Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Februari 2013

Putih...Biru...

Salam semua.
Hari ini ibu lambat bersiaran.
Maklumlah 1st day sekolah selepas bercuti selama 10 hari.
Perlu persiapan mental dan fizikal yang kental...hehehe......sila jangan percaya.

Apa yang putih?....apa yang biru?

Baby girl ibu ni dah seminggu lebih sibuk dok cakap kena pakai baju pengawas.
Katanya nanti akan diadakan majlis watikah perlantikan.
Ibu yang tengah tak ada mood menjahit buat-buat tak dengar aje.
Dan si ibu siap bersuara : Kakak, tak boleh ke minta izin dengan  cikgu tangguh pakai baju biru tu tahun depan ke? 2 tahun lagi ke?......atau bila2 ibu dah lapang.
Suka suki jekan ibu ni buat undang-undang sendiri.
Macam la sekolah tu mak bapak ibu punya....hahaha....

Naurah hanya diam membisu.
Dalam diam dia mencari baju sekolah angah tahun lepas.
Agaknya malas dia nak layan cakap ibu.
Naurah : Takpelah ibu, kakak ambil baju pengawas angah jelah.
Nanti ibu potong bahagian bawah ye sebab baju angah labuh...... 
Sentap ibu jap dengan kata-kata Naurah. Kesian anak ibu kan.....
terkadang ibu ni kejam jugak......Pentingkan diri sendiri.

Baju Angah memang la labuh sebab keketinggian angah macam model
sedangkan Naurah baru tingkatan satu dan badan dia kecik comel je.....
Lagipun Angah pakai baju tu masa form 5.

Ibu jahit baju pengawas yang baru untuk angah semata-mata sebagai motivasi untuk
dia  duduki SPM masa tu.
Kata orang sekurang-kurangnya sesuatu yang baru mampu buat mood kita
ceria walaupun sekadar sebatang pen....betal tak?????
Baju tu Angah pakai sekejap jelah sebab Angah dah ada 2 pasang baju lain.
Masih elok sangat  (Alasan ibu yang kukuh...hehehe...)

Tiba-tiba ibu pun teringin nak baju baru.
Dah bosan rasanya pakai baju uniform PPIM (Puteri Islam) yang sama.
Maklumlah baju uniform tu kena pakai setiap hari Rabu sedangkan ibu cuma
ada 2 pasang je....Bosan..bosan...bosan...
Itupun baju ibu dah tak macam uniform PPIM sebab ada blink-blink + sulam2...

Dengan gigihnya  pagi Ahad ibu pergi kedai kain.
balik rumah terus gunting dan jahit.
Nekad nak pakai hari Isnin sebab minggu ke 3 kami kena pakai baju uniform.
Tak cukup dengan itu gigih jahit manik bagai sampai larut malam.
Kebetulan malam tadi kawasan rumah ibu diserang lagi dengan letupan bom atom.
Jiran ibu berbangsa Cina masih meriah bakar mercun hingga ke pagi....
Macam tahu je ibu bersengkang mata menyiapkan jahitan manit tu......

Inilah hasilnya.....
Farouk dengan slamber komen : Boleh ke pakai baju uniform ada manik-manik  tu ibu.
Semua baju ibu nak kena ada manik ke....?????
Ibu : Amboi...amboi...mulut....Takpelah ibukan cikgu. 
Tak kisahlah ibu nak pakai manik2 ke....kilat2 ke....
Dalam hati tersentap jugak dengan kata-kata farouk....

Pagi ni mata ibu dah jadi macam panda......!!!!!!


26 ulasan:

mamaijat berkata...Reply To This Comment

....Farouk.....
thank you cos you have given your ibu the question that aunty want to ask her...
give me 5...
he he he..

Salmi berkata...Reply To This Comment

Hahaha.. Suka baca ayat2 cinta Farouk tu..

NzA berkata...Reply To This Comment

@mamaijat
Aduyai.....aunty bersekongkol dgn farouk ke??????

NzA berkata...Reply To This Comment

@Nor Salmi
trkdg mulut dia boleh thn kalau kutuk kita tau.......

Aziela berkata...Reply To This Comment

Alalaa....bagus betul Naurah

sekadar satu coretan berkata...Reply To This Comment

naurah anak yg baik...x mahu menyusahkan ibunya...

sekadar satu coretan berkata...Reply To This Comment

naurah anak yg baik...x mahu menyusahkan ibunya...

Dinas Aldi berkata...Reply To This Comment

Akak, kata2 Naurah tu buat saya rasa sayu la..tapi akak dah buatkan baju baru untuk dia kan? Kan?

Unknown berkata...Reply To This Comment

Bertuah ibu dapat anak spt Naurah.

ibuintan berkata...Reply To This Comment

hahahaha... kena sedas dengan Farouk, bisa tu!

akak sampai hari ni tak buat2 lagi baju unifom .. hari Rabu pakai Tshirt dan seluar je

jeBateja berkata...Reply To This Comment

wahhh...cikgu...sian budak tu...tak dpt baju pengawas.....


Den dulu tak suka jadi pengawas...tapi minat kat sorang awekz pengawas....ahakz

Unknown berkata...Reply To This Comment

paling tak tahan dengan ayat farouk tapi apapun memang jahitan manikk kak ibu tu cantik dan comel

ummiross berkata...Reply To This Comment

Seronok pandai menjahit sendiri ni, bila mood datang je, terus boleh siapkan baju idaman. Cantik baju tu NzA, cantik juga ayat Farouk tu, hihihi, pandai Farouk menyakat ibunya.
Naurah budak baik..

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Bestkan kak bila pandai menjahit..bila² masa jer boleh jahit baju sendiri...Cantik manik² tu kak..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

haha amboi baju uniform ibu siap manik blink2,klu anak murid pakai agak2 kena marah tak?hehe

NzA berkata...Reply To This Comment

@Aziela
Naurah tu jenis yg xbyk kerenah kot....

NzA berkata...Reply To This Comment

@ainnoraini
trkdg si ibu ambil kesemptan...hehehe...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Dinas Aldi
huhuhuhu......
akak dh siapkan sepasang n yg 1 lg guna yg angah punya tu......

NzA berkata...Reply To This Comment

@nea lopah
setakat ni dia byk kerenah ttp ibu yg ambil kesemptan......

NzA berkata...Reply To This Comment

@ibuintan
hehehe....mmg boleh thn kalau dia tembak ibu...menyusuk ke jantung...

2lh sbnarnya lbh selesa pakai t-shirt kan kak....

NzA berkata...Reply To This Comment

@jeBateja
2lh, ibu ni kejam sikit ttp at last buatkan jugak.....

NzA berkata...Reply To This Comment

@Joanna Yunus
mulut dia boleh thn tau..apapun TQSM dear.

NzA berkata...Reply To This Comment

@ummiross
TQSM ummi...
2lh pasal..sedap je mulut dia tembak ibu..sentap ibu dibuatnya......

naurah tu mmg mcm tu. cara dia buat kita brfikir....huhuhu...

NzA berkata...Reply To This Comment

@LiLy @ MaMaQiStInA
lepaslah utk upah jahit tu lily...TQSM lily.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Puan Kutu
kalau anak2 murid pakai confirm kena piat teling kt cikgu nie....hahaha.....

Izan Ishak berkata...Reply To This Comment

hehe..farouk ni pandai juga menyakat ibunya ye.

About me