Hari ini selesai 1 lagi program wajib sekolah.
Sambutan Maulidur-Rasul berjalan dengan lancarnya walaupun diawal pagi mendung.
Alhamdulillah Allah permudahkan urusan kami....
Sesi mendengar taklimat sebelum perarakan bermula....
Posing dulu sambil memantau anak-anak didik...
Tahun ni cuma tinggal Farouk seorang je bersekolah dengan ibu.
Anak lelaki simple je.
Pakai baju Melayu + bersamping + bersongkok dah oklah....
Kalau ada Kakak Naurah dulu, ibu terpaksa jadi pakar perunding imej dia.
Nak pakai baju apa, nak pakai tudung apa, nak pakai brooch macam mana,
nak maching dengan kasut mana...aduyai...Pening mak!!!!!
Gayanya melawan tokey..........
Perarakan bermula......
Kenapa la muka ibu masam semacam jerrr....hehehe....
Farouk dan rakan-rakan....
Selepas perarakan diadakan pula marhaban, berselawat, pertandingan mewarna dan kuiz.
Pertandingan mewarna untuk Tahap 1 dan Kuiz untuk murid Tahap 2.
Pening melayan kanak-kanak ribena nie....
Selesai mewarna, jamuan diadakan.
Setiap tahun pihak sekolah mendapat derma seekor lembu dari seorang ushawaan ternama di sini.
Juga derma daripada rakan-rakan juga dan staf.....
Alhamdulillah, dapatlah kami jamu semua murid2, guru-guru, staf2 dan para jemputan.
Jemput makan anak-anak..........
Ibu lupa pula nak snap lauk pauk hari nie akibat kelaparan....hehehe........
Selesai makan, barulah diadakan ceramah Maulidur-Rasul daripada
penceramah jemputan dan persembahan nasyid.......
Alhamdulillah segalanya berjalan lancar....
15 ulasan:
Alhamdulillah, sambutan tanda sayang kita kepada Baginda Rasulullah SAW, salawat dan salam buat Baginda dan ahli keluarga.
NzA..tinggi rupanya, memang sesuai berjubah, hehe..
Kita semaikan pada mereka sejak kecil. Masa saya sekolah dulu, tak pernah langsung ada aktiviti nie. Lagipun, anak Melayu kat sekolah tu dalam 40% jer.
@ummiross
2lh, masa dengar ceramah tadi menitis airmata ni ummi....
Hehehe..nza mmg tinggi lampai ummi...165cm..maklumlah brdarah campuran..2lh kwn2 kata lebih sesuai brjubah...nmpk lebih ketara mcm org2 belah nun di sana.....ngee....
@Aziela
SETUJU!!!!!anak2 dpt hayati n mengenal Baginda dgn lebih mendalam dgn adanya pengisian program dgn ceramah.....
Program sebegini yang bebudak suka. Anak bongsu saya, tiap kali ada majlis camni akan cakap, "mak esok pakai baju raya!" hahaha
Salam... teringat zaman2 sekolah2 dulu. Rindu nya!
to azieazah
mmg, anak2 sy pn sama...brsemangat betul kalau ada program mcm nie..
to nea lopah
kenangan indahkan.....
seronok tgok sambuatan maulidur rasulnya..proram macam ni bagus utk pupuk sifat cintakan Rasulallah..:)
to PK
betul tu PK...byk pengisianya....
Alhamdulillah dah selesai. Hehe jauh beza kan anak lelaki & anak perempuan. Farouk pakai ja baju tu, habeh cerita :D
to dinas
2lh, lega bila dh selesai..
mmg trlalu jauh beza melayan anak2 pompuan dgn si bujang sorg....
Nampak meriah sebab ada perarakan. Sekolah akak sambut minggu lepas. Simple je. Takde perarakanpun, cuma berselawat, ceramah dan ada pertandingan khutbah, da'e dan mewarna. Keesokannya ada festival nasyid.
sekolah sumaiyyah dah buat dah... sehari selepas 12 RA , Sekolah lbh meriah katanya dgn jamuan, penceramah kemudian qasidah, dan hidupkan sunnah rasulallah...menghidupkan malam....
Cantik gambar kak, nmpk ceria n meriah.. Alhamdulillah..rindu saat2 mcm ni masa skolah dl..huu
Catat Ulasan