Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 April 2014

Semoga Ayahnda Tenang Di Sana.

1.4.2014, tepat 2.30 pagi ibu dikejutkan dengan berita kehilangan.
Berita yang meruntun jiwa ibu.
Berita yang mengundang airmata ibu mengalir laju.
Pakcik yang paling rapat dalam hidup ibu telah pergi buat selama-lamanya.
Pergi dengan tenang diawal pagi ditemani isteri dan adik ibu, Dr Ahmad Zakimi.

Terasa amat kehilangan..
Sedih tidak mampu ibu tahan.
Beliau insan yang ke 2 ibu sayang selepas abah.
Seorang bapa yang penyayang.
Lembut tutur kata dan perlakuan.
Al Fadhil Ustaz haji Ismail Noh
 Hidup penuh kesederhanaan biarpun penah
menyandang jawatan tertinggi dan bergelar YB.
Merendah diri dan lembut tuturkata dan bicara.
Mendampangi rakyat tanpa mengira darjat.
Dihormati setiap lapisan masyarakat tanpa mengira parti.
Merupakan seorang ulamak terkenal dan disayangi serta disegani di Kelantan
 Seorang ulamak yang berhikmah, berilmu, menepati isu semasa dan haraki.

Akhirnya beliau pergi mengadap ilahi dalam penuh ketenangan dan
kejernihan wajah.

Petang semalam di sekolah ibu berlangsung Mesyuarat Agung PIBG.
Ibu menangis dan menangis.
Tidak mampu melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Menatap jam 2.30 petang sewaktu arwah disemadikan.
Bertambah sebak bila bertalu2 menerima gambar-gambar dari w.apps
sewaktu arwah disemadikan.

Ayah pula ditimpa musibah (kemalangan OTW balik dari meeting).
Bahagian depan kereta ayah hancur berkecai.
Alhamdulillah ayah tidak alami kecederaan.

Ya Allah, airmata tidak mampu ibu tahan.
Deras mengalir tanpa henti.
Ibu mencari ruang untuk bersendirian buat seketika.
Mengurungkan diri di makmal komputer sendirian.
Mencari kekuatan diri...mengumpul ketabahan yang pergi.

Sewaktu cuti sekolah seminggu yang lepas,
ibu sempat menziarahi beliau terlantar di icu.
Tenang wajahnya namun matanya terpejam rapat.
Ibu gengam erat tangannya..ibu usap sambil hadiahkan surah yasin.
Sesekali beliau menganggukkan kepala bila namanya dipanggil.
Sebak dan sedih...sudah tiada lagi suara lembutnya.
Sudah tidak daya membuka mata.

Ya Allah, ibu terlalu rindukan wajah ini.
Ibu rindu senyumannya.
Ibu rindu suara lembutnya.
Ibu rindu segala-galanya yang beliau miliki.
Ya Allah...Kau tempatkan insan yang mulia ini
Dikalangan insan soleh...
 InsyaAllah pastinya beliau akan berehat bersama para syuhada',
solehin dan pejuang Islam yang terdahulu telah pergi...

 , 
Al-fatihah untukmu ayahnda pak muda haji.
Berehatlah kau di sana dengan tenang.
Semoga ayahnda pak muda haji ditempatkan dikalangan orang-orang yang solehin.

p/s:
Semalam banyak link yang membicarakan tentang kehilangan Beliau.
Salah satunya di Sini 

12 ulasan:

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum kak, al-fatihah.. semoga allahyarham pak muda haji ditempatkan dalam golongan orang yang beriman disisi Allah SWT. singgah menabung digi sini~~~

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Al Fatihah.. moga rohnya di cucuri rahmat Ilahi..

Bersabar dan tabah ye NzA..

Unknown berkata...Reply To This Comment

Al Fatihah kak... baru tadi dinda baca disinar... sabar ye kak ibu, semoga kak ibu tabah dalam setiap musibah yang berlaku...

Al Fatihah untuk arwah semoga rohnya ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman

Aziela berkata...Reply To This Comment

al-Fatihah

Nur berkata...Reply To This Comment

Alfatihah. Salam takziah dari Yati. Semoga kak Nza sekeluarga tabah hadapi ujian ini.

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Al fatihah...kuatkan hati ya kak

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

AlFatihah..buat arwah..salam takziah untuk keluarga..

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

al fatihah...moga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman....

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

Takziah lg skali kak nza..semoga arwah ditempatkan di kalangan org2 yg beriman..byk2 sbr ye kak

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

salam takziah.. hanya sedekah Al-Fatihah dari jauh..moga ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh..

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Salam takziah... kehilangan yg besar buat semua ..moga rohnya ditempatkan di kalangan org yg beriman..
Al-fatihah..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

melihat wajah allahyarham sudah terpancar nur..semoga ditempatkan dikalangan para solihan kak nza..

Takziah dr sy

About me