Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

22 Oktober 2014

Weekend di Ceragem

Kisah weekend ibu berdating dengan ayah kat service therapy Ceragem.
Dah seminggu ayah sibuk dok ajak ibu ke sana tapi disebabkan kesibukan ibu
mengalahkan PM maka temu janji ibu dan ayah terpaksa ditangguhkan.
Maka terpaksalah ayah pergi keseorangan.

Hujung minggu dengan "Akta Paksaan" ayah suruh ibu
bersiap seawal pagi.
Disuruhnya ibu berpakaian serba putih....
Hai.....tetiba ibu jadi pelik dengan ayah sebab sebelum ni
Ayah tak kisah ibu melaram pakai baju warna apa...fesyen apa....
Lagi ibu confius bila Ayah pun berseluar dan ber t-shirt putih....
Kali ini ibu ikut perintah ayah walaupun dalam hati tertanya-tanya.
Bila masa Ayah paksa ibu untuk pakai baju sedondon dengannya
sedangkan selama ni ayah terpaksa akur dengan perangai ibu yang tak suka
pakai sedondon dengan sesiapa....

Jenuh menyelongkar nak cari t-shirt putih + berseluar putih....Hish....
Lepas tu ayah suruh ibu bertudung putih...
Ibu mana ada koleksi tudung putih  dan t-shirt putih so ibu belasah jelah tudung biru
maching dengan lengan t-shirt warna biru......

Ayah bawa ibu ke Muar.
Tiba disuatu tempat ibu lihat ramai makcik2 berpakaian putih sedang beratur.
Hairan bin ajaib....ada kematian ke apa...tertanya-tanya ibu sendirian...
Ibu mengikut arahan ayah tanpa banyak soal.

Setelah gigih beratur untuk dapatkan no akhirnya kami berjaya masuk.
First kena bersenam dalam panas tanpa aircond...
Sengaja aircond ditutup agar kami rasa macam dok dalam ketuhar.
Maka ibu yang masih blur turut bersenam dengan perasaan malu-malu kucing.
Makcik2 kat situ semua sporting....bersenam dan goyang-goyang ikut rentak
dari lcd yang ditayangkan.....
Fuh!!!!! memang berpeluh sampai ke kaki......
Lepas bersenam barulah aircond dibuka...Wah rasa nyaman macam dok dalam petiais...


Ni nombor yang kami dapat....
Itupun kami dalam kumpulan ke3.
Setiap kumpulan yang nak dapat rawatan dalam 20 orang....

Di sini mengajar ibu menjadi seorang yang sabar dan cool.
Lagipun ceramah yang disampaikan sangat-sangat berguna. 
Banyak ilmu baru yang ibu dapat.

Ni ibu ambil dari en google.
Inilah benda alahnya.
Katil canggih a.k.a "berhantu" yang buat ibu sangat-sangat kagum.
Bukan kagum kerana ianya cantik tapi kagum dengan teknologinya yang
sangat maju dari Korea.
Cuma 20 minit je ibu baring atas tu selama 2 hari @ 2sessi
dan semua sakit belakang dan pinggang yang ibu alami hilang.
Alhamdulillah....rupanya cerita makcik2 kat situ
sebuah kisah benar........
Semasa di sana ibu sempat "interview" beberapa orang kakak
dan makcik yang sanggup beratur semata-mata untuk dapatkan rawatan alternatif.
Dari cerita yang ibu dengar semuanya pulih dari lumpuh/strok/sakit tulang belakang
dan beberapa jenis penyakit kronik setelah beberapa kali datang ke situ.....
Kesembuhan yang Allah bagi setelah mereka berusaha.....

Ibu cubalah usha ayah tanya berapa sebenarnya sebuah katil ni.
Dengan muka tak ada perasaan ayah cakap RM12K je.
Haaaaaaa.....melopong mulut ibu 360%.
Mahalnya....Ayah jeling gelang yang ibu pakai.
Alah 2 utas gelang tu pun dah lebih RM12K....
Tak pernah kata mahal pun..sanggup beli bila berkenan......
Adeh...terkena batang hidung sendiri.
Sabar jelah......

Dan paling ibu kagum...motivate pusat ni bekas seorang pensyarah lulusan
luar negara....
Sanggup berhenti kerja setelah dia sendiri buat rawatan menggunakan Ceragem ni
dan sembuh dari penyakit yang ditanggung sejak berusia 9 tahun....
Dari situ dia berkongsi pengalaman pahit dengan kami.
Dan lebih ibu kagum.....pusat ini tak pernah promosi katil ni
bagus ke apa...tak pernah promosi suruh cuba beli...
tak pernah sebut pun pasal harga macam yang biasa ibu lihat
orang promosi produk pemakanan or kosmatik....

Yang pasti kami pengguna secara percuma macam dah jatuh cinta
dan jauh disudut hati ingin memilikinya........
Itulah kelebihan yang dimiliki Ceragem.
Dan ibu tidak sabar menanti weekend seterusnya untuk\
pergi ber"dating" lagi dengan ayah ke sini......

21 Oktober 2014

Terima Kasih Nuffnang

Dengan bangganya kali ini ibu nak tayang cek nufnang.....ha3x....
Lebih je ibu nie...
Percaya tak sudah hampir 6 tahun ibu berblog dan ini merupakan kali pertama ibu
terima cek daripada en nuffnang.....
Dasyatkan.

Masa mula-mula berblog ibu memang langsung tidak pernah ambil
perduli pasal nuffnang.
2-3 tahun berblog baru ibu pasang en nuffnang.
Itupun ibu spesis yang agak blur tentang blog ni pasang di atas nasihat
rakan-rakan blog.
Maka dengan penuh blur ibu pun tepek lah iklan ni kat blog.
Masa tu rajin jugak jengok dan intai-intai sehingga angka menunjukkan RM300.
Entah dimana silapnya, lama-lama ibu terus lupa tentang en nuffnang...
Lupa terus dengan password........Sadiskan.
Tak ada rezeki ibu.
Dengan penuh sabar dan tawakal ibu terpaksa delete semua diblog ibu.

Terpaksa bermula dari "zero"semula....berdikit-dikit...dengan
ikrar dan sumpah setia tidak akan lupa lagi tentang password nuffnang.
Mengambil jalan selamat menggunakan password yang sama dengan blog......

Adeh......sibuk je ibu ni tepek cek.
Ibu dapat ciput je pun nak kecoh....muahaha.....
Tak kisahlah kan...rezeki jugak tu.
Sangat-sangat bangga tengok rakan-rakan blog menerima amoun yang sangat lumayan....
Tahniah untuk kalian.




Setelah di cash out nilah yang ibu dapat lagi.......sikit-sikit lama-lama mengunungkan.....he3x.

20 Oktober 2014

Beginilah Nasib

Hari ini saja nak tepek isu terhangat yang panas bulan lepas.
UPSR BOCOR dan orang pertama jadi mangsa ialah cikgu.
Awal pagi buka FB penuh dengan cemuhan.
Tengok TV....dengar radio.....semuanya seolah-olah menunding jari kepada cikgu....
Surat khabar sebesar-besar alam memuatkan berita sensasi di muka depan.
Cikgu-cikgu dipersalahkan di atas kebocoran ini sedangkan masyarakat
tidak tahu keadaan kami menangis dipagi hari bila pengumuman kertas Bahasa Inggeris bocor
dan peperiksaan Sains terpaksa ditangguhkan.
Kecewa...sedih..sayu....pilu....
Sia-sia saja rasanya pengorbanan rakan-rakan guru selama ini.
Siang malam datang sekolah.
Kepentingan diri diketepikan demi melihat kejayaan anak-anak didik.

Dan yang paling sadis bila cikgu-cikgu yang ditahan reman didapati TIDAK BERSALAH.
Berita ini hanya dimuatkan "sekadar dipinggiran" dalam akhbar.
Dalam TV langsung tak ada berita.
Tidak siapa pun yang perasan kecuali orang-orang yang membelek berulang kali.

Tak kisahlah....cikgu-cikgu dah terbiasa dengan cemuhan dan kutukan.
Walau apapun cabaran dan ujian mendatang.
Guru tetap menjadi lilin menerangi orang lain.....
Semangat untuk mendidik tidak pernah pudar.
Semoga Allah terus beri kekuatan buat insan yang bergelar guru.....InsyaAllah.

18 Oktober 2014

Movie Reunion MPKTBR/IPGKDRI 90/92

Sekadar kenangan.
Terima Kasih kepada rakan ibu yang bersusah payah hasilkan movie ini En Hafiz Amrose.
TQSM...jasamu dikenang.




17 Oktober 2014

JJCM Restauran Sampan

Kalau balik ke kampung, aktiviti utama kami anak-beranak pasti JJCM dan bershopping.
Maklumlah Kelantan terkenal dengan syurga makanan dan pusat menghabiskan duit.
Kisah ni sebenarnya dah lama terperam dalam draf.

Anak-anak riang ria.

Misi utama mencari menu feveret ibu dan Angah.."meehoon celup".
Tempat yang biasa kami tuju ialah Kampung Tunjung yang menghala
ke Wakaf Che Yeh.

Restauran yang terletak di tepian sawah padi.
Ibu dan anak-anak panggil restauran sampan je sebab
kat situ ada replika sampan sebagai hiasan.

Pekerja dan tukang masaknya kebanyakan terdiri daripada
orang Siam.
Airtangan orang Siam ori memang boleh tahan sedaplah.

Menjamu selera.....

Feveret ibu 'meehoon celup' versi gear box.
Puas hati dapat hirup kuahnya.....

Somtam yang pedas berasi tapi sedap.
Selesai makan kami terus ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh tapi malangnya
hujan turun dengan lebatnya...
Emmmm basah lencun dan akhirnya kami balik tanya sempat
membeli belah...

Selang 3 hari kami ke restauran tu lagi.
Kali ni angkut mama sekali.

Bukan senang nak bawa mama JJCM bersama sebab mama dah lama tidak dapat
berjalan seperti orang lain dan penglihatan mama pun terganggu..
Walaupun mama tidak sihat dan pengidap beberapa jenis penyakit kronik namun
ibu sangat kagum dengan ketabahan mama.
Sedikit pun dia tidak pernah tunjukkan dia sakit terutama pada anak-anak.

Banyak-banyak menu, 2 orang kanak-kanak rebina ni memilih megi goreng...adeh....

3Farahs

Menghitung hari nak balik ke Kelantan pada cuti nanti......

16 Oktober 2014

Farouk dan Cheesekut

Tiada sambutan Hari Lahir.
Tiada lagi kakak-kakak meraikan birthday bersama-sama.
Kesiankan.....
Apa nak buat...masa dan keadaan memisahkan Farouk dengan kakak-kakaknya.

Balik sekolah ibu cuba mengembirakan Farouk.
Bawa ke MBrown pot kegemaran dia.
Emmm....sedih je muka dia..langsung tak ceria.
Biasanya 5F meraikan birthday bersama-sama.....
Kini tinggal Farouk bersama ibu.
Apa nak buatkan...redha jelah.
Farouk : Ibu...Along suka makan ni..angah suka yang ini...
kak nana suka ini...kakak suka ini......
Satu persatu Farouk menunjukkan menu kegemaran kakak-kakaknya.
Mungkin rindu terbuku dihati......
Sayu hati ibu...dah terbayang diruangan mata ibu..suatu hari
nanti Farouk pula akan meninggalkan ibu..Ya Allah...sedih.....

Keesokan harinya Farouk terima Cheesekut yang sedap daripada daddy angkat 5F.
Macam biasa Sir Lee tak pernah lupa dan sangat alert dengan tarikh istimewa kami....
Terima kasih berjuta2 lemon Sir Lee...Jasamu tetap dalam ingatan.
Terharu kami di atas ingatan Sir yang tidak pernah luput......
Baru minggu lepas Sir Lee kirim cheese marshmelow cake  untuk birthday Beby,
ni Sir Lee kirim kek untuk Farouk pulak....

 Sebelum potong kena posing dulu ye anak.
Suka sangat Farouk dapat kek nie.
Tersenyum lebar dia.
Sibuk suruh ibu w.apps gambar tu pada Along, Angah dan Kak Nana....
Tinggallah kami bertiga mengadap kek sedap tu.
Farouk : Ibu nanti simpan sikit untuk Along dan Kak Nana ye...
Along dan Kak Nana kata balik cuti  Deepavali ni.

p/s:
Kesibukan melanda kebelakangan ni.
Dah 1 minggu berpanas di padang untuk sukan tara dan minggu depan
kejohanan olahraga balapan...Hari Sabtu lepas berkursus,
sibuk dengan ujian saringan LINUS....emmmmm...tak sempat
nak jengah rumah rakan-rakan.....

15 Oktober 2014

Pantai Batu Rakit Mengamit Kenangan

Buka draf...rupanya ada kisah semasa cuti sekolah
yang belum ibu terbitkan...Adeh...dah berkulat dah.
Lama sudah terperam di sini.

Semasa cuti yang lepas ibu hadir ke Reunion MPKTBR/IPGKDRI 90/92.
Hari ke 2 di Kelantan ibu bertolak Batu Rakit Terengganu.
Perjalanan memakan masa 3jam dari Pasir Mas.
Terlalu banyak yang dah berubah.
Maklumlah dah lebih 20 tahun ibu tak lagi jejak kaki ke Batu Rakit nie.

Sampai je di sana kami terus ke homestay.
Letak barang dan terus ke Pantai Batu Rakit.
Mencari sesuatu yang sangat ibu rindukan.

Masa bergelar Guru Pelatih (GP),
pantai ini lah tempat kami semua release tension.
Berjogging, berdating, makan-makan......terkenal dengan panggilan GERKO BEBAS..he3x...
Yang paling kelakar bila ada aktiviti merentas desa anjuran maktab.
Merentas desa kemana......kami cilok mencilok pergi makan-makan keropok lekor
dan seafood celup tepung.
Dah kenyang masing-masing balik naik teksi ke maktab.
Konon-konon buat muka penat tahap gaban...adeh.

Hanya Naurah dan Farouk je ikut ibu.
Banyak cerita yang ibu kongsikan semasa zaman remaja di sini.

Inilah makanan kegemaran ibu dulu,kini dan selamanya...sotong dan udang celup tepung....
Sepinggan sotong tu RM10.
Secucuk udang yang sedang tu RM5.
Kami juga makan ABC yang sangat sedap.
Semangkuk ABC tu RM4.

Memang berbaloi-baloi dengan harga makanan tu.
Segar + sedap sangat.
Tak cukup sepinggan, kami pergi order lagi dan lagi.
Kalau ikutkan hati nak tambah lagi tapi segan pulak rasa....

Dah kenyang ibu bawa Naurah dan Farouk ke tepi pantai.
Masa tu dah pukul 6 petang.
 Nyaman je udara kat sini.

Banyak bot-bot nelayan tersadai kat sini dan jeti terletak berhampiran.
Geram ibu tengok ikan-ikan segar dilelong kat situ.
Kalau ikutkan hati memang nak beli tapi kami bermalam di homestay....

Bukan main seronok lagi mereka berdua.

Bukan main teruja Farouk mengutip ikan-ikan bilis yang bertaburan tepi pantai.
Katanya bilis-bilis tu nak bagi ketam makan...
Apa-apa jelah Farouk.....

 Naurah pun sama...Seronok bukan main dia..

 Awal-awal ibu bagi amaran...jangan basahkan seluar.
Jadinya Farouk y"Yang Menurut Perintah" hanya main kuis-kuis pasir jelah.

Tak lama kami di sini sebab tiba-tiba gerimis turun diikuti dengan petir.

Entah bilalah ibu akan jejak kaki ke sini lagi.
Banyak kenangan indah yang tertinggal di sini sewaktu ibu bergelar
Guru Pelatih MPKTBR@IPGKDRI.

14 Oktober 2014

Farouk dan Kemenangan

Terima Kasih semua di atas ucapan dan doa dihari kelahiran Farouk.
Semoga Allah makbulkan doa-doa kita.....InsyaAllah.

Hari ni pun nak cerita tentang bujang terhangat ibu.
Kisah berlapuk dan berhabuk dalam draf.
Kalau tak silap ibu peristiwa ni berlaku bulan  lepas.
Ibu pernah cerita di sini yang Farouk ada menyertai 2 pertandingan dalam

Majlis penyampaian hadiah beberapa kali ditunda akibat kesibukan cikgu yang
menganjurkan program ini.
Merungut jugak budak Farouk ni menanti pengumuman pemenang pertandingan tu
kerana memakan masa yang agak lama.
Macam la dia menang...he3x...Over confidern la tu.......

Akhirnya si bujang nimampu tersenyum bila nama dia diumumkan.......
Dan akhirnya Farouk dapat Naib Johan dalam pakaian beragam Tahap 2.

Farouk juga dapat Naib Johan dalam basikal berhias.
Ibu sekadar tersenyum bila Farouk menang sedangkan si ibu
berpeluh satu badan mengangkat basikalnya ke dalam mpv
masa hari pertandingan....adeh.....

Tahniah Farouk......

13 Oktober 2014

Happy Birthday Baby Boy

Hari ini genaplah 11tahun usia Baby Boy ibu yang merupakan satu-satunya putera 
tunggal dalam family ibu.
Cepat sungguh masa berlalu.

Kelahiran yang dinantikan oleh semua orang terutama kakak-kakaknya.
Berkongsi bulan kelahiran dengan Beby a.k.a Kak Nana

Alhamdulillah Farouk membesar dengan sihat walaupun
diawal usia 8 bulan Farouk mewarisi penyakit asthma daripada 
sebelah ibu dah ayah.
Redha dengan takdir.
Banyak juga ujian dan dugaan yang kami lalui dalam membesarkan Farouk.
Ibu dah tak ingin mengenang semua kisah tragis dan sedih itu.

Sekarang ibu dan ayah terus merancang untuk masa depan yang
lebih cemerlang untuk farouk.
InsyaAllah jika diizinkan Allah,
Ibu dan Ayah bercita-cita  menghantar Farouk ke sebuah sekolah
agama dan menjadi seorang tahfiz...InsyaAllah.

Ya Allah...
Kurniakan Farouk kesihatan yang baik..panjang umur..murah rezeki..
menjadi seorang anak yang punya akhlak yang baik dan cemerlang dalam pelajaran....
menjadi seorang anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Semoga impian kami untuk melihat Farouk menjadi
seorang ahli agama termakbul.....Amiin....


Alhamdulillah kelahiran Farouk membawa rezeki yang melimpah ruah buat kami sekeluarga.
Juga bersyukur kerana kami dapat realisasi impian Farouk yang sememangnya minat melancong...
Jom tengok.....
 Percutian Farouk ke Disneyland
Disneyland idaman kalbu.....Impian Farouk tercapai untuk jejak kaki ke sana...Alhamdulillah.
Farouk : Ibu, tahun depan kita pergi disneyland kat Paris pulak ye.....
Hamboi anak....naik berpinar biji mata ibu kumpul duit dalam tabung ayam nak
datang ke sini tau.
Ibu : Farouk kena belajar rajin-rajin...bila dapat gaji besar Farouk bawak la ibu pergi sana ye.
Farouk : Ok ibu....

 Percutian ke Guangzhou China.
Teringin nak tengok penguin katanya....
Farouk : nanti Farouk nak peluk erat-erat penguin comel..(dengan wajah teruja)..
Hampeh.....bila sampai ke situ terus tarik tangan ibu nak keluar.....
Sekadar tengok saja sebab katanya bau penguin tu busuk...muahaha....

 Percutian Farouk ke Macau.
Tidak ada apa yang menarik di Macau katanya.
Emmmmm....katanya lain kali Farouk dah tak nak jejak kaki ke sini lagi...
Orang Islam dosa tau datang sini sebab tempat orang berjudi......hish3x....

 Percutian Farouk ke Hong Kong.
Entah tapak tangan artis mana entah.
Ramai orang bergambar so ibu pun paksa la Farouk bergambar kat situ jugak...Muhahaha....

 Percutian Farouk ke makam salah seorang sahabat nabi.

Percutian Farouk ke Shenzuen ,China.
Farouk : Lain kali Farouk tak nak dah naik ferri ni...
Sejuk la ibu...rasa nak beku...
Maunya tak beku...dah la suhu 5 darjah celcius.....malam pulak
dan diikuti angin yang kencang.......emmmmmm sejuk sampai ke tulang sum-sum...
Ibu pun sama anak oooiiiiii......

 Dan yang paling sadis...
Farouk sentiasa jadi tukang tolak troli barang-barang ibu bershopping...
Sapa lagi nak ibu harapkan selain daripada bujang terhangat ibu...kan..kan..kan....

Inilah penawar Farouk melepaskan penat lelah kalau pergi melancong bersama family....

Eh..ni cerita pasal birthday ke pasal kisah perlancongan Farouk...
He3x....apa-apa jelah asalkan kisah tentang bujang terhangat ibu yang
sangat manja dan penyayang.....
Kalau boleh ibu nak Farouk jadi baby boy ibu sampai bila-bila......

11 Oktober 2014

Terima Suprise Sekian Kalinya

Macam biasa n3 basi yang menunggu untuk di terbitkan.

 Malam raya AidilAdha kami terima kek delivary.
Macam biasa Daddy Lee Cheng Kin yang sangat perihati dan pemurah akan alert dengan
tarikh-tarikh penting kami sekeluarga.


 Sebiji kek cheese + mashmelow yang sangat sedapdan berkrim kami terima di malam raya
sempena birthday Beby.
Sayangnya si tuan badan tidak balik bercuti....huhuhuhu....
Kami sekadar hantar w.apps pada yang empunya badan....

 Dengan izin birthday girl maka dengan selamat kami berempat mengerjakan kek
yang sangat sedap.
Dalam hati ibu rasa sayu sangat bila mengenangkan birthday  girl ibu nun jauh di sana
mengapai impian........

TQSM Sir Lee di atas ingatan kepada kami sekeluarga.
Jasa dan kebaikan Sir kami ucapkan
beribu-ribu lemon........


10 Oktober 2014

Aidil Adha-Part 2

Bersua kembali siri ke 2 Raya Haji.
Mood berblog makin suram walaupun banyak cerita dalam draf ibu.....
Ibu nak sambung kisah Aidil Adha kami.

Aidil-Adha Pertama
Alhamdulillah kami diberi rezeki lagi untuk berkongsi dengan insan lain.
Ayah melakukan ibadah korban pada raya pertama dan ibu pada raya ke 3.
Gambar kredit daripada anak saudara Muhd Wafi (Tqsm)
 7 ekor lembu ditumbangkan pada raya pertama di taman perumahan ibu....
Ayah merangkap orang kuat surau menjalankan amanah dengan begitu baik.....

Gambar kredit daripada anak saudara Muhd Wafi (Tqsm)
Aktiviti melapah lembu-lembu yang dah siap di sembelih.
Tahun ini Ayah perkenalkan cara lebih sistematik yang mana
setiap isi rumah diberi keratan kertas untuk diisi bagi mengambil daging-daging agihan.
Kalau tahun-tahun terdahulu daging diagihkan dengan cara mengantung disetiap pintu pagar
rumah....Ada kes tuan rumah balik bercuti dan daging tu membusuk.... 

Ini 1/3 bahagian daging untuk peserta kurban.
Rezeki melimpah ruah.
Penuh satu singki besar.
Ini pun dah diagih-agihkan kepada saudara mara....

Aidil-Adha Ke 3
Giliran ibu pula melakukan ibadah korban.
Ibu join ibadah korban anjuran sekolah ibu.
Dah dua tahun berturut-turut sekolah ibu adakan ibadah korban untuk
guru-guru dan staf.
Tahun ni ibu  niatkan ibadah korban tu untuk Naurah pula.
Begitulah saban tahun ibu korban untuk anak-anak mengikut giliran.
Syukur dengan rezeki yang Allah berikan buat kami sekeluarga....

 Awal pagi diadakan dulu tahlil untuk disedekahkan kepada ahli keluarga terdekat 
rakan-rakan guru dan staf yang meninggal dunia.
Sayu hati bila nama arwah Kak Long dan Abg Long disebut.
Ya Allah...bergenang airmata ibu...sayu, sedih dan rindu yang teramat sangat.
Hari ini genap 57 hari pemergian arwah berdua.......
Al-Fatihah...moga K.long dan Abg Long tenang di sana......


Majlis tahlil diadakan didataran perhimpunan.

Selesai tahlil, ibu dan rakan-rakan yang melakukan ibadah kurban bergerak
ke pusat pemeliharaan/penyembelihan lembu yang terletak berhampiran.
Gambar kredit untuk rakan ibu Cikgu Ismail.
Ladang ternakan milik seorang pengusaha terkenal di situ.

Gambar kredit untuk rakan ibu Cikgu Ismail.
Alhamdulillah....dipermudahkan.
2 ekor lembu dikurbankan tahun nie.
Lagipun di sini penyembelihan dilakukan dengan peralatan yang lebih canggih dan
sistematik.
Selesai ibadahkurban ibu dan rakan-rakan begerak kembali ke sekolah...

Selesai lembu-lembu dilapah dan dipotong,
daging-daging tudihantar dengan lori ke sekolah.
Ibu dan rakan-rakan bergotong royong memotong dan mengagih-agihkan daging-daging
kepada anak-anak murid yang kurang bernasib baik, 
rakan-rakan guru dan staf serta penduduk-penduduk kampung.....

Aidil-Adha ke 4
Seperti yang dirancangkan kami mengadakan jamuan sup + roti + meehoon
kepada seluruh warga sekolah.
Program ni diadakan waktu rehat.
Kami bergotong royong memasak dan menghidang makanan kepada murid-murid....

Ini mangkuk ibu....Ha3x.....dasyatkan.
Tapi ibu takadalah sampai menyedut lemak-lemak tu.

Anak-anak murid menikmati hidangan sup airtangan cikgu-cikgu dan staf nie.....

Like mother like son.....
Si bujang ibu sedang bergomol dengan sup gear-box.....he3x....
Comel je Farouk dan rakan-rakan menikmati  sup gear-box bersama-sama.....

Syukur Alhamdulillah...rezeki yang Allah berikan kepada
kami sekeluarga.
Stok-stok daging dalam petiais melimpah ruah...
Berbahagi dengan orang lain dan Allah gandakan rezeki
yang lebih berganda...

Semuga Allah masih memberi peluang danruang untuk ibu dan ayah
bernafas di bumi ini bagi melakukan ibadah kurban untuk tahun-tahun seterusnya.
InsyaAllah.......


About me