Kisah yang dah agak basi.
Terperap dalam draf tapi baru berkesempatan nak publish.
Kesekian kalinya ibu terpaksa merelakan pemergian puteri ke 3 a.k.a Farah Najdah
Terperap dalam draf tapi baru berkesempatan nak publish.
Kesekian kalinya ibu terpaksa merelakan pemergian puteri ke 3 a.k.a Farah Najdah
yang lebih manja digelar Beby.
Tiga tahun berturut-turut ibu terpaksa memendam rasa sedih.
3 tahun berturut-turut Along, Angah dan sekarang Beby melangkah pergi.
3 tahun berturut-turut Along, Angah dan sekarang Beby melangkah pergi.
Demi masa depan anak-anak ibu perlu lebih tabah dan redha.
Setelah keputusan SPM keluar,
dan menunggu saat-saat genting membuat pilihan untuk masa depan.
Beby menerima tawaran ke Matrikulasi ,
IPTA (dip Kejuruteraan awam),
UniKL(foundation engineering)
IPTA (dip Kejuruteraan awam),
UniKL(foundation engineering)
dan KPM (Kolej Profesional Mara).
Kecewa tidak dapat ke UPSI untuk bidang TESL dan diganti dengan tawaran
Kejuruteraan Awam, akhirnya Beby memilih untuk
ke KPM dalam bidang Diploma In English Comunication.
Semuanya dibawah tajaan MARA.
Ini pun isi permohonan on9 disaat akhir sebelum tarikh tutup.
Semuanya dibawah tajaan MARA.
Ini pun isi permohonan on9 disaat akhir sebelum tarikh tutup.
Ibu dan Ayah akur dengan pilihan anak-anak.
Dia ingin membuktikan dia mampu berjaya dalam bidang yang diminati.
Dan cita-citanya ingin melanjutkan pelajaran hingga ke obesi....InsyaAllah.
Dan cita-citanya ingin melanjutkan pelajaran hingga ke obesi....InsyaAllah.
Ibu sebenarnya ingin sangat Beby ke matrik macam Along kerana
masa untuk sambung degree lebih pendek dan masih banyak pilihan boleh dibuat
tapi dia tetap berkeras dan tidak minat ke sana....Ibu akur....
Kami bertolak ke Kuantan pada 30.6.2014 (Selasa)-puasa ke 2.
Itupun setelah ibu habis waktu bekerja lebih kurang pukul 2 petang.
Kami mengidap di homestay di Indera Mahkota, Pahang.
Petangnya ke bazar ramadan yang terletak di Kuantan.
Makanan boleh tahan sedap dan harganya pun berpatutan.
Keesokan harinya ibu dan ayah mengambil cuti sehari.
Along dan Naurah terpaksa ditinggalkan sebab MPV tak
dapat menampung muatan.
Terperanjat ibu lihat barangan yang Beby angkut.
Macam orang nak pindah rumah...Adeh...sabar jelah.
Tersenyum riang bila impian hampir menjadi kenyataan.
Saat pilu bila ibu perlu melepaskan seorang lagi anak untuk melangkah keluar.
Beby dan Angah sama-sama bergelar "orang Kuantan" walaupun untuk seketika.
Pendaftaran bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada 11.30 pagi.
Alhamdulillah semuanya selesai dengan jayanya.
Hati ibu lega bila melihat kemudahan berdekatan bilik Beby.
Saat ini airmata ibu pasti bergenang bila waktu berbuka.
Tak sanggup melihat kerusi yang selalu Beby duduk.
Masa goreng ikan pun sedih....sebab Beby suka makan ikan.
Lebih sedih bila cafe tempat Beby belajar kena sita akibat pelajar keracunan
makanan dan terpaksa dikejarkan ke hospital sewaktu minggu orientasi.
Sedihnya hati ibu bila Beby call dia berbuka dan bersahur makan maggie.
Ibu harap Beby mampu tempuhi semua tu kerana ujian dan dugaan
menjadikan kita lebih tabah dan kuat.
Ibu doakan agar Beby suksess di sana.
Yang pasti setiap saat dan ketika anak-anak ibu tetap hadir
dalam doa ibu......

15 ulasan:
Dugaan itu akan menjadikan kita lebih kuat.
Semoga berjaya kesemuanya.
assalam NzA..sama la kita..
hero acik pun tak mau pi matrikulasi..dia lebih memilih buat diploma..acik ikutkan je..yang penting dia nak belajar kan Nza.
In Sha Allah beby pasti akan berjaya nanti ....
tahniah beby!!1..semoga tercapai apa2 yg diimpikan ye..oo..beby kat kuantan jugak ker..harap2 poasni ada rezeki dating ngan kak nza kat kuantan ye..=)
Tahniah buat Beby. Semoga berjaya dalam bidang yang dipilih. Memang sayu bila melihat anak-anak melangkah keluar dari rumah. Demi masa depan mereka, terpaksalah ibu kuatkan semangat ya!
Satu demi satu anak2 akak gi belajar ya..alhamdulilah semua berjaya...tak tahu lah turn ayu nanti mcmana dah lah anak 2 org je..
Alhamdulillah...nampak Beby pun gembira. Tahniah kak....
Menimba ilmu itu merupakan Jihad juga NzA..
Semoga beby berjaya dalam bidang yg diceburi :)
biar beby buat pilihan,dia yg nak belajar.mana ada benda senang nak jadi senang..pengorbanan seorang ibu untuk melihat kejayaan anak.Insyaallah kejayaan akan menyusul kelak.
gud luck beby..:)
all the best beby...moga menjadi anak yg berjaya dunia dan akhirat...
Tu dia cikgu....pandai2 anak cikgu....hebat2 berlaka....
Tahniah Farah Najdah. Tumpang gembira membaca kejayaan anak2 akak..
Tahniah buat Beby & Tahniah juga buat akak..suka baca tentang kejayaan anak-anak akak...
tahniah beby..apa yang diingininya tercapai jua.
Harap NzA bersabar ye..tentu berat melepaskan Beby pergi..
Tahniah buat Beby juga buat Yah n suami.
Moga Beby terus cemerlang. Nampaknya keraplah Yah ke Kuantan lepas ni..
Catat Ulasan