Projek hari ini, mencanting batik.
Projek la sangat....
Mencanting dah jadi menconteng.......huhuhu..
Mencanting dah jadi menconteng.......huhuhu..
Hari ni ibu ada kelas DSV ( Dunia Seni Visual) tahun 2.
Topik hari ini membuat corak guntingan.
Hancus...hancus dan hancus kertas-kertas warna dikerjakan budak-budak comel tu.
Sehancur hati cikgunya........
Lain cikgunya suruh buat, lain yang dibuatnya.
Sabar jelah....
Nasib baik hari ini kesabaran cikgu ditahap ok.....
Selesai sesi anak-anak murid ibu merosakkan kertas warna,
buat sepah-sepah,
berebut gunting,
berebut kertas,
berebut gam,..
golek sana, baring-baring....(maklumlah bilik seni lapang..)
dan macam-macam kerenah.....
Biarlah..masa DSV je mereka bebas dan dapat release tension....
Macam tension la sangat...
Cikgu lagi tension tau.....
Biarlah..masa DSV je mereka bebas dan dapat release tension....
Macam tension la sangat...
Cikgu lagi tension tau.....
Tibalah sesi cikgunya memujuk hati yang stress.
Bersila bersama anak-anak kecil itu di Bilik Seni yang lapang.
Ibu keluarkan alatan mencanting batik.
Masing-masing becok bertanya itu..ini.
Berebut-rebut nak duduk sebelah cikgu..
Bertolak-tolak nak tolong cikgu ambil itu ini....
Aduyai....sabar jelah dengan kerenah anak-anak nie......
Dan hasilnya yang jadi comot sebab cikgu tak dapat beri tumpuan sepenuhnya..
Maklumlah buat kerja bersama-sama kanak-kanak ribena.
Lagipun lama dah ibu tak mencanting batik...........
Jangan gelak ye tengok hasil yang comot tu......
Ni yang ibu siapkan di rumah bersama anak-anak...
Rindu pulak kat kembar ibu, Kak Salmi...
Kami punya minat yang sama.
Mesti leka kalau kami melukis bersama....
Ni yang ibu siapkan di rumah bersama anak-anak...
Rindu pulak kat kembar ibu, Kak Salmi...
Kami punya minat yang sama.
Mesti leka kalau kami melukis bersama....
13 ulasan:
Hehe..macam2 kerenah ye, nasib baik sabar je cikgunya.
Waaa..ada bakat mencanting juga NzA ni, orang seni, sentuh je menjadi.
Cantik je di mata kakcik yang langsung tak pandai melukis ni. :)
to ummiross
trkdg ada hari nza jadi seorg yg sgt2 sabar n trkdg nza jadi ibu tiri yg sgt2 garang......
dh lama tinggalkan aktiviti ni ummi..dh rasa kekok la pulak....
to kak cik
comot tu kakcik sbb buat kerja dgn anak2 yg ramai.......ngee...
Mata pelajaran yang amat meletihkan terutama jika mengajar tahap 1. Semalam akak ada kelas DSV tahun 3 kelas ke-3. Ajar kemahiran menggunting dan menampal. Huh, perit tekak masih terasa.
aduih kak ibu salmi dan nza,.... nak mengadu ni setiap kali sumaiyyah balik dan hari tu ada kelas DSV memang le comot momot baju dia lepas tu dia tunju hasil dia mesti memuaskan hati....
Mcm best je aktiviti mencanting batik ni..teringin plak nk try..hehehe
saya membayangkan anak saya ... susah senang seorang gurukan.. anak2 yang macam2 perangai.. anak zaman sekarang lak tu ...
sy suke keje2 men canting ni. syok jer kan..hehehe
tetap cantik..mmg berseni lah sis..
ank2 didik sis pasti lg suka..teringat time js bersekolah dulu...tiba2..haha
cantiknya..sy xde bakat melukis..
salam kenal dan sy follow blog akak..
Saya suka yang gambar bunga tu.
Cantik.
Ya Allah cantik..mmg kreatif..:)
Catat Ulasan