit,
Menyapu airmata ini ketika menangis kesedihan,
Menjadi pendengar yang setia ketika dada ini penuh dengan permasalahan.

Semakin hari diri ini semakin kagum :
Dengan sifat penyabar, bertimbang rasa, memahami dan cool.
Dengan keteguhan mendekatkan serta menghambakan diri kepada Allah tanpa kenal erti penat dan jemu.
Dengan kekentalan, kuat bekerja @wokerholic dan sanggup berkorban demi masyarakat sekeliling.
Dengan sifat rendah diri, tabah dan sabar.

Ya Allah,
Siramilah rumah tangga kami dengan rahmat dan kasih sayangMu,
Kuatkan lah iman kami dalam menghadapi ujianMu,
Jadikan daku seorang isteri yang solehah..yang mampu menyejukkan mata dan hati suamiku,
Jadikan daku seorang ibu yang penyayang dan terbaik untuk anak-anak,
Jadikan anak-anak kami insan yang soleh dan solehah.
Semoga kami kekal bahagia hingga ke jannah....
Amiin....

Terima Kasih Allah kerana pertemukan kami.
Terlalu banyak keindahan yang Kau berikan buat kami.
Terima Kasih Abang di atas segala-galanya.......

* Maaf entri tanpa gambar.
Maklumlah gambar perkahwinan kami masa tu ibu tak bertudung.
Gambar-gambar itu hanya untuk tatapan peribadikami sekeluarga sahaja.

6 November 2014

Angah dan Perkhemahan

30-31Okt hingga 1hb November 2014 Angah and the geng ber"camping" 
di Gunung Datuk, Rembau anjuran UiTM.
UiTM tempat Angah belajar ni memang aktif dengan pelbagai aktiviti luar.
Baguskan....

Angah ni banyak juga mewarisi perangai ibu.
Kalau nak lakukan sesuatu memang tak boleh bertangguh.
Jawabnya tak senang duduk dibuatnya.....
Habis di contactnya kaum kerabat...
Nak packing pun minta pandangan dari Along.....Adeh
Tapi bila ibu perhatikan Angah lebih "over" daripada ibu..muhaha...
Awal-awal dah sibuk nak prepare.....
Hari-hari w.apps cerita dan tanya itu..ini..begitu...begini...
Comelkan......he3x...

Gambar-gambar kat bawah ni Angah w.apps so ibu tak boleh
nak cerita lebih-lebih sebab tak banyak laporan detail yang ibu
terima tentang aktiviti tetapi setiap masa
ibu terima call, sms dan w.apps dari Angah
tentang keadaan dia dalam hutan....
Lagipun balik aje camping Angah
sibuk dengan exam....

Antara laporan yang Angah sampaikan :
Angah dah mandi..angah dah makan...angah baru habis hiking...Angah ok...
Angah itu..Angah ini.....bla.bla.bla...
Boleh dikatakan setiap masa dan ketika ibu akan terima berita
daripada Angah nun di dalam hutan bergunung ganang.....
Beruntungkan anak-anak sekarang.
Duduk jauh dalam hutan pun masih boleh berhubung dengan family.
Ada kala ada line tenet boleh
berwassap bagai...
Kalau zaman  ibu jawabnya kena tangkap burung merpati la untuk tolong
poskan surat-surat dari sana......

Meh tengok gambar yang ibu terima dalam w.apps dan insta :

Budak yang skema dan ayu terpaksa ber'camping' 3 hari 2 malam di hutan...
4Farahs ni dalam katagori "ayu" dan tak lasak.....syyyhhhh!!!! macam ibu dia jugak....
So nak pergi ber'camping' tu merupakan sesuatu yang amat merisaukan....
Kalau boleh nak usung tilam, bantal, teddy bear dan macam2 khazanah ala-ala
pergi bercuti kat hotel.
Nampak tak Angah termenung mengenakan nasib yang bakal dilalui......ha3x.

Sempat selfie dengan best friend dia sejak di Asasi lagi....

Inilah group yang akan menimba pengalaman baru......



Inilah keadaan persekitarannya di sana.
Nampak macam best jekan....
Pelbagai aktiviti lasak yang dijalankan untuk menguji ketahanan diri.

                                                      Ni yang ibu kidnap dalam insta Angah.

Itu saja kisah Angah.
Ibu kena tunggu Angah balik untuk dengar kisah lebih detail.
Balik camping Angah hadapi exam seterusnya.
Moga anak-anak ibu kuat lalui semua cabaran ini....
Gud luck untuk Along, Angah dan beby...
Moga terus cemerlang dalam pelajaran dan segala aktiviti di sana....Amiin.


4 November 2014

Farouk dan Final Exam

Minggu lepas dan minggu ni 3Farahs masih sibuk dengan mid-sem exam.
Saban hari bertalu-talu w.apps ibu mohon doakan kecemerlangan mereka bertiga.
Farouk pun sibuk jugak dengan exam.
Sibuk la sangatkan....

Kebetulan Farouk duduki final exam serentak untuk SK dan SAgama.
Pagi petang la dia duduki exam....
Macam biasa Farouk releks saja.
Langsung tak risau...tak stress...tak kisah dan pelbagai "tak" yang dia miliki....

Seolah-olah ibu yang nak exam.
Suruh buka buku banyak pulak songelnya....
Kononnya nak belajar secara on9.
Hish3x...ibu memang agak sukar nak caya  auta mamat sorang nie....
Tengok.....Generasi Y la kononnya.
Alasan nak buat revision secara on9.
Si Ayah siap gorengkan "roti puri"  letak sebelah bujang kesayangannya tu.
Si ayah siap tanya nak cicah apa? Nak air ke tak?....hai macam bos besar.

Ibu memang takcaya mamat ni 100%.
Bila ibu leka melayan fb, blog, insta n twitter.....dia pun mula la melencong ke lain...
Sabar jelah ibu dengan si Farouk sorang nie......

Seawal pagi Farouk akan solat berjemaah di surau.
Balik surau boleh pulak dia layan tab....
Maunya si ibu tak hangin...

Bila suruh buka buku banyak la aktiviti sampingannya.....nak buat air la....nak sarapan la....
buka tutup peti ais la.....adeh.....nasib baik ibu ni masih bersabar dan simpan suara
di awal pagi....

Bila kakak Naurah bersuara :
Ibu kakak dah dapat markah...bla..bla..bla
 ( ibu pun tak ingat subjek apa yang Naurah cakap sebab sedang bersilat kat dapur..).
Alhamdulillah ibu,setakat yg dapat semua kakak dapat A dan ada yang 
kakak dapat markah paling tinggi dalam kelas.....

Sejuk hati ibu yang sedang panas.
 Dan selamber je muka Farouk jeling-jeling....
Emmmmmm...Farouk, bila nak jadi macam kakak2 tu??????

3 November 2014

Tin Kosong

"Tin Kosong" jangan disangka tak berguna ye.
Sehari dua ni ibu sibuk mengumpul tin-tin susu kosong.
Ibu seorang guru Matematik merangkap Ketua Panitia PSV/DSV.
I Love It so much....
Sejak kecik ibu memang minat melukis dan buat kraftangan.
Darah seni yang ibu warisi daripada mama.
Bak kata orang bila seseorang tu minat 
Matematik secara otomatik mereka minat seni.
 Dan lagi satu ibu dilahirkan sebagai seorang yang "lefthanded"
antara 10% insan unik di dunia......ha3x....

Masa zaman persekolahan, kalau mama suruh study,
 ibu ambil kesempatan berkurung dalam
bilik dan melukis.
Sampai la umur dah mula nak senja nie.
Kalau stress dengan kerja yang menimbun ibu lebih suka
menyendiri dan menjalankan aktiviti seni di bilik kerja.
Tak kiralah melukis ke, buat mural ke, buat kraftangan ke atau aktiviti sewaktu dengannya.

 Ni kerja masa weekend.
Ayah berseminar selama 3hari.
Buntu bila 3Farahs dah tak ada....tiada teman untuk bershopping.....
So duduk sorang-sorang layan kesunyian.
Perancangannya nak ajar murid Tahun 4 dalam PSV minggu depan.
Dalam kepala nak buat kucing, arnab, gajah dan macam-macam tapi stok tin tak ada la pulak...emmmm

Ni ibu buat di bilik kerja setelah bosan menanda kertas2 evident....
Tarik nafas.....hembus.....tarik nafas....hembus....
Hilangkan stress kejap dengan hasil kerja seni.
Sebenarnya meja ibu berselerak dengan pelbagai alat tulis.....he3x
Itu yang datang idea nak buat benda alah nie.

Sebenarnya ibu ada wujudkan sebuah blog Panitia PSV/DSV
beberapa tahun lepas.
Sekadar suka-suka untuk menyimpan hasil seni ibu dan anak-anak murid sebagai rujukan.
Tak sangka pulak blog ni menjadi tempat rujukan rakan-rakan sealiran.
Yang kelakarnya bila ibu pergi kursus pasti ada saja menyapa ibu
dan ucapkan terima kasih kerana mengambil bahan-bahan dari sana.
"Sharing is Caring"....
Tak salah berkongsi sedikit ilmu yang memberi manafaat kepada orang lain.

Klik SINI

1 November 2014

Segak, Jenazah dan Pra Perkhemahan

Mesti orang confius dengan tajuk n3 ibu.
Hari ni nak cerita aktiviti di sekolah ibu dalam 1 minggu
selain mengajar dan menguruskan PSS.

Baru habis sukan banyak lagi program beratur menanti untuk disettlekan.
Maksudnya tiada erti kata nak rehat-rehat goyang-goyang kaki.
Selain tugas hakiki mengajar....tugas "mendidik" juga harus dilaksanakan.

A. SEGAK
Setiap 2x setahun program SEGAK ni diadakan
untuk menguji tahap kecerdasan anak-anak.
Ianya terkandung dalam silibus PK.
Amboi skemanya ayat ibu.....he3x....
Ada beberapa aktiviti yang dijalankan.
Ini gambar sebahagian aktiviti je.
Hanya murid-murid Tahap 2 saja akan jalani ujian ini.

B. Kursus Pengurusan Jenazah
Saban tahun juga diadakan sebagai pendedahan kepada
anak-anak kita cara menguruskan jenazah keluarga terdekat.
Pendidikan dunia dan akhirat diseimbangkan dengan aktiviti-aktiviti
keagamaan....
Alhamdulillah anak-anak didedahkan dengan pelbagai kemahiran.
Aktiviti berjalan dalam keadaan enjoy, gembira dan kemuncak sedih.
Masing-masing mengalirkan airmata malah ramai yang menangis
teresak-esak..memeluk cikgu-cikgu dengan memohon maaf.
Emmmmmm...memang terkesan dihati ceramah yang disampaikan
oleh ustaz dan ustazah jemputan.....Alhamdulillah

C. Pra Perkhemahan
2 minggu lagi program yang amat dinantikan oleh murid-murid
akan diadakan.
Selesai final exam maka anak-anak Tahap 2 akan berkampung di sekolah
selama 3 hari 2 malam.
Cikgu-cikgu juga akan bersama bermalam di "hotel 5 bintang" berlantaikan
rumput dan berbumbungkan langit.
Tak kisahlah, itu dah tugas seorang pendidik.
Tugas sampingan yang terkadang diluar pengetahuan awam.......

Dan diawal pagi "weekend" ibu dah bergegas ke sekolah.
Lupakan seketika hendak bermalas-malas dihujung minggu.
Hati cikgu mana tak "cair" melihat semangat anak-anak ini.
Bohong kalau ibu kata tak seronok bersama mereka.
Hilang penat lelah  dalam menjalankan tugas-tugas sampingan.
Kerana merekalah ibu bergelar "cikgu".
Kerana merekalah ibu menjadi seorang yang sabar, tabah , tidak berkira masa,
 tenaga dan wang ringgit......
Ibu juga bersyukur kerana dikurniakan seorang suami dan anak-anak
yang amat memahami tugas ibu sebagai seorang guru.
Alhamdulillah......

31 Oktober 2014

Resepi Ringkas Kambing Panggang Blackpepper

Menu feveret ibu dan anak-anak.
Kami ni peminat daging kambing.

Takada resepi khusus nak panggang daging kambing ibu nie.
Saja buat gempak....he3x...
Ibu cuma perap dengan blackpepper sos je dan panggang dalam
pemanggang ajaib tu.....
Dan ibu suka perisa ladahitam yang kuat so ibu
tambahlah serbuk lada hitam dan sedikit minyak masak....


Ok itu saja n3 ibuhari ini.
Walaupun di Johor ni weekend hari Jumaat dan Sabtu namun ibu tetap
hadir ke sekolah untuk sesi persediaan untuk perkhemahan.
Tak ada maknanya nak golek2 kat rumah.....

Ayah pun 3 hari terbang untuk berseminar.......emmmmm....

30 Oktober 2014

Aiskrim Ringkas Homemade dan Farouk

Sejak dua menjak ni fenomena aiskrim homemade semakin femos emos di alam maya.
Maka si bujang ibu Farouk pun terjebak sama walaupun ibu dah
cakap beli je aiskrim kat kedai tu.
Lagipun kat rumah dah tinggal Farouk berdua dengan Naurah.
Rasa macam tak berbaloi pula nak buat.
Beli apa pun sekarang ni memang tak luak.

Bagi memenuhi keinginan si bujang ibu maka terpaksalah layan kehendaknya.
Dan macam biasa Ayah akan jadi superman akan dapatkan
stok bahan yang tak ada di rumah seberapa segera..

Malam-malam operasi menyepahkan dapur ibu bermula.
Ibu dah warning awal-awal.
Lepas buat terus basuh dan kemas......
Ibu dah tahu perangai Farouk tu.....
Suka sangat guna perkataan "NANTI".......

Balik sekolah dah tak sabar-sabar nak menikmati aiskrim hasil airtangannya yang mulus tu.
Dia suap ke mulut ibu...
Emmmm...sedap....lemak berkrim.

Meh intai resepinya :
1 tin susu cair
1/3 tin susu pekat.
2 sudu besar ovallete
2 sudu besar krimer@susu tepung ( kalau ada...)
biskut oreo dihancurkan.

Cara-cara :
Masukkan semua bahan-bahan kecuali biskut oreo
 (Farouk terus belasah masukkan biskut oreo..sebab tu aiskrimnya dah bertukar warna coklat).
Blender sampai kembang.
(Farouk guna blender je.)
Taburkan biskut oreo.
Sejukkan dalam petiais selama lebih kurang 5-6 jam.


28 Oktober 2014

Petua Duduki Exam dan Good Luck 4Farahs

Minggu ni Along, Angah, Beby dan Naurah akan duduki peperiksaan.
Kebetulan Naurah pun menduduki PBS serentak dengan kakak-kakaknya di IPTA.
Beginilah saban waktu ibu tidak putus-putus berdebar-debar bila anak-anak duduki exam.
Setakat ni syukur Alhamdulillah 3Farahs masih kekalkan prestasi cemerlang mereka. 
Begitu juga Naurah yang terus cemerlang walaupun bergelar pelajar sekolah harian
di atas pilihan dia..

Sebagai seorang ibu pastinya ibu tidak akan pernah jemu bersujud
memohon doa agar anak-anak ibu menjadi 
insan cemerlang dunia dan akhirat.
Tiada petua khusus yang ibu amalkan cuma sekadar
ibu mengamalkan petua yang mama berikan
dalam mendidik kami berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran... ... 

Gud luck Along..
Along merupakan perintis untuk adik-adik melangkah ke IPTA.
Menjadi pembakar semangat adik-adik.

Gud luck Angah.
Ibu tahu Angah seorang yang tekun dan gigih belajar.....
Dan ibu pasti Angah mampu meraih pointer yang terbaik......
InsyaAllah......

Siap w.apps jadual exam.
Skema ibu sorang ni....he3x.....

Gud luck Beby....
Ibu bangga dengan Beby.
Sekarang Beby makin tekun belajar kerana course yang yang dipilih bersesuaian dengan cita-citanya.
Kekalkan kecemerlangan Beby dalam exam yang telah Beby duduki
sepanjang pengajian di sana.......

Puteri Bongsu ibu.
Gud luck Naurah.
Ibu tahu Naurah mampu kekalkan kecemerlangan seperti yang diraih semasa di tingkatan 1
dan peperiksaan yang telah Naurah duduki sebelum ini.
Semoga Naurah mampu kekalkan Anugerah Emas nanti.....

Ya Allah,
Permudahkan anak-anak ku dalam menjawab peperiksaan yang mereka duduki.
Lapangkanlah dada mereka..
Kuatkan ingatan mereka...
Terangilah hati mereka agar dapat memahami apa yang dipelajari.....
Kurniakan minda yang cerdas....
Semoga mereka mampu meraih kejayaan cemerlang dalam
setiap peperiksaan yang mereka lalui......

Sedikit berkongsi petua:
Ibu selalu pesan pada anak-anak setiap kali melangkah ke dewan peperiksaan
 agar amalkan bacaan :
Al-fatihah pertama disedekahkan untuk ibu dan ayah
Al-Fatihah ke 2 disedekahkan untuk pemeriksa kertas (agar lembut hatinya)
Al-fatihah ke 3 disedekahkan pada diri sendiri agar dipermudahkan
menjawab soalan.
Al-Fatihah...


27 Oktober 2014

Barat dan Timur

Tamatlah sudah percutian mix sem Along dan Beby selama seminggu.
Sekejap je masa berlalu.
Tak puas bermanja dengan mereka berdua.
Itupun ibu rasa tidak lengkap kerana Angah tak dapat pulang kerana sibuk dengan program u.
Dengan berat hati ibu terpaksa melepaskan mereka pergi.
Along ke Melaka dan Beby ke Kuantan.

Beby menaiki bas Cepat Ekspress dan Along drive sendiri ke Utem.
Alhamdulillah masing-masing selamat tiba ke destinasi dengan selamat.
Tinggallah ibu meneruskan rutin harian dan jauh disudut hati sarat dengan rindu.....

Gambar selingan....Alahai Beby..balik sekejap pun diangkutnya 2 ekor bantal busuknya....

26 Oktober 2014

Resepi Roti Puri

Roti puri menu kegemaran anak-anak ibu.
Hasil airtangan en ayah.....he3x..
Sebab tu bila orang tanya resepi ibu tercengang seketika.
Bila ayah memasak di dapur ibu tak suka kacau dan malas nak ambil tahu...
Yang pasti ianya dah siap terhidang.....

So kali ini ibu tepek la "secret recipe" en ayah yang tak jadi rahsia lagi.
Itupun atas permintaan rakan-rakan jugak.
Menu simple dan sedap dimakan terutama untuk sarapan pagi.
Ayah akan buat banyak-banyak doh roti ni dan disimpan dalam petiais.
Pagi-pagi ibu gigih la mencanai dan goreng untuk sarapan anak-anak.

Meh kita intai resepinya:
Resepi :
Bahan-bahan:
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil mauripan (yis)
4 sudu besar minyak masak/majerin
air
secubit garam
sedikit gula (*kalau tak suka tak perlu letak )

Cara-cara:
1. Masukkan tepung + mauripan dalam bekas dan digaul rata.
2. Masukkan gula + garam + minyak masak/majerin ke dalam periuk dan panaskan seketika saja.
3. Kemudian masukkan bahan yang dipanaskan ke dalam bekas tepung sedikit demi sedikit 
dan kacau sebati. 
4. Gaul dengan mengunakan tangan hingga terbentuk seperti serbuk roti.
5. Kemudian tambah air  sedikit demi sedikit hingga menjadi doh.
6. Tutup dengan kain lembab macam kita buat donut tu dalam masa 40-50 minit..
7. Bila doh dah kembang, bentukkan bulat-bulat sebesar bola ping-pong.

Macam nilah bentuknya.
Ini en ayah siap bungkus satu persatu dengan plastik untuk
buat restok dalam peti ais.
Ianya tahan lama kalau disimpan dalam petiais.
Bila nak goreng baru canai.

8. Sebelum digoreng canai dulu doh tu nipis macam kita nak buat kulit karipap.
9. Goreng dalam minyak yang panas (*pastikan api dalam keadaan sederhana sebab ia mudah garing)
10. Boleh dimakan bersama sambal tumis/ kari dan sewaktu dengannya.
Selamat mencuba.

p/s:
Ni resepinya mama QS.

24 Oktober 2014

Maskot dan Sukan Tahunan

Selesai sudah 1 lagi program wajib sekolah iaitu Kejohanan OlahRaga Sekolah 2014.
Fuhhhhhh!!!!! menarik nafas lega ibu.
Dah lebih seminggu berpanas di padang.
Kulit wajah dah merentung......

Ibu yang sentiasa control ayu cuma diberi tugasan yang ringan-ringan saja.
Semasa acara balapan ibu merangkap Ketua bahagian lompat jauh menggunakan "kuasa besar" 
sekadar duduk dan mencatat....
anak-anak murid dan rakan guru yang bertugas bersama ibu dengan baik hati
volunteer untuk lakukan tugas ukur mengukur...muhahaha...."ada aku kisah".

Hari kemuncak kejohanan dijalankan pada hari Rabu (21.10.2014)
tepat jam 2.00 petang.

Macam biasa cikgu-cikgu perempuan yang "over" rajin + kreatif
bertukus lumus menyiapkan maskot dan aksesori untuk perbarisan.
Melakukan tanpa "arahan" dan "paksaan"...
Semuanya dari hati yang ikhlas +  seronok.
Wang ringgit + tenaga dicurahkan tanpa berkira.....
Macam biasa ibu gigih  menjahit dan men"edit" kain baju.

Dan anak kecil ini dengan rela hati menawarkan khidmat baktinyanya sebagai salah seorang 
maskot pasukan Hijau @ Saujana.

Berpeluh cikgu-cikgu menyiapkan lebih kurang 50orang anak-anak ini.
Budak-budak kecil macam itulah....dari A-Z kena cikgu yang siapkan......

"Ku Sangka Panas Hingga ke Petang....Rupanya Hujan di Tengahari.."
Apa nak buat....tiba-tiba hujan turun disaat acara gilang gemilang hendak bermula.
Acara terpaksa diteruskan walaupun hujan turun.....
Redha dengan keadaan........

 Maskot Pasukan Biru a.k.a Samudera....
Tema : Ocean

 Maskot Pasukan Merah a.k.a Mentari
Tema : Binatang.

 Maskot Pasukan Hijau a.k.a Samudera
Tema : Petanian

 Maskot Pasukan Kuning a.k.a Purnama
Tema : Harimau Malaya

 Anak-anak kecil yang comel ni dari Pra Sekolah...
Ibu dah cubit-cubit pipi dia orang sampai merah....geram sangat tengok kecomelan mereka.....

Macam biasa bujang ensom ibu yang berkaca mata hitam tu mewarisi
bakat semula jadi ibu dan 4Farahs yang "kaki bangku" dan tidak ada bakat dalam
acara sukan.....
So Farouk dilantik dengan rasminya menjadi Ketua Kontajen Pengakap...
Alahai...tak pelah anak.....usung jelah bendera tu ye.....

Macam biasa acara kemuncak dimulakan dengan acara perbarisan kontajen.
Masa ni hujan turun dengan agak lebat.
Generasi Y dan guru-guru serta pegawai sukan tidak berganjak di tengah padang.
Menguji ketahanan diri dan antibodi......
Biarlah sesekali mereka merasai berpanas dan basah serta main lecak di padang.....

Anak-anak yang kuat dan tabah.........masing-masing sebenarnya
sangat seronok berhujan....
Ibu sesekali melarikan diri sebab risau DSLR dah basah ditimpa hujan....

 Pelbagai acara dipertandingkan memakan masa selama2 hari....


 Dan bujang ibu ditugaskan membantu pegawai sukan untuk membawa peserta dan keputusan
perlawanan pada hari itu.

Nun...cuba lihat seorang cikgu dah tak senang duduk.....terpekik2 bila acara dijalankan.
Merangkap juru gambar......Adeh.....hilang segala keayuan ibu.....

Sebagai juru gambar ibu terpaksa akur yang gambar ibu tiada
dalam senarai.
Ini ajelah sekeping gambar ihsan yang Farouk snap.
Itupun nak ucapkan ribuan terima kasih kepada seorang
usahawan berjaya kerana setiap tahun menaja baju sukan kami.
Yang paling ibu suka tahun ini baju kami ditempah begitu Islamik......
Labuh dan besarrr........
Terima KasihTn Haji Mohd Janis B Abu Bakar...Jasamu dikenang.

 Pegawai sukan dan sebahagian peserta.

Pasukan Kuning a.k.a Purnama dinobatkan sebagai Juara dengan
punggutan mata 506. 
Pasukan ibu Hijau a.k.a Samudera kalah 3 mata aje daripada Purnama.
Apapun kami redha.......Jumpa lagi diacara sukan tahun depan......

"MAJU SUKAN UNTUK NEGARA"

About me