Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Disember 2013

Along dan Berkayak

Salam Isnin yang dingin.....
Lama dah tak bercerita tentang anak-anak.
Sejak masuk u Along mula meminati aktiviti berkayak.
Kalau ada masa lapang dia akan habiskan masa berkayak bersama rakan-rakan.
Ibu pun tak pasti bila minat berkayak mula
sebati dengan jiwa along.
Tak kisahlah kan asalkan along habiskan masa dengan aktiviti yang berfaedah dan menyeronokkan setelah seharian mengadap komputer di bilik kuliah..
Mungkin cara ini along dan rakan-rakannya dapat release tension.

Seronok pulak ibu tengok gambar along dikelilingi air yang tenang.
Gambar-gambar ni along kirimkan melalui whatsaaps.

P/s:
Rindu along dan angah sangat2 sampai terbawa2 ke dalam mimpi...hukhukhuk..

16 ulasan:

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Seronok berkayak ni NzA... akak pun suka berkayak masa belajar dulu.. ingat lagi berkayak dilaut lagi mencabar kerana ada ombak takut kayak terbalik jer...

Memang release tension kan Along :)

Unknown berkata...Reply To This Comment

suka jugak berkayak.. pertama kali berkayak masa ke pangkor.. panas2 pun jadi berkayak berjam-jam..
Tapiiii tak tahu berenang aikkk! hehehehe

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

bagus along kak...suke kan sukan lasak...lieya ni bab2 air ni mmg scary sikit...hahahahah....pernah berkayak sekali jek mase join team building punye kursus tu pun takut2 nak berkayuh hahaahahha

cheqna berkata...Reply To This Comment

alololo..sampai mimpi2 ye..

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Saya tak berapa minat sukan air ni sebab tak reti berenang.

Kalau dah pandai berenang, mungkin jadi suka kot... hehehe...

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Saya tak berapa minat sukan air ni sebab tak reti berenang.

Kalau dah pandai berenang, mungkin jadi suka kot... hehehe...

inazamri berkata...Reply To This Comment

last berkayak dulu zaman sekolah menengah.Kalau skrg ni ntah bpandai lg ke tak

Kamsiah yusoff berkata...Reply To This Comment

kalau dapat geng sekepala mmg syok..

Aziela berkata...Reply To This Comment

Masa zaman saya kurus dulu duluuuu tu saya pun suka berkayak kak. Memang sangat mereleasekan tension. Bila dah ada di tengah2 air, rasa damai tu macam penuh di sekeliling kita.

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

berkayaktu dulu kegemaran saya.. memang seronok tau.. rasa hilang tension... alahai ibu mana tak rindukan anaknyer...

Ibu Yusuf Maryam berkata...Reply To This Comment

Saya banyak kali anjur program yg ada aktiviti berkayak. Tp sy sendiri x pernah berkayak. Hihi..

MulutPayau berkata...Reply To This Comment

Seronoknya tgk Along berkayak..
Saya mmng penakut dgn air..nak berkayak..jauh sekali ..hihihi

azieazah berkata...Reply To This Comment

Bagusla xtvt begini. Jangan sampai nanti naik muscle kat lengan plak. Heheheh!

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

nmpak syok jek along berkayak..saya tak penah seumur idop ni try..penakot...>_<

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Betul lah tu. selagimana beraktiviti yang positif, biarkanlah.

jangan jadi macam anak IM...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

wow tak ska sukan air pun along minat..bagus ni,,buat perkara yg berfaedah dengan kawan2

About me