Selamat Tahun Baru Cina
ibu ucapkan pada rakan-rakan berbangsa Cina
terutama rakan-rakan lama
Teyun ( kawan yg paling nakal dalam kelas tetapi sekarang bergelar Pengarah Penjara),
Rose Ann, Raymond,
Sek Geok, Sook Yee Foong, Leaw Chui Yin,
Saw Teck Hui ( yang banyak membantu ibu dalam Add Math).
Helen, bekas rakan setugas ibu.
Mohon maaf jika ada nama-nama rakan-rakan yang tertinggal.
Ibu dah wish mereka kat FB sebenarnya......
Ucapan :" Kalu demo makae buah limau mandrin tu jangae lupo ko ambo deh!!!!"
Juga tidak lupa untuk "Daddy Angkat 5F" yang begitu baik dan mengambil berat.
Kisahnya Klik SINI.
Teyun ( kawan yg paling nakal dalam kelas tetapi sekarang bergelar Pengarah Penjara),
Rose Ann, Raymond,
Sek Geok, Sook Yee Foong, Leaw Chui Yin,
Saw Teck Hui ( yang banyak membantu ibu dalam Add Math).
Helen, bekas rakan setugas ibu.
Mohon maaf jika ada nama-nama rakan-rakan yang tertinggal.
Ibu dah wish mereka kat FB sebenarnya......
Ucapan :" Kalu demo makae buah limau mandrin tu jangae lupo ko ambo deh!!!!"
Juga tidak lupa untuk "Daddy Angkat 5F" yang begitu baik dan mengambil berat.
Kisahnya Klik SINI.
Sejak tingkatan 1 hingga 5 ibu sekelas dengan lebih 10 orang rakan berbangsa Cina.
Kami amat rapat dan tidak pernah memilih bulu.
Yang uniknya kami berinteraksi dalam dialek Kelantan pekat
dan sehingga sekarang kami masih berhubung di FB.
.
Dan yang lebih uniknya, orang2 Cina, India atau Siam di Kelantan
akan mengaku mereka orang Kelantan tapi bukan bangsa Cina, India atau Siam.
Bertapa kuatnya cinta mereka pada tanah tumpah darah.
Ibu amat bangga dengan mereka kerana amat-amat menghormati kami
yang beragama Islam.
Masih ibu ingat, sewaktu azan Zohor berkumandang
(SK ibu berdekatan masjid besar Pasir Mas) mereka akan diam tanda hormat.
Malah mereka akan beri amaran kepada pelajar lain agar turut kunci mulut.
Bila kami puasa, mereka juga puasa ( walaupun separuh hari...hehehe...)
Bila kami melakukan sesuatu yang tak elok mereka
akan beri nasihat : Nanti Tuhan "Allah" marah.....
Malah ada beberapa orang yang akan sama-sama
mengikuti kelas Agama Islam bersama kami.
Malah mereka lebih "over" ketawa bila Ustaz buat lawak.....
Malah mereka lebih "over" ketawa bila Ustaz buat lawak.....
Mereka juga sering membantu ibu dan rakan-rakan terutama dalam
subjek Matematik dan Matematik Tambahan.
Tidak pernah wujud sikap perkauman antara kami.
Begitulah keakraban kami semua...
Inillah rakan-rakan yang membesar bersama.
Walaupun ada diantara mereka berlainan bangsa dan agama, kami saling hormat menghormati....
Rindu saat ini......
Rindu saat ini......
Selamat Tahun Baru Cina.
7 ulasan:
Bestnya dapat kawan berlainan bangsa.
Saya yng ada pun jiran sebelah rumah, India.
to syahmi
yg plg pnting mrk menghormati kita....
Setuju, walau siapa pun kawan kita, yang paling penting, saling menghormati antara satu sama lain.
Bestkan NzA, kemesraan yang terjalin memang ikhlas walau berlainan bangsa.
selamat Tahun Baru Cina jugak buat mereka yg menyambutnya...walau pun berlainan bangsa & agama yg penting sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain...
Akakpun sama macam Yah. Masih berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan kaum. Kini anak2 pulak yang mengambil tempat, belajar di sekolah dan kelas yang sama..
seronok ada kawan berbilang kaum yg sgt rapat,berkawan tak kira bangsa dan agama..Selamat tahun baru cina juga buat semua yg menyambutnya..
Catat Ulasan