Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Februari 2013

Teacher Farah Nadiah.

Sudah 2 minggu Angah bergelar cikgu Matematik dan Bahasa Inggeris.
Bukan cikgu sekolah ye tapi cikgu tuisyen.
Itupun di atas permintaan dan harapan yang tinggi dari "seorang ibu".
Si "ibu" pelajar tu dapat nombor telefon dari seseorang yang cadangkan
agar berjumpa Angah.

Setelah minta pendapat ibu dan atas rasa sikap kasihan maka Angah menerima tugas itu.
Lagipun ibu rasa ianya baik untuk angah mengisi masa terluang
sebelum result SPM keluar nanti.....

Memang agak berat juga tugas angah kerana pelajar ni alami masalah dalam pelajaran
akibat tercicir beberapa tahun dari arus pendidikan perdana.
Sekarang pelajar ini berada di tingkatan 4.

2-3 hari lepas, rakan ibu yang juga bekas guru BM angah
pun menyuarakan keinginan untuk menghantar
2 orang anaknya untuk belajar dengan Angah.
Angah masih mempertimbangkan permintaan itu.
Angah risau jika dia tak mampu menjadi seorang cikgu yang baik......
Ibu tahu Angah seorang anak yang mementingkan kesempurnaan
sejak kecil lagi......

Moga usaha murni Angah mendapat ganjaran pahala yang berlipat kali
ganda dan semoga cita-cita Angah untuk menjadi seorang guru/pensyarah
Bahasa Inggeris tercapai...walaupun jauh disudut hati ibu dan family
ingin melihat Angah menceburi dalam bidang perubatan namun
Angah lebih berminat dalam bidang pendidikan.....

Ibu dan family tetap memberi sokongan pada Angah...
InsyaAllah, moga cita-cita Angah tercapai....


15 ulasan:

Aziela berkata...Reply To This Comment

Wah, seronoknya. Insya Allah Angah boleh lakukannya. Yang penting buat yang terbaik. Kecemerlangan pelajar, bukan tanggungjawab guru seorang jer kan kan.

Saya dulu lepas SPM pun sempat mengajar tuisyen. Mula2 untuk sepupu jer, tapi lepas tu ramai pulak kawan2 dia yang datang join.

Alhamdulillah, pengalaman itu memang bernilai.

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

In Shaa ALLAH...Angah pasti boleh....
Moga cita2 Angah akan tercapai...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

menjadi pendidik tugas yg sgt mulia.congrate angah.jlnkan tugas sebaik mungkin ye..Angah boleh!

ummiross berkata...Reply To This Comment

Tahniah Angah, berani menimba pengalaman di usia muda, tentu sangat berharga pengalaman tu bila bekerja nanti. Semoga menjadi pensyarah atau cikgu yang dedikasi seperti ibunya juga..

mamaijat berkata...Reply To This Comment

.....good luck teacher angah...

♥MAMASYAZA♥ berkata...Reply To This Comment

kalau dekat boleh jugak angah ajar tuisyen utk anak2 su, kan kak ?

ibuintan berkata...Reply To This Comment

moga cita2 dan impian Angah dimakbulkanNya


nampaknya dah ada anak Nza yang ingin menyambung perjuangan ibunya

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

baguihnyer angah dah jadi cikgu.. semoga dapat mendidik pelajar dengan baik... baguslah ada cita-cita... cita2 yang baik pulak tu..

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Ke mana lagi tumpahnya kuah, kan :)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Tahniah Angah! Tak ramai yg bercita2 menjadi guru/pensyarah. Moga Angah berjaya mencapai cita2 yg mulia tu..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Moga2 Angah mengikuti jejak ibunya.

Klu kita ajar orang, meningkatkanlah kefahaman kita dalam ilmu yang kita ajarkan.

Mohamadazhan.com berkata...Reply To This Comment

salam kak sekeluarga, moga sentiasa ceria dan sihat =)

Alhamdulillah, praktis siap2 mana tahu rezeki menjadi pendidik. Ikut jejak langkah ibu =)

Munn Jaafar berkata...Reply To This Comment

wow! angah hebat! smoga cita2 angah nk jd pendidik tercapai...goodluck!

Munn Jaafar berkata...Reply To This Comment

wow! angah hebat! smoga cita2 angah nk jd pendidik tercapai...goodluck!

Unknown berkata...Reply To This Comment

hehehehe.... nak tahu tak rahsia dinda...dulu masa tunggu result pun jadi cikgu tuisyen math....

About me