Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label RESEPI FAMILY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI FAMILY. Papar semua catatan

30 Mei 2012

Ikan Toman Goreng Kunyit dan Asam Pedas Johor.

Sila jangan percaya dengan tajuk n3 ibu tu..
Memancing la sangat.
Pegang joran pun tak pernah.

Hari Jumaat lepas seorang rakan sekerja ibu bagi ikan toman.
Mak aiiii...banyak sangat, dalam 15 ekor.
Ikannya besar..Seekor adalah sebesar lengan orang dewasa.
Entah berapa belas kilo agaknya sebab pada anggaran ibu 1 ekor dah jejak 1kg lebih.

 Balik rumah terus bersilat kerjakan ikan-ikan nie.
Habis sisik-sisik ikan bersepah kat atas kabinet dapur.
Yang dasyatnya sampai sisik tu melantun naik ke kepala ibu...hu.hu.hu...
Sukar juga nak buang sisik kat badannya.
Lagipun ikan sungai ni berlendir dan kuat baunya.....

Biasanya kalau ayah beli ikan keli atau ikan sungai ,
ikan-ikan tu dah siap disiang dipasar..
Tinggal bersihkan dengan air asam je......

Setelah ikan tu siap ibu kerjakan,
proses mengagihkan ikan-ikan tu mengikut kuantiti ahli keluarga.
hi.hi.hi...macam kat kilang pulak....
Bila dah diasingkan memang banyak.
Rasanya 5-6X masak pun belum tentu  habis.
Stok-stok ikan tu ibu sumbat dalam peti ais.
Tunggu masa untuk dikerjakan.....

Menu pertama dari ikan toman.
Goreng kunyit aje + masak sup sayur + sambal ....hi.hi.hi...
Rasa isi ikan toman ni boleh tahan juga.
Isinya manis...mungkin ikan fresh.

menu hari seterusnya ialah asam pedas Johor versi ibu.
Ok jugak rasanya.

Resepi ;
Bahan dikisar:
4 ulas bawang merah.
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 batang serai
2 hiris halia

Cara-cara :
Tumis bahan kisar dengan minyak panas
masukkan cili boh/ cili kering (yang telah dikisar)
Bila dah naik bau masukkan air, asam keping, garam, kuib bilis.
Biarkan mengelegak dan pastikan kuahnya sedikit pekat.

Agak-agak resepi apa yang best untuk masak ikan nie?
Boleh tak kawan-kawan bagi cadangan......


15 April 2012

Hari Makan Sedunia....

Bila datang kerajinan ibu akan masak macam-macam.
Sila jangan percaya.
Sebenarnya ibu ni kejam juga.
Bila tekak rasa nak makan sesuatu baru ibu masak.
Anak-anak cuma tumpang gembira dengan kerajinan ibu yang tidak dijangka...ngee....

Ni feveret anak-anak dan ibu.
Ayah ni susah sikit.
Banyak makanan yang kami suka dia tak layan.
Ayah lebih suka layan stok buah-buahan + sayuran (terutama karot) 
yang sentiasa mengunung di peti ais....
Ibu rasa ayah ni dah macam rabbit la.....ngee....

Resepinya di sini....

Tak cukup dengan tu ibu goreng keropok lekor, masak lempeng
dan masak dadih.
Ha, tengok kalau dah terlebih rajin....

 Stok dadih dalam petiais yang belum terusik..ngee....

Tak cukup dengan makanan yang ada ibu sempat singgah kedai kek.
Tiba-tiba nak makan kek.
 Kek untuk anak-anak....
Biasa beli 5 potong tapi kali ni ibu beli 4 potong je.
Tiba-tiba rindu Along....
Bila Along nak balik Johor??????hu.hu.hu.....

dan untuk ibu...........

p/s:
Kenapa ibu asyik cerita pasal makan je nie...
Apakah tandanya tu.....???????

Sambal Hijau Kerang.

Semalam teringin nak makan kerang.
Tapi rasa dah bosan masak sambal kerang atau kerang rebus.
Ibu cuba kelainan.
Mencuba masak sambal hijau kerang...
Entah betul ke tidak sambal hijau camni.
Tapi percubaan yang tak sia-sia sebab anak-anak suka....
Yang paling dasyat, ibu yang over suka..
Makan tak ingat....

 Sambal Hijau Kerang.  Snap dari kuali je.....he....

Resepi suka suki ibu:
1 biji bawang besar di potong.
2 ulas bawang putih di ketuk.
5-6 biji lada hijau yang besar di potong nipis.
3-4 biji lada merah besar di potong nipis.
Kerang yang telah direbus 
(ibu beli yang dah siap rebus...dasar orang yang malas...)
Sedikit gula dan garam.
Asam keping/asam jawa
minyak untuk menumis...

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang besar + bwg putih.
Biar naik bau dan masukan lada yang telah dipotong.
Masukkan garam + gula secukup rasa.
Masukkan asam keping/air asam jawa.
Akhir sekali masukkan kerang dan gaul sebati.
Pastikan semasa masukkan kerang tu jangan masak lama.
Dalam 5 minit cukuplah sebab kerang tu dah masak....
kalau lama nanti kerang jadi keras ye......

Malam tadi ibu mula tergaru-garu.
Gatal seluruh badan...hu.hu.hu....
Ibu memang kalah dengan makanan laut tetapi dah nak makan juga
kena tanggung la akibatnya.
Kalau ayah ada memang dia jadi mangsa 
bedakkan seluruh badan ibu dan mengaru kegatalan ibu...ngee....

Pagi ni ibu bersarapan lempeng oat dengan sambal kerang yang masih berbaki.
Jom kita kerok gatal sama2...hu.hu.hu....

13 April 2012

Nasi Karot vs Kari Ayam..

Semalam semasa siri BW ke blog rakan,
ibu singgah di blog JemariSuri.
N3 JS masak nasi carrot.

Ni nasi karot versi ibu.
Entah kemana la si karot tu menyorok....aduyai.....
JS siap deko2 dan amat menarik sekali.
Ibu pulak terus snap dari rice cooker aje...ngee...
Dasar orang yang terlebih rajin ibu nie...hu.hu.hu.......


Resepi:
beras 4 pot
lobak merah 2-3 batang dihiris dadu @ nipis.
1 cawan susu fresh milk atau susu cair.
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
5 bawang besar dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
sedikit garam
sedikit air utk masak nasi
1 cm halia (hiris atau blend)
basuh beras seperti biasa.
Sedikit butter.

Cara-cara:
*Basuh beras dan toskan air.
*2-3 sudu besar butter dan calitkan pada beras yg dibasuh td.kalau nak sedap letak banyak2.
*Tumis  bawang besar dan bawang putih dengan mengunakan butter.
*Apabila bawang besar dan putih sudah sedikit layu, masukkan 4 sekawan iaitu buah pelaga,bunga cengkih,kulit kayu manis dan bunga lawang.
kemudian masukkan halia dan kacau sehingga pecah/terbit minyak.
*Masukkan carrot yg di hiris2 td juga dan kacau sebentar iaitu 2-3 minit.
*Akhir sekali masukkan susu dan air mengikut sukatan biasa.
*Tuangkan kesemuanya dlm rice cooker bersama beras yg di basuh.
*Jangan lupa masukkan sedikit garam.

Dan sekadar masak kari ayam.
Maklumlah pagi-pagi nak kejar masa.
Capai mana yang sempat jelah.....

p/s:
Hari Sabtu kena p sekolah lagi ke?????????

26 Mac 2012

Home Made Sata Ikan.

Mood nak berblog makin pudar ibu rasa akibat
kesibukkan yang melanda.
Hari Jumaat ni sekolah ibu akan dikunjungi Menteri Besar Johor pula.
Faham-faham ajalah bila tetamu VVIP nak berkunjung.....
Nantilah ibu cerita lain kali.....

Oklah kali ni ibu nak cerita kisah yang dah agak lama terperam.
Kisah 1st time mencuba sata ikan home made....
5F peminat sata ikan....
Kalau pergi pasar malam confirm kena beli sata dan otak2.
Bila anak-anak dah suka ibu mulalah intai-intai resepi kat internet.
Dan biasanya Beby yang selalu volunteer untuk masak.......

 Isi ikan bersama bahan-bahan digaul sebati.

 Sata yang telah siap dimasak.
Alahai Beby, ada yang gemuk,
Ada yang kurus,
ada yang panjang dan ada yang pendek.
Hentam jelah Beby........

Percubaan yang pertama.
Buruk sungguh rupa sata ikan kami.
Kalau jual agaknya tak siapa yang berkenan.
Tapi rasanya lebih kurang sama seperti yang dibeli di
pasar malam tu...cit!!!! perasan + syok sendiri......
Jemput makan.....

RESEPI SATA IKAN
BAHAN – BAHAN :
1 kg isi ikan kembung
1 biji kelapa parut – diambil patinya saja
500 gm cili merah – dihiris
500 gm bawang merah – dihiris
100 gm halia – dihiris
garam ,gula, dan sedikit serbuk perasa

BAHAN UNTUK MEMBUNGKUS
Daun pisang yang dilayur atas api

CARA MEMBUATNYA :
-Tumbuk isi ikan dan kelapa parut
-Campurkan dengan bahan – bahan yang dihiris
-Bungkus seperti bentuk kon
-Bakar hingga masak dengan api yang sederhana.
*Beby masak atas ceper je.....

24 Mac 2012

Western Food

Tiba-tiba je tekak ni nak makan makanan barat.
Entah kenapa la minah mix Melayu ni tetiba nak jadi minah Salleh...
Nak harap ayah bawak keluar makan memang takde maknanya.
Kesian ibukan.
Hari ni pun ayah outstation lagi..
4 hari ayah tak ada.....hu.hu.hu.....menchi!!!!!.

 Home made chicken chop....
Resepi Chicken chop versi ibu yang simple, sila jengah sini....

Makaroni bersos lada hitam.
Yang ni ibu masak untuk sarapan beberapa hari lepas...
Resepi suka suki yang dimasak ikut kepala tuan rumah.....
Tapi jangan risau sebab anda tak akan keracunan dan dijamin halal.

Resepinya:
Rebus makaroni + 1 senduk kecil minyak + sedikit garam.
Toskan.

Sos:
Panaskan minyak/majerin.
Tumis bawang besar + bawang putih yang diketuk.
Masukkan susu cair + air + sos tiram + lada hitam + perisa/kuib ayam.
Kalau ada cendawan budang lagi sedap.
Tapi tuan ruman non-ada......
Masukkan apa sesuai dengan tekak seperti daging cincang/ sosej/ udang.
Akhir sekali masukkan air + 1 sudu tepung jagung untuk memekatkan kuahnya.
Kacau hingga pekat dan tuangkan di atas makaroni.
Kalau ada serbuk daun pasli, taburkan di atas untuk menambahkan kelazatan.

p/s:
Ayah jangan lupa beli souvineer ye.......

13 Mac 2012

Menu Hari ini-Keli Masak Lemak Bertumis.

Pagi-pagi teringin nak makan ikan sardin.
So pagi-pagi dah siap masak.
Tiba2 pula nak makan ikan keli masak lemak...
Waduh, kerajinan melanda tetapi kedua-dua lauk tu
langsung tak maching untuk dimakan bersama.
Tetapi bila dah teringin masak jelah.

Lagipun stok lauk dalam peti ais tu banyak sangat2.
Ada ke patut sebelum terbang ke China, ayah beli
6 ekor ayam + 2 kg ikan keli + 2 kg ikan kembung + 1 kg ikan siakap +
lauk-lauk sampingan.
Alahai ayah macam nak pergi sebulan.....
Tapi ayah dah tau perangai ibu....tak suka ke pasar.....

Meh tengok resepi ibu:

Ikan keli dikelar + digaul bersama garam dan kunyit.
Kemudian digoreng.......

Bahan A
2 batang serai dihiris nipis2..
1 biji bawang besar/merah dimayang
2 biji cili besar dihiris (kalau nak pedas masukkan cili padi)
1 ulas bawang putih dihiris.
Kunyit hidup (ibu guna serbuk kunyit je)

Bahan B
4 helai daun limau purut.
Santan.
Garam dan gula secukup rasa.
Asam keping.
Minyak untuk menumis.

Panaskan minyak dan tumis bahan A sehingga naik bau.
Masukkan bahan B.
Masukkan ikan.
Pastikan kuahnya pekat.

Siap untuk dimakan.......

19 Februari 2012

Resepi Menara Kuih Ketayap

Menara???????
Kenapa "menara??????".
Saja tajuk nak buat gempak sikit.
Rumah ibu ni kalau masak apa-apa mesti akan jadi menara.
Maklumlah rakyat jelata ramai, jadi kalau masak mesti kena lebih.....

Petang semalam tiba-tiba ibu teringin nak makan kuih ketayap ni.
Kalau orang Kelantan panggil "kuih gulung".
Kebetulan dalam peti ais ada stok isi kelapa muda pemberian SIL sebelah rumah.
Dah beberapa hari terbiar sepi di situ......

Kebetulan gula merah tak ada pula dalam stok.
So sekarang ni ibu dah ada "kakak supir a.k.a Along".
Sekelip mata je suruh , dia terus pergi beli.
Alah, mini market pun sebenarnya dekat je dari rumah.
Orang tengah gian nak bawa kereta....
Kereta jugalah jadi mangsa Along......

Dengan gigihnya ibu masak inti kelapa tu.....
Along dengan gigihnya masak lempeng...
Naurah dengan gigih tukang gulung dan jadikan menara ketayap..........
Angah, Beby dan Farouk jadi tukang rasa.......

Taraaaa...menara ketayap ciptaan Naurah....he.he.he.....
Ni resepinya.....
  • Untuk Lempeng :
  • tepung gandum-sukatan ikut bilangan ahli keluarga la ye.....
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan-dikisar dengan air dan ditapis..kalau xde pun tak kisah........
  • 1 1/2 cawan santan @ susu segar @ susu tepung @ susu cair.....
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau

  • Inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah -mengikut citarasa..kalau nak manis tambah lebih sikit....
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Inti : kelapa parut + gula merah +daun pandan. 
  2. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit. Inti bertukar warna keperangan. 
  3. Lempeng :tepung + secubit garam + santan . Kacau sehingga sebati . 
  4. Kemudian masukkan telur + minyak + perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  5. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan. masak seperti kita memasak lempeng.
  6. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.

13 Februari 2012

Kuih Chara + Serunding Recycle.

Semalam ibu masak kuih chara nie.
Kebetulan masa Majlis Maulidur Rasul hari tu banyak dapat gulai daging.
Tak habis makan.
Rasa membazir pula kalau dibiarkan begitu saja.
So ibu masak gulai tu sampai kering.
Bila dah kering maka terhasillah seolah-olah serunding daging.

Intinya merimpah ruah kerana stok serunding home-made yang banyak.

Resepinya kuih chara klik sini .

16 Januari 2012

Hi-tea Dengan Sup Kentang Berperisa Tomato.

Petang perut sentiasa minta diisi.
Sekadar roti bakar cicah air pun jadilah.
Aktiviti menternak lemak dibadan.
Petang semalam teringan nak makan roti bakar cicah sup kentang berperisa tomato.

Kebetulan bahan-bahan semua ada dalam petiais.

Ok ibu kongsi cara nak masak:

Bahan-bahan:
4-5 biji kentang-dikupas kulit dan dipotong 4
3-4 biji buah tomato-dipotong 4
Sedikit hirisan dada ayam-kalau tak nak pun tak pe.
1 biji bawang besar.
3 ulas bawang putih
Garam dan kuib ayam atau serbuk perasa.
Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih yang telah dipotong.
Masukkan air dan masukkan semua bahan-bahan lain.
Biarkan masak.
Setelah masak dan biarkan agak sejuk, kisar hingga hancur.
Sedia untuk dimakan, mudahkan dan yang penting berkhasiat........

Jemput makan semua.....

9 Januari 2012

Master Chef Naurah vs Master Chef Najdah.

Petang semalam tak ada aktiviti ke mana-mana.
Awal persekolahan sibuk yang teramat.
Masak pun cincai-cincai je....

Chef Najdah (15 thn 2 bulan) dan Chef Naurah ( 11 thn 10 bln)

Bila petang-petang perut mula rasa lapar. 
Ibu sekarang sibuk dengan kerja-kerja sekolah.
Bukan anak-anak je ada HW ye , cikgu-cikgu pun sama.
Nasib baik la semalam kat rumah ibu ada 2 orang 
Master Chef volunteer nak masak untuk minum petang.
Bestkan kalau setiap hari ada orang tolong masakkan......

Potato Wedgess Master Chef Naurah
Master Chef Naurah  masak potato wedgess....

Resepi:
6-7 biji kentang di kopek + dipotong + rebus + garam
Toskan.
Gaul dengan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan kentang ke dalam tepung gandum
(jangan bancuh air ye aunty...guna tepung kering).
Goreng dalam minyak panas......

Orang pertama rasa mestilah ibu Naurah.
Ibu kata sedap.
Seronok sangat Naurah rasa....

Potato Stew Master Chef Farah Najdah
Sediakan dulu bahan ye aunty2....

Proses memasak bermula....

Tara....dah siap. Bila dah siap orang yang pertama rasa resepi ini semestinya beby sendiri.
Sebabnya Beby risau nanti ibu komen macam-macam.
Bila rasanya dah ok, baru Beby bagi ibu makan.

Resepi Potato Stew :
5 Biji ubi kentang
Sebatang lobak merah
2 batang saderi
2 bawang besar
2 bawang putih
Halia
Dada ayam
Serbuk cili / cili paste
Garam
Lada hitam
Serbuk perasa

Cara :
1. Potong ubi kentang, lobak merah, saderi, dada ayam dan bawang besar dalam potongan dadu. Jangan terlalu kecil.
2. Cincang bwang putih dan halia.
3. Tumis bawang putih dengan halia.
4. Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Biarkan selama 5 minit dan kacau. Biarkan ubi kentang dan  lobak merah empuk.
5. Seterusnya masukkan  saderi dan bawang besar dan biarkan selama 5 minit lagi.
6. Masukkan dada ayam dan kacau.
7. Masukkan serbuk cili atau cili paste empat senduk kecil. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan air sebanyak 300ml dan biarkan mendidih.
9. Masukkan garam,serbuk perasa dan lada hitam secukup rasa.
10. Biarkan mendidih sehingga 10 minit dan sentiasa kacau.
11. SIAP ! ngehehe~

p/s : jangan letak terlalu banyak air.Resepi ni ditulis sendiri oleh Master Chef Farah Najdah.

Amboi-amboi bukan main lagi 2 beradik ni menceroboh blog ibu ye.
Gitulah bila datang kerajinan melampau anak-anak nie.
kalau la setiap hari tolong ibu masak macam ni kan bagus.
Tapi syarat kena bangun pagi-pagi buta.......

3 Disember 2011

Serbuk Asam Jambu-Home Made.

Mesti ramai kawan-kawan suka makan jambu.
Lebih sedap kalau ditambah dengan serbuk asam jambu.
Biasanya serbuk tu kita beli.
Apa kata kita cuba buat sendiri di rumah.....

Semalam ibu ke pasar tani.
Singgah di gerai menjual asam.
Terpandang pula asam kulit limau dan asam boi/masin.

nilah rupa asam kulit limau (atas) dan asam boi/masin.
gambar nie ibu ambil dari en google.........

Cara nak membuatnya teramat mudah.
1. 100 g Asam kulit limau + 100g asam boi(buang biji dulu ye ) + gula (ikut selera)
2. Kisar dengan pengisar kering sampai jadi serbuk.
Ibu kisar tak begitu halus.
Entah kenapa dengan alat pengisar ibu tu........
Lama tak guna kot.....

 Inilah hasilnya.
Banyak juga dapat tu.
Ibu masukkan dalam tupperware serbuk tu....
Simpan buat stok.....

 Inilah hasilnya.
Potong jambu dan taburkan serbuk asam yang telah siap dikisar tadi.
Nyum..nyum..nyum...rasanya lebih kurang je rasa macam serbuk asam jambu yang
kita beli ditepi-tepi jalan......

p/s:
Beria2 Ayah ajak kami  ke Terengganu sejak minggu lepas
 Ayah ada seminar + dinner disana.
Tak sampai hati pula nak tinggalkan Along..
hu.hu.hu....jangan majuk ye ayah!!!!!

15 November 2011

Daging oooooo Daging

Raya haji dah berlalu tetapi stok daging masih ada.
Buntu...dah tak tahu nak masak apa.
Goreng, masak sup, kari, masak kicap, masak rose dan 
macam-macam resepi dah ibu buat.
Masa jalan-jalan ke blog kawan-kawan terbaca pula n3 dari blog Puan Kutu.
(sapa-sapa nak cuba resepi ni silalah ke sana ye)

Inilah hasilnya.
Memang sedap dan anak-anak ibu pun suka.
Licin hingga menjilat jari.
Thanks PK 4 sharing......

p/s:
Maaf ye kerana ibu tidak sempat nak
BW macam biasa.
Kesibukkan ditahap tepu sekarang ini.
2 hari bergasak di padang dan selepas itu
ada 3 program lagi sedang menunggu.
Jawabnya cikgu cikgi SK ibu  terpaksa postpone
cuti kerana perlu menyiapkan macam-macam kertas kerja...

29 September 2011

Sagu Pandan KSSR.

Balik kursus "KSSR"mengadap lappy dulu.
Buka FB dan buka blog untuk hilangkan stress dan penat..
Sempat BW ke beberapa blog rakan2.

Sempat singgah ke blog Ummiross.
Tiba2 terpandang masakan ummiross yang sedap-sedap.
Teringin pula nak makan sagu bersantan.

Sambil ibu kusyuk mengadap lappy, ibu kerahkan Along rendamkan sagu.
Naurah keluarkan baki cawan-cawan plastik.
Angah keluarkan bahan....
Senangkan jadi bos..mengarah je kerjanya..hi.hi.hi....

 Ini hasilnya.

 Memang sedap.
Sekejap je dah habis.
Balik kursus semalam buat lagi.......
Sampai rumah petang ni pekena secawan...
Sejuk je tekak nie....
Meh intai resepi yang ibu copy dan ubah sikit2....


SAGU BERSANTAN KSSR
Bahan :
1 cawan sagu-rendam 1/2 jam
5 cawan air
1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste-
ibu guna perisa pandan.
12 sudu besar gula

Bahan2 utk pati santan:
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
*Ibu lebih suka guna susu cair kerana lebih senang dan sedap.....

Cara membuat sagu :
Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
Masukkan sagu, air, tepung jagung dan 
perisa pandan ke dalam periuk. 
Kacau atas api sederhana. 
Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut 
dan bancuhan bertukar menjadi jernih. 
Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.

p/s: Apa tu KSSR...
Sebenarnya itu tajuk kursus yang sedang ibu ikuti sekarang.
Sesuka hati je tukar nama resepi tu...hi.hi.hi...

26 Ogos 2011

Resepi Ikan Air Asam + Kupang Bercili-Puasa ke 26

Teringin pula nak makan ikan air asam.
Dari tengahari dah plan nak masak resepi ni.
Cara nak buat pun amat senang sangat dan sangat baik 
untuk kesihatan kerana langsung tak guna minyak.

Resepi Ikan Air Asam
 Bahan-bahan:
2 ekor ikan kembung saiz besar
(ibu guna ikan tongkol je kerana ayah beli ikan tu)

Bahan perencah:
2 biji tomato-potong kecil
1 biji bawang besar-potong kecil
cili besar, cili padi-ptong kecil
1 cawan air asam jawa
1/2 inci belacan

Cara-cara:
Rebus ikan dan toskan
Curahkan bahan-bahan perencah tadi ke atas ikan.
Hidangkan.
gula dan garam secukup rasa.

Resepi Kupang Bercili
 Bahan-bahan:
Kupang
minyak untuk menumis

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
cili besar, cili padi, cili kering-kalau suka pedas lebihkan cili ni.
sedikit belacan
gula dan garam secukup rasa

Cara-cara:
Tumis bahan kisar.
Setelh naik bau, masukkan kupang.
Gaul sebati dan pastikan kupang masak.
Angkat dan hidangkan.

menu sampingan yang ayah masak.

23 Ogos 2011

Resepi Nasi Arab + Seri Kaya Pisang-Puasa ke 23

Semalam dengan gigih kat dapur menyediakan juadah
yang dah  dirancang  beberapa  hari lepas.
Yelah tu..
Tapi memang ibu teringin nak masak nasi arab ni bila call mama di kg.
Menurut mama, dah 3 kali abah dan adik atie masakan nasi arab untuk berbuka..
maklumlah sekarang mama dah tidak macam dulu.
Mama dah tidak boleh bangun dan berjalan sejak keluar ICU
lebih kurang 1 tahun yang lepas....
So sekarang abah dan atie ambil alih tugas memasak..

Sementara tu ibu sediakan seri kaya ni.
ni seri kaya yang tidak berseri pun.
Tapi rasanya sedap jugalah walaupun buruk je rupanya tu..
Abaikan je bentuknya ok...
Sebabnya ibu kata sedap, habis licin dimakan anak-anak.
Kalau nak cuba meh salin resepinya:

Seri Kaya Pisang:
5 biji telur ayam
pisang
1 senduk gula..ikut citarasa.
sedikit gula merah
daun pandan
2 cawan air.

Cara-cara:
Pukul telur dan masukkan pisang yang telah dipotong kecil2.
Panaskan air dan masukkan gula + gula merah dan daun pandan.
Bila mendidih, curahkan adunan telur + pisang ke dalam.
Tutup periuk sekejap dan biarkan selama 10 minit.
Siap untuk dimakan.....


ni acar mentah makan bersama nasi arab...

Ini nasi arab.
Tapi yang tak syoknya nampak leher ayam lak dalam gambar tu...
Rosak gambar jerr...hu.hu.hu....

Resepinya:
1 ekor ayam
5 sudu besar minyak sapi
6 ulas bawang merah-dikisar
4 ulas bawang putih-kisar
1 inci halia-kisar
rempah menumis (kulit kayu manis n the geng)

2 sudu rempah kari + 1 sudu rempah kurma  + 3 sudu sos tomato
(kalau ada perencah bukhari abaikan perencah ibu tu)
1 tin susu cair
kuib ayam
garam secukup rasa.
kismis.

Cara-cara:
Panaskan minyak sapi.
Tumis bahan yang dikisar.
Masukkan rempah menumis
Masukkan bahan-bahan yang dibancuh tadi.
Tumis hingga naik bau.
Masukkan ayam .
Masukkan susu cair dan air secukupnya.
Biarkan ayam mendidih seketika.
Masukkan beras dan masak macam biasa.
Pastikan nasi dan ayam digaul semasa proses memasak.

Setelah masak, taburkan bawang goreng, daun ketumbar.
Hidangkan bersama acar mentah.

11 Ogos 2011

Menu + Resepi Kuih Chara dan Singgang-Puasa ke 9 dan 10

Alhamdulillah hari ini masuk 11 hari kita berpuasa.
Ibu kadang-kadang buntu memikirkan resepi untuk dimasak untuk berbuka.
Masak simple tidak kisah asalkan anak2 dan ayah suka makan.

Puasa ke 9
 Along volunteer nak masak roti jala.
Syukurlah ada orang nak tolong buatkan
kerana nak buat roti jala ni memakan masa juga.
Sambil itu ibu masak kari ayam, sayur bendi dan tauhu telur.

Puasa ke 10
Tiba-tiba teringin nak makan kuih chara berlauk.
Dan sekali lagi Along volunteer nak bantu ibu buatkan kuih chara.
Intinya ibu yang masakkan.
Disamping itu ibu masak singgang daging + goreng udang + ikan kering.

Resepi kuih Chara Versi ibu:
1/2 kg Tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/ susu cair/ santan
1 biji telur
garam secukup rasa.
1 sudu gula
serbuk kunyit untuk warna.

Cara-caranya:
Bancuhkan kesemua bahan dan kisar.
Biarkan adunan itu cair seperti memasak lempeng.
*Adunan kuih chara lebih kurang sama untuk membuat roti jala.

Inti :
Isi ayam (bahagian dada)-cincang
1 biji kentang-cincang
2 sudu rempah kari daging
1 biji bawang besar-cincang
2 las bawang  putih-ketuk
minyak untuk menumis
garam + gula secukup rasa.

Tumiskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih.
Tumis hingga garing.
Kemudian masukkan rempah kari.
Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan kentang.
Masukkan perasa di atas..

Cara memasak kuih chara:
1. Guna acuan kuih chara.
2. Guna api yang perlahan
3. masukkan sedikit minyak ke dalam setiap acuan.
4. Curahakn adunan dan kemudian letakkan  inti diatas adunan.
5. Tutup dengan penutup.
6. Setelah masak ulang proses yang sama.

Singgang Daging
Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
3 hirisan lengkuas-kisar
1 inci halia-kisar
4 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
2 sudu ketumbar-kisar halus
asam keping atau asam jawa.
garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara-cara:
Masukkkan semua bahan ke dalam periuk.
Jangan lupa masukkan air....
Masak sampai empuk.
Siap untuk dihidangkan.
Kalau hendak pedas, ketuk cili padi dan masukkan
ke dalam singgang...

*Petang ni tak tahu nak masak apa lagi.......

23 Julai 2011

Resepi Sambal Tempoyak Yang Sedap.

Pagi-pagi BW  kat blog Areef  terpandang resepi  Sambal Tempoyak.
Tiba-tiba meleleh air liur macam orang mengidam.

Tanpa berlengah ibu copy resepi itu.
Ibu ubah sikit resepi Areef berdasarkan stok bahan yang ada di rumah....hi.
Semangat berkobar-kobar nak masak sambal ini kerana kebetulan kat rumah ada 
tempoyak yang ibu buat 3 hari lepas.

 Masih panas-panas dalam kuali...
Memang sedap dan membuka selera...
Kalau makan ni confirm boleh tambah berat badan......


Resepi Sambal tempoyak 
Bahan-bahannya : 
Cili padi dan cili merah -ditumbuk
Bawang merah dan bawang besar -ditumbuk
Serai -tumbuk
Daun kunyit (xde di rumah so ibu abaikan..)
Ikan bilis/udang kering
( ibu ganti dengan ikan kering yang ibu beli siap dipotong halus).
Tempoyak
Garam dan gula
Minyak untuk menumis 
Cara-caranya : 
Tumis bahan yang ditumbuk.
Kemudian, ikan bilis/udang kering/ikan kering
Akhir sekali masukkan tempoyak dan tambah sedikit gula dan garam.


 Hari ini ayah beli ikan tongkol.
Anak-anak ibu tidak begitu suka sedangkan ikan ni bagus untuk minda..
Klik sini.
Buntu nak masak apa.
Tiba-tiba teringat ibu makan ikan bakar ikan tongkol masa
kat Sabah.
Sedap sangat.
Lagipun kat Sabah, ikannya segar-segar dan besar-besar....

Lawannya air asam nie..
Tetapi ibu tambah kicap pekat manis....

Terjumpa gambar masa ibu makan ikan  tongkol bakar
di Pasar Pilipina, Sabah.
Abaikan gambar model tu dan sila fokus pada ikan bakar yang tergolek dalam pinggan.
Masa ini ibu ikut ayah berseminar kat Sabah.
Pergi pun tidak dirancang.
Ayah Pengerusi Seminar  merangkap Bos ambil kesempatan berfoya-foya dengan ibu...
Dasyatkan....!!!!!...he.he.he....

9 Julai 2011

Resepi Ikan Masak 3 Rasa Versi Beby




Hari ni Beby a.k.a Farah Najdah puteri ke 3 ibu ambil tender masak.
Katanya nak masak "ikan 3 rasa"..
Resepi 3 rasa Beby ni simple jerrrr...
Ikut selera mulut dia n adik beradik2nya tu...

Ni resepinya :
Bahan :
1 ekor ikan siakap (gaul bersama garam/kunyit)
1/2 biji nanas-potong kiub kecil
4 biji tomato-potong kiub kecil
2 labu bawang besar-potong kiub kecil
4 ulas bawang putih
4 biji lada besar-potong kecil kecil
(Kalau nk pedas, potong cili padi byk2)
1 senduk kecil sos cili
1 senduk kecil sos tomato
gula dan garam secukup rasa
minyak masak



Cara-cara :
-Goreng ikan sampai masak dan letak dalam pinggan besar.
-Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan lada besar.
-Masukkan nanas dan tomato
-last masukkan sos cili/tomato dan sebuk perasa.
-Dah masak curah di atas ikan yang dah siap digoreng....
lepas tu hiaslah ikut cita rasa masing-masing.
Selamat mencuba!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

3 Julai 2011

Petua Jemput-jemput Sedap

Ada beberapa orang rakan blogger tanya :
"sedap ke jemput2 karot tu kak????".
Kalau nk tahu, ibu ni suka mencipta berbagai2 resepi jemput2...
Yelh sangat tu..he.he.he...

Orang lain cipta resepi yg canggih manggih pn xsibuk..
Ibu masak jemput2 pn sibuk jerrr.....
Ttp mmg banyak koleksi resepi jemput2 ciptaan ibu...
Kalau jemput2 bilis or bawang tu biasalah kan...
Ibu pernah buat jemput2 tempe,
jemput2 kentang,
jemput2 terung
jemput2 bilis
n mcm2 lagi...
Kata orang, apa yg ada dalam stok peti ais,
tulah jadi mangsa xperiment ibu...hi...

Petua kalau nak jemput2 lebih sedap n gebuzzz: 

1. Masukkan air panas2 suam ke dalam bancuhan tepung gandum
2. kacau sebati.
3. Masukkan perasa seperti garam dan kuib ayam atau bilis.
4. Kalau nak lagi lembut jangan lupa letakkan 1 biji telur.....
*Ibu tak suka letak telur sebab ibu nak jemput-jemput jadi agak rangup.

Pagi nie Naurah yg masak jemput2 bilis.
Anak2 ibu suka sgt  makan jemput2.

 sila abaikan kuali ibu yg cantik jelita tu.....he...
jemput2 bilis Naurah  dh siap...
Entah berapa kilo tepung la tu dia gunakan..
Orang pertama yg punggah jemput2 Naurah, sudah semestinya Farouk.....

About me