Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 November 2014

Doakan Kebahagiaan Kami-22th

Hari ini genap 22 tahun perkahwinan kami.
7.11.1992-7.11.2014
Satu jangkamasa yang lama tapi ibu rasa macam baru semalam bergelar isteri.
Bergelar isteri diawal usia 20an.
Masih hingusan dan bergelar pelajar.
Perbezaan usia yang agak jauh memberi seribu rahmat buat diri ibu.

Terima kasih Abang, 
Kerana menerima diri ini seadanya.
Menerima segala kelebihan dan kekurangan tanpa mengeluh.
Memberi sepenuh kepercayaan tanpa prangsangka.
Menyayangi diri ini tanpa sempadan.

Terima kasih Abang,
Kerana menghadiahkan 5 orang permata yang sangat berharga.
Kerana  bertindak sebagai seorang suami dan abang yang amat sempurna.
Menjadi seorang suami dan ayah yang sangat sporting, penyabar dan penyayang.
Mendidik diri ini menjadi seorang yang sabar, tabah, berdikari dan matang.
Menjadi seorang suami dan ayah yang sangat toleransi.

Terima kasih Abang,
Kerana sentiasa melindungi diri ini,
Merawat diri ini ketika sakit,
Menyapu airmata ini ketika menangis kesedihan,
Menjadi pendengar yang setia ketika dada ini penuh dengan permasalahan.

Semakin hari diri ini semakin kagum :
Dengan sifat penyabar, bertimbang rasa, memahami dan cool.
Dengan keteguhan mendekatkan serta menghambakan diri kepada Allah tanpa kenal erti penat dan jemu.
Dengan kekentalan, kuat bekerja @wokerholic dan sanggup berkorban demi masyarakat sekeliling.
Dengan sifat rendah diri, tabah dan sabar.

Ya Allah,
Siramilah rumah tangga kami dengan rahmat dan kasih sayangMu,
Kuatkan lah iman kami dalam menghadapi ujianMu,
Jadikan daku seorang isteri yang solehah..yang mampu menyejukkan mata dan hati suamiku,
Jadikan daku seorang ibu yang penyayang dan terbaik untuk anak-anak,
Jadikan anak-anak kami insan yang soleh dan solehah.
Semoga kami kekal bahagia hingga ke jannah....
Amiin....

Terima Kasih Allah kerana pertemukan kami.
Terlalu banyak keindahan yang Kau berikan buat kami.
Terima Kasih Abang di atas segala-galanya.......

* Maaf entri tanpa gambar.
Maklumlah gambar perkahwinan kami masa tu ibu tak bertudung.
Gambar-gambar itu hanya untuk tatapan peribadikami sekeluarga sahaja.

14 ulasan:

Kakcik Nur berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.

Semoga terus berbahagia bersama hingga ke syurgaNya. Aamin...

NzA berkata...Reply To This Comment

to Kakcik
Terima kasih kakcik.....amiin.

Mar Mansor berkata...Reply To This Comment

selamat hari ulang tahun perkahwinan kak

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed berkata...Reply To This Comment

happy anniversary kak nza..terasa terharu n sejuk hati baca entry ni..terbygkan kebahagiaan kak nza n famili..pastu bnding ngan saya yg suka merajuk ngan en hubby..hahaahha..nway, semoga akak terus kekal bahagia selamanya..n saya berharap dpt ikut jejak langkah akak jugak..especially part mndidik anak2 tu kan..=)

Ena berkata...Reply To This Comment

Aamiin..

Alhamdulillah dan Tahniah!

Touching plak kita baca..

Joanna Yunus berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah... Tahniah kak ibu... Semoga kebahagiaan dan kekal bahagia till jannah

Nafira usof berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah.. Tahniah Kak~
selamat ulang tahun perkahwinan.
semoga ikatan ini terus mekar dan bahagia sampai ke syurga.. amin~

CuTeMiUt78 berkata...Reply To This Comment

selamat ulangtahun perkahwinan kak.. semoga berkekalan hingga ke Jannah

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Alhamdulillah..dan tahniah NzA..semoga teruys bahagia selamanya..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

happy annivesary..semoga hubungan bahagia hingga jannah..untung kak nza dpt suami yg menyenangkan tika susah dan senang

LadyBird berkata...Reply To This Comment

Semoge smkn hr smkin syg.. :)

ayu Ismail berkata...Reply To This Comment

alhamdulilah..semoga berbahagia hingga ke Jannah kak nza and suami

Norma NML berkata...Reply To This Comment

Happy anniversary akak..semoga kekal bahagia sampai ke Jannah.:-)

sal ya berkata...Reply To This Comment

Happy belated anniversary kak. Semoga bahagia smp syurga.

About me