Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

14 November 2013

Along dan Ipad

Sebelum masuk U Along dah dapat laptop Asus Window 8 daripada Ayah.
Terpaksa beli laptop jenama tu kerana perisiannya memenuhi keperluan 
pembelajaran Along.
.
Ni dapat iPad pulak.
Nak buat macam mana, Along perlu semua tu kerana Along ambil bidang 
bahagian pengkomputeran Networking.
Semua tu memang diperlukan dalam pembelajaran dia di sana.
Yang agak perit, setakat ni pengajian Along di taja oleh ayah 100%.
Walaupun belajar di IPTA namun perbelanjaan lain perlu ditanggung.
PTPTN???? setakat ni kami masih bertahan untuk menaja Along sendiri.
Tunggulah sem depan macam mana.
Kalau rasa tak larat nak tanggung, Along akan mohon, kalau larat kami KIV dulu...
Setakat ni masih larat kot....huhuhu......

iPad hasil Along pow ayah.....

Ayah sanggup berhabis demi melihat kejayaan anak-anak....InsyaAllah.

11 ulasan:

ummiross berkata...Reply To This Comment

Wow!!!, ipad apple, idaman kalbu ummi juga tu NzA, untungnya Along.

Aziela berkata...Reply To This Comment

Tapi Along memang perlukannya. Dan Along bukanlah seorang anak yang mensia2kan pengorbanan ibu bapanya. Semoga Along beroleh kejayaan.

lizz berkata...Reply To This Comment

Waa untung along dapat ipad dr ayah...mudahla nak buat assignment nanti..moga berjaya yer along..

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Pengorbanan seorang ayah NzA.. Sgt besar... buat along belajar rajin2 .. kalau boleh tanggung teruskan NzA tak perlu PTPTN tu..

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Berhabis utk kejayaan anak2, takpe kak.. :-).. ada pulangannya nanti..in sha Allah...pulangan kejayaan anak2 kan.. :-)

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Beruntung Along dapat macam-macam.

Mudah-mudahan berjayalah dalam pelajaran. Jangan disia-siakan segala pengorbanan tersebut.

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

selagi leh tahan tanpa ptptn teruskan la kak....payah laa bile dah amik loan ptptn nieh....lieya dulu bertahan sampai sems 2 tak pakai ptptn...tapi tu laaa terpengaruh ngan kawan2...tersign juga agreement ptptn tu....aduh!

Unknown berkata...Reply To This Comment

Bestnya Along dapat Ipad. Semoga berjaya yer Along!

Nur berkata...Reply To This Comment

kena beli ke? kesian kat budak-budak yang kurang mampu.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

bertuah along,harap along boleh beri kejayaan buat ibu n ayah..macam sy dedulu nk beli pc pun ssh..belajar nk buat assignment kadang2 pegi lab..:)

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Demi kejayaan anak2..ibu bapa sanggup berkorban apa saja kan...Semoga Along terus berjaya..

About me