Minggu lepas dan minggu ni 3Farahs masih sibuk dengan mid-sem exam.
Saban hari bertalu-talu w.apps ibu mohon doakan kecemerlangan mereka bertiga.
Farouk pun sibuk jugak dengan exam.
Sibuk la sangatkan....
Kebetulan Farouk duduki final exam serentak untuk SK dan SAgama.
Pagi petang la dia duduki exam....
Macam biasa Farouk releks saja.
Langsung tak risau...tak stress...tak kisah dan pelbagai "tak" yang dia miliki....
Seolah-olah ibu yang nak exam.
Suruh buka buku banyak pulak songelnya....
Kononnya nak belajar secara on9.
Hish3x...ibu memang agak sukar nak caya auta mamat sorang nie....
Tengok.....Generasi Y la kononnya.
Alasan nak buat revision secara on9.
Si Ayah siap gorengkan "roti puri" letak sebelah bujang kesayangannya tu.
Si ayah siap tanya nak cicah apa? Nak air ke tak?....hai macam bos besar.
Ibu memang takcaya mamat ni 100%.
Bila ibu leka melayan fb, blog, insta n twitter.....dia pun mula la melencong ke lain...
Sabar jelah ibu dengan si Farouk sorang nie......
Seawal pagi Farouk akan solat berjemaah di surau.
Balik surau boleh pulak dia layan tab....
Maunya si ibu tak hangin...
Bila suruh buka buku banyak la aktiviti sampingannya.....nak buat air la....nak sarapan la....
buka tutup peti ais la.....adeh.....nasib baik ibu ni masih bersabar dan simpan suara
di awal pagi....
Bila kakak Naurah bersuara :
Ibu kakak dah dapat markah...bla..bla..bla
( ibu pun tak ingat subjek apa yang Naurah cakap sebab sedang bersilat kat dapur..).
Alhamdulillah ibu,setakat yg dapat semua kakak dapat A dan ada yang
kakak dapat markah paling tinggi dalam kelas.....
Sejuk hati ibu yang sedang panas.
Dan selamber je muka Farouk jeling-jeling....
Emmmmmm...Farouk, bila nak jadi macam kakak2 tu??????
8 ulasan:
hehehehe.. Anak bujang kesayangan yer.
study pon guna laptop yer. hehehe
Sejuk kan hati dengar anak2 dapat result yang baik kan~ hati yang marah pon boleh sejuk. hehehehe
hehe..anak bujang memang tidak serajin yg perempuan..
Mula-mula Farouk jeling je, lama-lama mesti dia akan rasa tercabar (kot) dengan kejayaan 4F.
Mudah-mudahan...
biase lelaki mmg mcm tu kan kak...jenis suke last minit tapi bagusnye dieorg ni kuat memori...in sha Allah farouk pun bijak mcm kakak2nye...result gempak nanti tu...amin
Kak, saya rasa Farouk ni jenis beri tumpuan dalam kelas. Lelaki biasanya begitu... Adam lain sikit sebab kat rumah dia kena balun dengan nenek...hehehehe
Sabarlah ibu, nanti Farouk cantas keputusan kakak empat orang tu. Kan Farouk anak lelaki sorang. Hiks!
Kak, anak lelaki memang gitulah kot. Kena bebel pun tak heran pun. Tapi keputusan keluar not bad juga. Itu yang sakit je hati kita student perempuan. Eh, student apa ke bendanya! Mak budak dah....
Tengok tutor tv upsr je la, kak. Amirul pun sama juga, kena banyak kali suruh baca buku.
Biasa la kak. Anak2 ni lain patennya. Sabar je la.
Catat Ulasan