Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 September 2011

Sagu Pandan KSSR.

Balik kursus "KSSR"mengadap lappy dulu.
Buka FB dan buka blog untuk hilangkan stress dan penat..
Sempat BW ke beberapa blog rakan2.

Sempat singgah ke blog Ummiross.
Tiba2 terpandang masakan ummiross yang sedap-sedap.
Teringin pula nak makan sagu bersantan.

Sambil ibu kusyuk mengadap lappy, ibu kerahkan Along rendamkan sagu.
Naurah keluarkan baki cawan-cawan plastik.
Angah keluarkan bahan....
Senangkan jadi bos..mengarah je kerjanya..hi.hi.hi....

 Ini hasilnya.

 Memang sedap.
Sekejap je dah habis.
Balik kursus semalam buat lagi.......
Sampai rumah petang ni pekena secawan...
Sejuk je tekak nie....
Meh intai resepi yang ibu copy dan ubah sikit2....


SAGU BERSANTAN KSSR
Bahan :
1 cawan sagu-rendam 1/2 jam
5 cawan air
1/4 cawan air pandan pekat atau 1 sudu teh pandan paste-
ibu guna perisa pandan.
12 sudu besar gula

Bahan2 utk pati santan:
1 cawan santan pekat
1 cawan air
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
*Ibu lebih suka guna susu cair kerana lebih senang dan sedap.....

Cara membuat sagu :
Basuh sagu dan rendamkan lebih kurang 1/2 jam dan toskan.
Masukkan sagu, air, tepung jagung dan 
perisa pandan ke dalam periuk. 
Kacau atas api sederhana. 
Apabila campuran menjadi pekat, masukkan gula dan kacau hingga gula larut 
dan bancuhan bertukar menjadi jernih. 
Sudukan ke dalam bekas dan ketepikan.

p/s: Apa tu KSSR...
Sebenarnya itu tajuk kursus yang sedang ibu ikuti sekarang.
Sesuka hati je tukar nama resepi tu...hi.hi.hi...

19 ulasan:

Iela Fazielah berkata...Reply To This Comment

emm..mmg fav ila ni kak..... tp akak kira masak sagu tu dah sedia manis la ye.. biasa org buat sagu tawar tp letak santan & air gula.. emm leh cuba nnt

NzA berkata...Reply To This Comment

to iela
akak ambil resepi dr blog org juga tu...ttp ok gaklah rasanya tu....

puanbee berkata...Reply To This Comment

sedap ..tp sy guna susu cair kak tk guna santan hehe

NzA berkata...Reply To This Comment

to Bee
akak pn guna susu cair masa 1st buat n santan hari berikutnya....

CikguAreefNaim berkata...Reply To This Comment

salam,

wah kak, seronok sgtlah tu gi kursus kssr tu, hehehe...

sy tk kena gi... tp 5 mingg berturut2 tgk org je berkurus... dorang kursus kat PKG dlm sekolah sy...

anggunpesona berkata...Reply To This Comment

Musim panas macam ni sesuai sangat makan sagu ni ye. sejuk rasanya.

Ummiross berkata...Reply To This Comment

Thankk you NzA, hehe ummi ni sesekali je datang angin rajinnya. NzA, seronok masak ni kalau ramai pembantu. Sedap tu, boleh gak ummi cuba, sagu ada lagi ni...

nieda berkata...Reply To This Comment

nida selalu buat sagu gula melaka..lebih kurang je

NzA berkata...Reply To This Comment

to areef
kursus KSSR DSV mmg best n enjoy...

rasanya utk Agama n Bahasa Arab 2 minngu lagi kot...BERSEDIA ye...hi.hi.hi.....

NzA berkata...Reply To This Comment

to anggun
dpt sejukkan tekak ni..mmg sedap.

NzA berkata...Reply To This Comment

to ummiross
sama2..sy pn mcm tu ummi..bila dtg kerajinan terus menjadi ttp kalau xde mood mmg xmsk la....hi..

NzA berkata...Reply To This Comment

to nieda
boleh dipelbagaikan nieda n yg pnting sedap utk dimakan.

ibuintan berkata...Reply To This Comment

akak pun suka buat sagu bersantan ni, dah disejukkan lagi sedap kan...


tapi akak tak bubuh tepung jagung

NzA berkata...Reply To This Comment

to ibuintan
mmg sedap kak, anak2 sy suka..kalau bubuh tepung jagung bntuknya lg cantik kot....

Nur berkata...Reply To This Comment

Sibuk-sibuk kursus pun sempat lagi kak Nza cuba resepi baru. :)

NzA berkata...Reply To This Comment

to yati
dh tringin sgt yati terus masaklh...he.

amna berkata...Reply To This Comment

sedapnya..

NzA berkata...Reply To This Comment

to amna
sedap.....

Ummi Hanie berkata...Reply To This Comment

hanie dah lama nk buat kuih sagu ni tp x buat2 tau kak..sagu dah lama rendam..erkk buleh gune lagi ker ? :p

About me