Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 November 2014

Along dan Kisah Rakan Lelaki

Kali ni tajuk gempak nak ibu ceritakan di sini.
Kisah anak dara kesayangan ibu sentiasa dikelilingi kaum lelaki.
Bukannya ibu nak cakap Along ni ramai peminat tetapi
ada kisah disebaliknya....

Ok sebelum tu kita belajar dulu baca data stastistik
% pelajar lelaki vs perempuan di IPTA sebelum ibu bercerita lebih panjang.
Lihat ye ibu-ibu.....stastistik yang dibuat di IPTA.
Cecuba lihat bertapa ramainya kaum hawa mengambil tempat di IPTA.....bangga tak..bangga tak...
Tapi ibu nak tarik perhatian kepada 3 buah universiti di monopoli oleh kaum lelaki.
UPNM = sudah semestinya ramai lelaki sebab universiti  tu lebih khusus untuk melahirkan pegawai tentera.
UTeM ditempat ke 2 dan UTHM ke 3sebab kedua-dua universiti ni bakal melahirkan pekerja-pekerja
profesional dalam bidang khususnya kejuruteraan.

Sudah semestinya kebanyakan pelajar lelaki amat teror dalam 
subjek Fizik dan Add-Maths...
Bila ibu dan  rakan-rakan perempuan terkial-kial nak faham subjek tu mereka
dengan slamber je dapat result yang umph!!!!!....adeh....

Oklah..sebenarnya ibu nak cerita tentang Along.
Bergelar pelajar tahun ke 2 di UTeM.
Dan Along salah seorang warga perempuan yang hanya seramai 30-38% sahaja.
Terkadang ibu rasa nak gelak dan terkadang kesian bila
mendengar cerita Along.

Along :
Ibu Along nak nangis ni.....abang2 group Along asyik membuli je...
Ibu...Along selalu kena buli dengan abang-abang senior...
Ibu....Along tension la kawan2 group Along yang main-main je buat projek...
Adeh...sabar jelah nak......

Kebetulan Along antara pelajar yang muda lepasan Matrikulasi
dan bergelar siswazah diusia 19 tahun..
Yang paling tak tahan Along sekuliah dengan abang-abang
senior lepasan diploma yang berusia antara 23-26 tahun dan
menyambung degree........


Gambar yang Along w.apps....
Inilah rakan group discussion Along untuk sem nie.
5 lelaki dan Along seorang perempuan.
Terkadang dibuli kaw2 dan terkadang Along membuli dia orang....he3x
Tak kisahlah.....ibu pesan pada Along pandai-pandailah bawa diri.
Kena belajar jadi  seorang yang tahan kena kutuk, tabah, kuat,
 jangan cepat melatah, jangan cepat merajuk,
 jangan mudah menangis dan yang penting sabarrrrrrr....
bla...bla..bla.....macam mak nenek ibu mula memberi nasihat...ha3x.

Walaupun sentiasa dikelilingi kaum lelaki Along juga punya rakan-rakan baik yang mengambil berat.
Terkadang rakan lelaki ni ringan tangan untuk membantu walaupun terkadang 
gurauan mereka agak  kasar.
Sewaktu kereta Along alami masalah merekalah bersusah payah membantu...

Maklumlah selama ini Along dikelilingi adik beradik perempuan....
Mereka tidak lasak, manja, lembut tutur kata,
dan yang paling ibu tekankan bahasa yang mereka
gunakan terutama sesama adik beradik penuh kesopanan dan tatasusila gitu.........
Tiada istilah "kau" dan "aku" yang mereka guna sesama adik beradik.
Masing-masing mengunakan gelaran along, angah, beby a.k.a kak nana,
Naurah a.k.a kakak dan Farouk..
Situasi yang berbeza membuatkan mereka kurang selesa pada awalnya.

Syukur Alhamdulillah Along terus suksess dalam pelajaran.
Jarang ibu dengar dia mengeluh.
Lega hati ibu kerana Along cepat dapat suaikan diri dengan situasi.

Syabas Along.
Moga Along mampu mengengam segulung ijazah
yang menjadi impian Along selama ini dan menjadi pembakar semangat adik-adik
untuk cemerlang......

P/s:
Hujung tahun rasa 24 jam tidak mengcukupi.

12 ulasan:

Joanna Yunus berkata...Reply To This Comment

Itu la yg dinda rasa dulu... Pelajar engineering dlm kelas dulu cuma 8 org perempuan yg selebihnya lelaki... Buli, buat paperwork semua kita la... Diaorg banyak main time exam diaorg score... Stress

ayu Ismail berkata...Reply To This Comment

kuat along ya.....semoga terus berjaya...kak nza...betullah hujung tahun ni masa 24 jam x cukup

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Harap tabah menghadapi cabaran. Tu diorang gurau-gurau je... kalau tak, tak cerialah hidup. ^_^

Kak, hujung tahun memang tak cukup 24 jam. Kalau boleh ditambah, rasanya nak tambah jadi 50 jam sehari.

azieazah berkata...Reply To This Comment

Anak buah saya pernah belajar MIAT, repair enjin kapalterbang, tapi akhirnya surrender. Kena buli dengan kawan pelajar lelaki sebab dia sorang jer pompuan.

Memang kena kuat. Tapi jangan lupa, lelaki mengajar kita menjadi kental!

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

tu laa lumrah skrang kan kak....kaum hawa lagi ramai dari kaum adam...tapi kat situasi along ni berbeza sbb U tu pun sendiri lebih pada pengkhususan kaum lelaki....

ummiross berkata...Reply To This Comment

Salam rindu NzA, lama ummi tak berblog, banyak ketinggalan cerita.

Tahniah Along..bunga yang sentiasa menyerlah antara kumbang2, hehe.., teruskan kecemerlangan ye.

Nafira usof berkata...Reply To This Comment

hehehe.. ade kelebihan jugak bila belajar dgn lelaki. sbb lelaki dan pompuan berbeza dlm macam2 segi kan~
yang baik boleh di ambil sebagai teladan~

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

bagus sebenarnya dikelilingi budak lelaki.kurang sikit gosip..laki ni selalunya mmg suka main2 tp result gempak..Allah dh bagi kelebihan otak kt depa..cuma depa ni malas je..klu rajin mesti semua u dh dimonopoli org laki kan

semoga terus berjaya buat along..:)

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

hihi.. cabaran buat along ni...
sekuntum bunga dikelilingi kumbang.
tp ok ape.. mesti semangat kental ni

Zefa NorAsmara berkata...Reply To This Comment

Buli-bulian itu akan lebih mengentalkan semangat Along sbnrnya. Syabas Along!

Sham berkata...Reply To This Comment

salam...

syabas along...macam ni barulah rare...

Ein Makrai... berkata...Reply To This Comment

biasalah tue.....pandai along dan syabas...

Moh ikuti blog di http://ein-motherhoodlife.blogspot.com/

About me