Hujung minggu dihabiskan dengan mengukur lebuh raya Utara-Selatan...
keluar masuk tol demi mengubat kerinduan pada anak-anak.
Bermula perjalanan dari BG ke Melaka.
Keluar tol di Ayer Keruh...
Jemput Along di kolej kediaman UTeM....
Keluar semula ke lebuh raya.....
Meneruskan perjalanan ke UiTM Seremban.
Menghala ke destinasi....
Mungkin 2-3tahun ni , ibu akan mengukur jalan ke sini
dan juga Kuantan.....
Tiba di sini sudah petang..
Mujurlah Along dan Angah belajar di IPTA yang jalannya sehala.
Cuma Beby seorang menghala ke Pantai Timur....
Walaupun penat namum segalanya akan hilang bila melihat wajah
anak-anak di depan mata........
Wajah riang-ria 3Farah bila dapat bersama.
Dalam kereta pun cukuplah mereka melepaskan rindu.
Siblling merangkap BFF
Kami tumpang solat di kolej kediaman Angah.
Cepat sungguh masa beredar.
Ibu terpaksa meninggalkan Angah...
Nasib baik kali ini Angah tidak ber"drama" airmata.....
Meneruskan semula perjalanan memasuki lebuhraya.
Hari semakin gelap...jalan sesak dan tiba-tiba hujan turun
dengan lebatnya berserta angin kencang...
Memang menghalang pandangan.
Semua kereta menyalakan lampu kecemasan dan bergerak dalam 40km/j....
Apapun kami meredah juga hujan.....
Terus melencong keluar semua ke plazza tol AyerKeroh
untuk pulangkan Along semula.
Meneruskan perjalanan ke Selatan dengan hujan yang lebat.
Jalan yang sesak teruk..bertambah sesak dengan adanya kemalangan
di jalan sebelah menghala ke Melaka...
Sebuah bas terbalik melintang jalan.
Kalau tak silap ibu lebih kurang 40km jalan jem.
Tiba di rumah dah lewat malam........
Rumah kembali sepi tanpa mereka.......
20 ulasan:
walaupun sekejap dapat juga melepas rindu kan Nza..acik tinggal sorang yang bongsu je..2 minggu lagi akan ke BP semula..dia dah bagi tau..mak datang sebelum periksa katanya..
@Acik Erna
yelah acik...sbb ank kita hilang rasa penat w.pn jauh.....itulah kasih ibu.
Begitulah hati seorang ibu...
@Kakcik Nur
betul tu kakcik...sanggup brkorban apa saja demi mrk.
nanti agaknye bila anak2 dah besar mesti cam ni jugak kan ....
Saya pula sudah lali dengan kesepian... Tapi bab ukur jalan tu, saya dah champion, kak...hihihihi
jelas terpancar hepinya bila dapat bersua muka kan.. ^____^
ini lah saat2 yg dirindui kan Kak~
terpaksa berpisah untuk mencarik ilmu.
demi mengubati kerinduan..
tp bila dh jumpa rsa lega n terubat dihati kan kak.. lya hari2 y kerja pon x sabar nak balik rumah jumpa asya..nak peluk cium puas2. lagi dia kecik ni blh la gomol puas2..bila dh besar nnti.. kena kontrol la.. huhu
belum datang penang lagi ye kak..?
pengorbanan ibu dan ayah kan kak nza..demi anak snggup berulang alik melepas rindu..dulu time saya sekolah kat melaka pon 2 tahun pertama tu almost every week mak dan arwah ayah dtg melawat..T_T
@eima
betul tu...satu persatu pergi meninggalkan kita.....
@Aziela
akak kagum dgn kekuatan yg aziela miliki.....akak ni terkdg sedih mengalahkan anak2...
@Ena
aha,along yg xsihatsblm ni pn nmpk ceria dan kembali sihat...alhamdulillah
@Nafira usof
pengorbanan seorg ibu...pengorbanan anak2 jugak....
@LYAfrina
sgt2 lega bila dpt melihat keadaann mrk....itulah kasih syg seorg ibukn....setiap detik sntiasa rindukan ank2....
@Murni Alfathunnisa
akak g penang hr khamis nie.
@Lily Mama Zara|Zareef|Zayed
betul tu lily.....hidup xsempurna tnpa mrk..kalau mampu setiap masa trluang nk kesana...
he3x.....mestimak ayah lily rindu sgt2 pd ank bongsu kesayangan ni kn.
Janji dapat jumpa anak-anakkan, kak. Sekejap pun jadilah. Memang selagi mereka belajar, selagi itulah akak kena ukur jalan kat lebuhraya tu. Tengok mana yang berlubang, mana yang perlu ditar semula. Huhuhu...
Dah biasa anak-anak riuh di rumah, bila tiada mesti sunyikan, kak. Oh, saya pulak yang tumpang terharu!
@Mummydearie
Jwbnya 3 thn ni akak jd pelapor or penyelia h.way la kot. Dpt pantau2 mana yg rosak...he3x...
Emmm..gitulh..lepas habis blajar tah2 dh nk kawin. Jgn jd mcc ibu, tgh belajar dh gatal kawin...ha3x
Catat Ulasan