Dah hampir 1 bulan Along bergelar siswi di UTeM..
Ibu baru terheggeh-heggeh buat catatan dairy tentang kehidupan awal Along di sana.
Boleh ke dipanggil dairy kalau macam nie????????
Hari ni ibu nak tepek tentang kisah minggu orientasi Along
selama 1 minggu bermula 1.9.2013.
selama 1 minggu bermula 1.9.2013.
Banyak kisah pahit manis yang Along lalui.
Pengalaman sebegini sebenarnya akan menjadi sejarah yang manis untuk dikenang.
Minggu orientasi Along berjalan dengan jayanya.
Pengalaman yang pernah ibu lalui sewaktu bergelar pelajar suatu masa dulu.
Terlalu banyak bezanya.
Zaman ibu dulu nak dekati public phone pun dah ngeri tapi anak-anak sekarang
sempat ber "sms", ber "whatsapp" dan berinterasi secara "skype" dengan ibu bapa di rumah.
Sekurang-kurangnya ibu dapat ikuti perkembangan anak-anak secara lebih dekat.....
Along send gambar-gambar ni di whatsapps.
Berbaju budak sekolah...hehehe.
Baju yang sama dipakai oleh Angah semasa minggu orientasi di UiTM.
Dan ibu dah siap pesan kat along agar simpan elok2 baju tu untuk Beby pulak.
Sempat posing di dewan besar...
Cepatnya masa berlalu...dah besar anak ibu.
Menurut Along, pelajar-pelajar muda berusia 19 tahun sepertinya dianggap
adik-adik kecil @ bongsu kerana
adik-adik kecil @ bongsu kerana
ramai diantaranya menyambung degree di usia 20 tahun untuk pelajar Tingkatan 6 dan
22 tahun selepas tamat diploma.
Wajah kepenatan tapi masih mampu tersenyum........
Semasa melalui minggu orientasi Along juga diuji dengan athma attack dan tekanan darah rendah.
Along memang pengidap athma dan mungkin disebabkan makan tidak teratur
dan agak penat Along diserang tekanan darah rendah.
dan agak penat Along diserang tekanan darah rendah.
Tinggal 2 hari berbaki Along pitam dan pengsan di dewan.
Dengan dibantu oleh kakak-kakak fasi Along dibawa dengan ambulans ke klinik U.
Diberi mc selama 2 hari.
Walaupun dapat mc, along tetap kuatkan diri hadir program yang sedang berjalan.
Saat ini hati ibu risau...hati ayah gundah gulana.
Kebetulan semasa kejadian ini berlaku ayah sedang berseminar di P.Langkawi.
Selesai minggu orientasi ibu terus memandu ke UTem untuk menjemput Along.
Kebetulan Along cuti selama 4 hari bersambung dengan cuti Hari Malaysia.
Terus ibu membawanya ke klinik.
Tekanan darah along jatuh hingga ke 93/60.
Suhu badan mencecah 39.9 celcius disusuli batuk, asthma dan selsema.
Menurut doc, keadaan ini membuatkan Along asyik rasa mual dan pitam.
Doc juga melakukan ujian darah dan urin.
Alhamdulillah, result yang diterima dalam keadaan baik cuma ada sedikit jangkitan
kuman dalam darah.....
kuman dalam darah.....
4 hari Along habiskan masa terbaring akibat demam yang tidak kebah-kebah.....
Terperanjat juga ibu melihat bil klinik yang agak tinggi.
Tapi tak kisahlah, yang penting Along sihat.....
Ubat-ubat yang dibekalkan untuk Along.
Alhamdulillah, keadaan Along sekarang dah beransur baik.
Sehari 3-4 kali ibu check tekanan darah Along mengunakan alat ujian tekanan darah
Sehari 3-4 kali ibu check tekanan darah Along mengunakan alat ujian tekanan darah
yang memang tersedia di rumah......
Alhamdulillah tekanan darah along makin meningkat ke paras yang lebih baik.
Saat ini Along masih diserang batuk yang berpanjangan.
Doakan moga Along terus sihat dan kuat untuk
jalani hidup di kampus.....InsyaAllah.....
Alhamdulillah tekanan darah along makin meningkat ke paras yang lebih baik.
Saat ini Along masih diserang batuk yang berpanjangan.
Doakan moga Along terus sihat dan kuat untuk
jalani hidup di kampus.....InsyaAllah.....
22 ulasan:
waktu orientasi along diberi ujian sakit..sabar ye along..:)
Sebak pula ummi baca, hati ibu mana yang tidak risau, ummi doakan Along terus sihat, insyaAllah Along kuat semangat macam ibunya juga, sentiasa tersenyum ceria, selamat maju jaya ye Along.
sama mcm sy,lpas orientasi demam.. 1st day kuliah dh x msuk klas.. hehe.. jadikan itu sbg pngalaman ea along... :) indah utk dikenang... Semoga Along maju jaya...
Sekejap masa berlalu, along dah besar jadi siswazah.. Semoga cepat sembuh ya Along.. kuatkan semangat.. jaga diri
siannya along.
semoga along cepat sembuh.amin.
moga Along cepat sembuh & sentiasa diberikan kesihatan yang baik..
dugaan bergelar siswi
semoga tabah harungi nya
semoga cepat sembuh
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida
umielman.blogspot.com
dinda dulu pun masa orientasi pun dapat 2 hari je sebab demam... tapi tak dapat balik cuma berehat di bilik sakit sahaja sebab program dalaman masih boleh diikutikan...
Along cepat sembuh ye...
get well soon along
semoga tabah dan kuat ketika bergelar siswi ;)
Kesiannya along. Semoga cepat sembuh
Assalam nza..semoga along terus sihat untuk meneruskan pengajiannya.hati ibu mana la tak risaukan
Ujian betul..moga along beransur baik..
*bil perubatan eina minggu ni paling tinggi jugak, anak2 dgn mak sekali asyik tak sihat je..nasib boleh claim dr company.. hehe..
semoga along sentiasa sihat yee...
mahal betul harga ubat tu...terkejutt jer kann...
Kuat betul semangat Along yer kak. Semoga pulih kembali dengan segera...
@Puan Kutu
TQSM PK..semoga along terus kuat n tabah....
@ummiross
memang risau sgt ummi tapi apakan daya...dari kejauhan si ibu iringi doa agar ank2 sntiasa dilindungiNya...
@Maria Firdz
kisah yg sama la dgn along...he3x....InsyaAllah mudahan along brtmbah sihat...
@UmiIzz
2lh, cpt sungguh masa brlalu....
@attyfir
InsyaAllah...TQSM atie diatas doa2...
@LiLy @ MaMaQiStInA
InsyaAllah...amin..TQSM lily.
@Puan Ida
Begitu puitis baik2 kata ida tu...TQSM
@Joanna Yunus
senasiblah dengan along ye dinda.....
Catat Ulasan