Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 Februari 2013

Aktiviti Cuti CNY

Cuti CNY , ibu bercuti selama 1 minggu.
Rancangan nak balik kampung terpaksa dibatalkan kerana beberapa sebab:

1. Along habis cuti semester awal so kami terpaksa pulangkan dia ke matrik pada pagi ni.
So kami akan buat rombongan ke Melaka beramai2 untuk sesi hantar Along + shopping2....

2. Hari Rabu dan Khamis Ayah berseminar + dinner CNY Cuepecs di JBahru. 
So kami semua akan diangkut memandangkan cuti sekolah. 
Ibu + anak2 = "Saya Yang Menurut Perintah."

3. Farouk dah mula sekolah agama pada hari Rabu tapi terpaksa dipontengkan 
sebab nak ikut ayah berseminar ( syyhhh..jangan bising2 nanti cikgu Farouk marah...)

4. Beby Najdah pun ada tuisyen di sekolah. (terima kasih cikgu..jasamu dikenang)

Hamboi...siap ada senarai semak pulak......
Itu sebenarnya alasan "tunjuk sebab" yang ibu kemukakan pada mama
kerana terpaksa batalkan rancangan balik kampung....
Rindu mama dan abah........huhuhu.....

Hari-hari terluang ni kami habiskan masa buat aktiviti bebas.
Pergi jemputan kawin + makan2 + window shopping + lepak2 + masak2.....

 Bawa si Along yang teringin nak makan pizza.....

 Kali ni nak cuba makan pizza golden crab claw.....

2 set meat lover pizza.....

 Jemput makannnnnn............

Lepas makan kami sekadar window shopping.
Setakat ini ibu masih mampu mengawal keinginan bershopping.
Ada la sikit-sikit barang yang dibeli.

 Posing sebelum balik.

Lebih kurang pukul 7 petang kami bertolak balik sebelum ibu berubah hati.....hehehe...
Lagipun kebanyakan kedai kain ditutup sempena CNY....

11 ulasan:

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sedapnya piza..amboi nasib baiklah kedai tutup kan

LiLy @ MaMaQiStInA berkata...Reply To This Comment

Meluangkan masa bersama anak² adalah saat yang indah & menyeronokkan kan kak..^^

Unknown berkata...Reply To This Comment

nyum..nyum...sedap pizza!

mamaijat berkata...Reply To This Comment

. . .Ha! Sib baik banyak kedai yang tutup. . .kan,dinda. . .

Aziela berkata...Reply To This Comment

Beatnyaa dapat spend masa dgn anak2.

Tanpa Nama berkata...Reply To This Comment

cuti sakan la ye sis...nasib kedai tutup mau sis terbeli tu...hehe

jeBateja berkata...Reply To This Comment

Pizza satu....? Errr....hantau Bdr Bukit Mahkota....ahakz

Salmi berkata...Reply To This Comment

Meluangkan masa bersama kelaurga merupakan saat yang menggembirakan.. Selamat bercuti buat Yah sekeluarga..

ummiross berkata...Reply To This Comment

pizza pun best juga ni, makan ramai2 satu keluarga memang membuat hati riang-ria kan NzA..

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

CNYni kamipun hanya berehat dirumah.. berkemas.. dan ada jemputan kawen... tengok awayang...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Tangkak, saya pernah sampai sekali tahun 2011, teman kawan yang balik menziarahi ayahnya yang sakit.

Kalau tiada apa-apa masalah, mungkin akan ke Tangkak dalam Mac ni untuk ke majlis walimahnya.

Ayok, Farouq tak pergi sekolah... repot sama cikgu... hehehe...

About me