Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

1 November 2014

Segak, Jenazah dan Pra Perkhemahan

Mesti orang confius dengan tajuk n3 ibu.
Hari ni nak cerita aktiviti di sekolah ibu dalam 1 minggu
selain mengajar dan menguruskan PSS.

Baru habis sukan banyak lagi program beratur menanti untuk disettlekan.
Maksudnya tiada erti kata nak rehat-rehat goyang-goyang kaki.
Selain tugas hakiki mengajar....tugas "mendidik" juga harus dilaksanakan.

A. SEGAK
Setiap 2x setahun program SEGAK ni diadakan
untuk menguji tahap kecerdasan anak-anak.
Ianya terkandung dalam silibus PK.
Amboi skemanya ayat ibu.....he3x....
Ada beberapa aktiviti yang dijalankan.
Ini gambar sebahagian aktiviti je.
Hanya murid-murid Tahap 2 saja akan jalani ujian ini.

B. Kursus Pengurusan Jenazah
Saban tahun juga diadakan sebagai pendedahan kepada
anak-anak kita cara menguruskan jenazah keluarga terdekat.
Pendidikan dunia dan akhirat diseimbangkan dengan aktiviti-aktiviti
keagamaan....
Alhamdulillah anak-anak didedahkan dengan pelbagai kemahiran.
Aktiviti berjalan dalam keadaan enjoy, gembira dan kemuncak sedih.
Masing-masing mengalirkan airmata malah ramai yang menangis
teresak-esak..memeluk cikgu-cikgu dengan memohon maaf.
Emmmmmm...memang terkesan dihati ceramah yang disampaikan
oleh ustaz dan ustazah jemputan.....Alhamdulillah

C. Pra Perkhemahan
2 minggu lagi program yang amat dinantikan oleh murid-murid
akan diadakan.
Selesai final exam maka anak-anak Tahap 2 akan berkampung di sekolah
selama 3 hari 2 malam.
Cikgu-cikgu juga akan bersama bermalam di "hotel 5 bintang" berlantaikan
rumput dan berbumbungkan langit.
Tak kisahlah, itu dah tugas seorang pendidik.
Tugas sampingan yang terkadang diluar pengetahuan awam.......

Dan diawal pagi "weekend" ibu dah bergegas ke sekolah.
Lupakan seketika hendak bermalas-malas dihujung minggu.
Hati cikgu mana tak "cair" melihat semangat anak-anak ini.
Bohong kalau ibu kata tak seronok bersama mereka.
Hilang penat lelah  dalam menjalankan tugas-tugas sampingan.
Kerana merekalah ibu bergelar "cikgu".
Kerana merekalah ibu menjadi seorang yang sabar, tabah , tidak berkira masa,
 tenaga dan wang ringgit......
Ibu juga bersyukur kerana dikurniakan seorang suami dan anak-anak
yang amat memahami tugas ibu sebagai seorang guru.
Alhamdulillah......

4 ulasan:

sal ya berkata...Reply To This Comment

Bgs program yg ada ni. Sy dulu join pengakap sbb nk rs aktiviti lasak. Jaki je tgk bdk2 pengakap pny aktiviti. Jgn dh hbs program lupa mcm mana nak uruskan jenazah sdh la.

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

semua xtvt y dianjurkan amat bermanfaat n bagus utk murid2.. esspecially pgurusan genazah tu.. ramai ank muda x tahu lagi tu.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

byk aktiviti bermanfaat utk murid2..mesti diorng pon seronok habiskan masa dgn cikgu2 kan..=)

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Banyaknya aktiviti budak-budak di sekolah akak ni. Kat sekolah anak saya takdalah pulak dengarnya. Maybe dia baru Tahun 2. Sukan pun takda. Rasa cam nak lap hingus je tau bila tak dapat tengok acara sukan kat sekolah anak :D

About me