"Tin Kosong" jangan disangka tak berguna ye.
Sehari dua ni ibu sibuk mengumpul tin-tin susu kosong.
Ibu seorang guru Matematik merangkap Ketua Panitia PSV/DSV.
I Love It so much....
Sejak kecik ibu memang minat melukis dan buat kraftangan.
Darah seni yang ibu warisi daripada mama.
Bak kata orang bila seseorang tu minat
Matematik secara otomatik mereka minat seni.
Dan lagi satu ibu dilahirkan sebagai seorang yang "lefthanded"
antara 10% insan unik di dunia......ha3x....
Masa zaman persekolahan, kalau mama suruh study,
ibu ambil kesempatan berkurung dalam
bilik dan melukis.
Sampai la umur dah mula nak senja nie.
Kalau stress dengan kerja yang menimbun ibu lebih suka
menyendiri dan menjalankan aktiviti seni di bilik kerja.
Tak kiralah melukis ke, buat mural ke, buat kraftangan ke atau aktiviti sewaktu dengannya.
Ni kerja masa weekend.
Ayah berseminar selama 3hari.
Buntu bila 3Farahs dah tak ada....tiada teman untuk bershopping.....
So duduk sorang-sorang layan kesunyian.
Perancangannya nak ajar murid Tahun 4 dalam PSV minggu depan.
Dalam kepala nak buat kucing, arnab, gajah dan macam-macam tapi stok tin tak ada la pulak...emmmm
Ni ibu buat di bilik kerja setelah bosan menanda kertas2 evident....
Tarik nafas.....hembus.....tarik nafas....hembus....
Hilangkan stress kejap dengan hasil kerja seni.
Sebenarnya meja ibu berselerak dengan pelbagai alat tulis.....he3x
Itu yang datang idea nak buat benda alah nie.
Sebenarnya ibu ada wujudkan sebuah blog Panitia PSV/DSV
beberapa tahun lepas.
Sekadar suka-suka untuk menyimpan hasil seni ibu dan anak-anak murid sebagai rujukan.
Tak sangka pulak blog ni menjadi tempat rujukan rakan-rakan sealiran.
Yang kelakarnya bila ibu pergi kursus pasti ada saja menyapa ibu
dan ucapkan terima kasih kerana mengambil bahan-bahan dari sana.
"Sharing is Caring"....
Tak salah berkongsi sedikit ilmu yang memberi manafaat kepada orang lain.
Klik SINI
7 ulasan:
kak ibu nza memang kreatif... dinda suka tengok kalau akak dah memulakan aktiviti keras tangan ni hehehehe...
kreatifnya...
comel sangat!!
Sy x kreatif.. matematik mgkin penyebabnya.. :( x tahu la dulu masa budak2 x suka betul subjek ni.. tp bila dah naik sek menengah baru mcm suka.. :D
kiut lah penguin tu. comel sangat!
Zura x kreatif lah kak~ memang x ade idea comel2 cam kakak.. tapi kalo tiru idea org boleh lah.. hehehe
berkenan pulak dgn idea akak guna tin utk letak stationery tu.. nampak kemas. hehehe
Memang kreatif akak ni. Tangan kidal, minat Matematik tu memang serupa tapi bab kreatif bagai macam ni memang jauh bara dari apilah saya dengan akak ni tau.
Cantik pulak tempat pensel akak tu. kalau saya buat satu letak kat pejabat ni sure orang kata saya kreatif gila. Padahal curi idea orang. Keh3x.
Wah, bole tiru ni, utk aktiviti cuti sekolah nnt, dengan bebudak di taska, tq..
Canytiknye kak..sangat kreatif akak ni...
Tin susu rumah sy banyak. Ajar buat kraft skt. Hehe...
Catat Ulasan