Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 Januari 2015

Angah dan Cuti Semester.

Minggu ni ibu dalam mood yang sangat sibuk.
Sibuk dengan minggu awal persekolahan.
Sibuk dengan pemantauan PSS.
Sibuk dengan urusan anak-anak.

18.1.2015 Angah pula mula bercuti Sem 1.

Alhamdulillah Along dah banyak berdikari sekarang sejak dapat
Tak perlu lagi ibu dan ayah ukur jalan untuk jemput/hantar dia terutama dicuti
akhir Sem.
Namun ada 2 orang Farah lagi perlu diuruskan.
Beginilah kalau umur anak hampir sebaya....
Mereka sambung belajar pun dalam jangka waktu yang lebih kurang sama.
Lagi-lagi melayan anak perempuan yang pastinya khazanah yang
membuat ibu dan ayah tergamam......

Semalam selepas kerja ibu bergegas ke Seremban.
Alhamdulillah highway mempercepatkan perjalanan kami.
Memakan masa 4 jam pergi/balik agak memenatkan juga.
Lebih memenatkan bila terpaksa angkut barang-barang Angah tu.
Nasib baik kolej kediaman Angah ada lif....
Fuh.......tak tahu nak komen apa....

Last paper Angah tamat lebih kurang pukul 4.30 petang dan ngam2 ibu sampai situ.
Masa ibu tiba Angah dah siap angkut turun segala barang-barang dia.
Cuma tinggal buku-buku je kat atas sebab Angah tunggu kotak yang ibu bawa.

Dah selesai angakat barang Angah, kami singgah pekena roti canai yang jadi feveret Angah
sejak kebelakangan nie di cafe bersebelahan.....

Selesai makan kami terus bergerak balik.
Sampai rumah dah dekat Isyak...
Penat memang penat tapi demi anak-anak ibu sanggup
lakukan apa saja demi keselesaan mereka.....

22 ulasan:

tiga lalat berkata...Reply To This Comment

Salam. Hee siapalah tidak sayang menyayangi anak sendiri, tapi ada ibu kan ., kanns

NzA berkata...Reply To This Comment

tiga lalat
W.salam, betul3x.....setuju sgt..

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

acik pi ambik hero 15.1 tu NzA..masa acik sampai dia dah siap angkut semua barang kebawah..dari tingkat 3 tu..cuma tunggu dia pi pulangkan kunci je

Cetusan Minda berkata...Reply To This Comment

anak perempuan mmg kena jaga . selagi dia blm kahwin , selagi tu lah mak pak kena ambil tahu apa saja pasal mrk ...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Anak kecik cara kecik, dah besar cara besar.kita mak mak ni mmg sentiasa sibuk dengan hal anak-anak.hehe

LYAfrina berkata...Reply To This Comment

senang la along nk kemana sbb dh blh drive sndri...

selamat bercuti angah.. byk jgk bwk balik brg tu

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed berkata...Reply To This Comment

nasiblah bila ada yg dah naik, yg sorang lagi mula cuti kan kak nza..sekurang2nya bergilir2 melepas rindu..hihiho

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

menanam benih hari ini, muga hasilnya elok dan lebat di belakang hari.

mungkin bukan untuk kita tetapi untuk dia dan generasinya...

Nur Inani berkata...Reply To This Comment

nani pun kalau nak balik iubu dengan abah akan jemput. heheh :D

eima berkata...Reply To This Comment

wahhhs eronok la kak NZA along cuti sem ... anak ade kat rumah kan ..... lepas rindu kat diorg

Joanna Yunus berkata...Reply To This Comment

kak ibu jangan lupa lain kali call dinda nak sangat jumpa kak ibu...

NzA berkata...Reply To This Comment

@Acik Erna
yelah acik, skrg musim ank2 cuti....ank lelaki lbh simple kan acik

NzA berkata...Reply To This Comment

@Cetusan Minda
betul tu ...setuju 100%

NzA berkata...Reply To This Comment

@Puan Kutu
betul tu PK....selagi mrk masih dibwh tanggungjwb kita terpaksalah kita berkorban....

NzA berkata...Reply To This Comment

@LYAfrina
2lh...senang sgt skrg ni sbb along dh mahir drive......
mmg byk sgt brg.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Lily Mama Zara|Zareef|Zayed
2 cuti sorg naik...sekurang2nya adalah peneman lg kat rumah ni.

NzA berkata...Reply To This Comment

@insan marhaen
InsyaAllah....kesinambungan drp ibu bapa kita jugak.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Nur Inani
biasa la nani kan.

NzA berkata...Reply To This Comment

@eima
aha along n angah sdg cuti skrg.

NzA berkata...Reply To This Comment

@Joanna Yunus
InsyaAllah....kanda pn nk jugak jumpa dinda.

sal ya berkata...Reply To This Comment

Ms kecik ssh nk jaga. Dj besar bwk diri belajar sunyi je. Sesekali je blk cuti. Kalau anak ramai ok lg la. Anak srg mmg terasa. Huhu... Bsr dh farahs ni.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Demi anak-anakkan, kak apa pun sanggup dilakukan walaupun diri sendiri tak terjaga.

Untung juga sebenarnya kak ada anak-anak lebih kurang sebaya. Yang tak untungnya bila semua keluar rumah serentak, aduhai...siksa hati dan perasaankan!

About me