Semalam ibu terpaksa mengambil CRK (cuti rehat khas) diawal minggu pertama persekolahan.
Kalau ikutkan memang agak sukar nak dapatkan cuti diawal tahun.
Alhamdulillah bos ibu begitu perihatin terutama yang melibatkan family...
TQSM Big Bos.
Hanya ibu, Along dan Beby saja ke Kuantan.
Ibu bagi pilihan pada Beby untuk memilih seorang saja antara ibu dan Ayah
untuk hantar Beby sebab tidak ada orang nak
Ibu bagi pilihan pada Beby untuk memilih seorang saja antara ibu dan Ayah
untuk hantar Beby sebab tidak ada orang nak
menguruskan Naurah dan Farouk.
Lagipun Ayah memang tak boleh ambil cuti.
So yang pastinya Beby akan pilih ibu........muhahaha....
Lagipun Ayah memang tak boleh ambil cuti.
So yang pastinya Beby akan pilih ibu........muhahaha....
Nasib baik ada Along yang menjadi driver kami.....
Kami bergerak selepas solat subuh dan tiba di Indera Mahkota Pahang
dalam pukul 9.30 pagi.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam.
Alhamdulillah pendaftaran Sem 2 Beby berjalan lancar......
Sebelum ke sini naik pening kepala ibu lihat barang Beby...
Lupa nak snap gambar khazanah yang diangkut.
Beg besarrrrrr 3 buah + 3 buah beg sedang + pelbagai barangan sampingan.
MPV ibu sarat dengan barangan beby....
Bila ibu tanya berapa pasang baju kurung Beby bawak...
Beby : "Beby bawak 50 pasang je......kasut 8 pasang....tudung???he3x..rahsia...
Ibu : Haaaaaaa.........patutlah beg Beby menggunung.....
Beby : He3x......tu ada lagi 1 beg baju kurung yang Beby tinggal sebab tak larat nak bawak....
Ibu : Ni nak pergi buka butik ke apa....?????
Beby : Bebykan anak ibu....ikut perangai ibu la......ha3x......
Terdiam ibu.....speachless
Bersama BFF Beby, Bell, jugak anak seorang guru dari Kelantan.
Pelajar kat sini kebanyakan anak-anak cikgu.....
Beby berbaju sama semasa daftar Sem 1dulu....
Katanya sehingga Sem 6 dia akan pakai baju yang sama.....
Emmmm.......itulah Beby....pelik tapi benar...
Kalau ibu pasti nak pakai baju yang terkini untuk dapatkan mood baru tapi
budak sorang ni agak berbeza.....
Akta paksaan ber"welfie"....Sabar jelah.
Selesai urusan di sana lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami
bergerak ke kolej kediaman.
Beby dapat tingkat 3 (aras 2).
Haaa...jenuh punggah barang-barang...
Itu pun roomate Beby yang banyak membantu....
1 bilik 4 orang...Alhamdulillah luas dan sangat selesa.
Dari bilik Beby dapat lihat pemandangan padang golf yang terbentang indah.
Setelah selesai edisi peluk memeluk maka ibu dan Along bergerak pulang.
Kami singgah solat jamak dan makan di Muaazam Shah.
Along suggest nak makan nasi kat rumah.
5F ni agak cerewet bila dibawa makan kat restaurant...
Ada je dia compare makanan yang dimakan dengan masakan ibu.
Macam la ibu ni teror sangat masak.....adeh.
So kami singgah pekena pizza-hut jelah.
Kebetulan belum lagi rasa pakej Rm5 tu.
Kami order 3 bijik.
3 bijik pizza-hut berlainan resepi.
Kat sini pizza-hut boleh tahan sedap sebab rotinya rangup2 gitu.
Tinggal slice terakhir masing-masing dah kenyang.....
Ni tapau untuk Naurah dan Farouk...
Tiba di rumah dah lewat petang.....
17 ulasan:
Salam .Hee pizza yang sedap.
sedapnyaa pizza :D
50 pasang baju kurung??? Mak oii..betullah tu kak...nak buka butik. Hihihihi. Tapi, dia happy dengan cara dia...Kita angguk jerlah kan kak...
@tiga lalat
sskali layanmmg terasa kesedapannya....he3x
@Nur Inani
nani sama dgn farouk n 4Farahs....suka sgt pizza.
@Aziela
tulh aziela....masa bb pakcing si ayah geleng2 kepala tgk kain baju dia tu...mcm nk buka kedai...adeh...sabar jelah dgn kerenah ank2 dara.
anak lelaki lebih senang kan... macam anak saya, satu beg jer..
barang lain beli kat sana...
Betul tu IM, ank lelaki lbh simple brbnding ank2 pompuan...baju, kasut, hbag, tudung semua nk maching...
50 pasang baju...?alahai......tak pe..layankan je lah kak...ada anak dara..mmg macam ni..:-)
good luck beby for new semester..^_^
berjauhan lagi... what 50 pasang!!!.. wow memang tiap hari tukar baju kalu gitu..
@wa
itulah wa.....adeh...anak dara punya pasal....
@Lily Mama Zara|Zareef|Zayed
Tqsm lily...InsyaAllah moga dia terus cemerlang.
@Lily Mama Zara|Zareef|Zayed
Tqsm lily...InsyaAllah moga dia terus cemerlang.
to Cho zila
emmmm..tulah...sedih sgt bila saat rindukan dia......2lh anak2 dara....adeh...
Sabar la kak. Dh namanya anak. Mst rindu pny walau hilang sekejap dpn mata.
Biar benar ni kak! 50 pasang baju kurung dibawanya ke asrama. Kena tempah cargo next semesterlah gamaknya, kak.
Tapi saya pun ada sifat kalau nak ke mana-mana semua benda nak bawa sama walaupun hanya sehari je tidur di luar rumah. Sampai suami suruh sewa lori lain kali :)
Kak, tak boleh nak kata apalah sikap Beby ni dah dikatanya ikut style ibu, anak ibukan *_* Keh3x.
Catat Ulasan