Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Februari 2013

Selamat Ulang Tahun Baby Girl.

Sekejap je masa berlalu.
Baby girl ibu dah meningkat ke alam remaja.

Naurah bersama cousin yang juga anak buah kesayangan ibu Fatin Alia Irdina...
Ibu pernah bela alia semasa baby kerana masa tu mama dan papanya masih belajar.
Mereka membesar bersama. Sebab tu mereka amat rapat.....

Rindu saat ini.
Masa Farah Naurah masih jadi baby girl ibu.
Seorang anak yang amat berdikari sedari kecil.
Hinggakan ibu tak sedar baby girl ibu sudah besar......

Gambar-gambar yang ibu kidnap daripada FB Farah Naurah.....








Tidak terasa penat lelah membesarkan Naurah.
Dia seorang anak yang amat berdikari.
Di usia 2 tahun dia telah bersedia membancuh susunya sendiri.

Ibu amat bertuah dikurniakan sebutir permata yang amat berharga ini.
Sedari tadika Naurah tidak pernah menghampakan ibu.
Setiap kali peperiksaan Naurah hadiahkan kami straight A hingga kini.
Dan yang paling ibu bahagia,Naurah seorang anak yang teguh dalam agama.
Solat tepat pada waktunya sejak kecil tanpa perlu diarah.
Puasa penuh diusia 5 tahun.
Khatam di usia 7 tahun.
Pandai bertaranum diusia 9 tahun.
Tidak pernah meninggi suara.
Tidak pernah berbangga diri.
Amat patuh pada arahan dan suruhan.
Jadi contoh kepada rakan-rakan.
Jadi murid kesayangan guru-guru.
'Jadi kesayangan orang-orang sekeliling....Alhamdulillah.

Ibu, Ayah dan keluarga doakan agar Naurah membesar menjadi anak yang
cemerlang dunia dan akhirat....
Walaupun Naurah dah berusia 13 tahun hari ini, Naurah tetap Baby girl di hati ibu......
Selamat Ulang Tahun Kakak....

p/s:
Untuk perhatian Kasih Salina, nanti emailkan alamat kat
email akak  di norzakiahabdullah@yahoo.com 
Rakan-rakan lain dah ada alamatnya. Tinggal KS je yang belum ada......


20 ulasan:

Unknown berkata...Reply To This Comment

Selamat Ulang tahun Naurah.... semoga semua doa ibu dimakbul Allah.... Amin

NzA berkata...Reply To This Comment

@Joanna Yunus
TQSM...InsyaAllah....amin.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sejuk hati sy bila baca setiap entri pasal naurah..bertuah akk dikurniakan anak sebaik n secemerlang naurah.

selamat hari lahir naurah..:)

NzA berkata...Reply To This Comment

@Puan Kutu
Alhamdulillah, amat brsyukur dgn kurniaan drNya.....

ariana berkata...Reply To This Comment

Hepi befday Naurah.moga terus berjaya dlm hiduo , dunia akhirat dan tahniah diatas semua kejayaan yg dicapai, semuanya berkat doa dan limpahan kasih syg dr ayah ibu jg..jgn sesekali lupakan itu ye..

Unknown berkata...Reply To This Comment

salam..happy birthday adik naurah. semoga berjaya di dunia dan akhirat & jadi ank yg solehah.

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Happy birthday, Naurah. Sejuk hati baca pasal dia & masih ingat lagi macam mana sabarnya dia bagi tunjuk ajar pada Farouk buat homework dulu. Semoga dia akan terus membesar sebagai anak solehah, amin.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Seronok tengok seorang anak yang menjadi penyejuk mata kedua ibu bapanya.

Semoga menjadi aset berharga buat keluarga.

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Selamat Ulang Tahun Baby.......buah hati IBU.....

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

hepi besday buah hati sis...sejuk je hati baca entry ni...

Salmi berkata...Reply To This Comment

Selamat hari lahir buat Naurah.. MOga terus cemerlang dunia & akhirat.

mamaijat berkata...Reply To This Comment

...Alhamdulillah atas kurniaanMU ya tuhan..
semoga Naurah terus cemerlang dan gemilang dunia akhirat buat ayahanda bonda....
aminnn....

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Happy B'day Naurah...Moga menjadi anak yg solehah & terus cemerlang dunia akhirat...amin...

*alamat lily dah ada ke kak..? lupa nak email..

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

happy bday naurah..comeinya naurah masa kecik2..eh..skang pon comei jugak..tp remaja comel la kan..hehehe

ummiross berkata...Reply To This Comment

Amin,amin,amin..moga doa ibu ayah dimakbulkan Allah SWT.

Selamat ulang tahun kelahiran Naurah,
semoga diberkati Allah selalu,semoga sentiasa menjadi anak yang menyejukkan hati ibu dan ayah, moga terus-terusan cemerlang dalam urusan dunia dan juga urusan akhirat.

Kasih Salina berkata...Reply To This Comment

salam kak..mintak maaf banyak2..saya baru jer email pada akak..

sungguh bertuah akak mempunyai anak macam beby naurah,sentiasa membahagiakan ibu dan ayahnya..

happy birthday buat Naurah..semoga menjadi insan yg cemerlang dunia dan akhirat..

azieazah berkata...Reply To This Comment

Selamat Ulangtahun Kelahiran FARAH NAURAH...

semoga terus cemerlang dan menjadi anak yang membanggakan keluarga.

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

selamat hari lahir naurah ! comel sampai skrg.. skrg lebih ayu n sopan, ambil gambar senyum tak nmpk gigi..hehe..kiut~

Alhamdulillah moga terus membahagiakan ibuayah.. ^_^

Aziela berkata...Reply To This Comment

Selamat ulang tahun Naurah. Semoga akan terus berjaya dan berbahagia selamanya. Amiin.

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

naurah masa kecilnya sangat2 comel! selamat ulangtahun naurah... moga terus cemerlang d dunia n akhirat~

About me