Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 April 2014

Manakah Kau Menghilang MH370

Sudah beberapa hari ini menyepi disebabkan kesibukan dan masalah melanda....
Rindu rakan-rakan semua......

Kalau tak silap ibu hari ni masuk hari ke 33 misteri kehilangan MH370.
Hanya Allah saja yang maha mengetahui segala yang berlaku.
Sedih memikirkan nasib keluarga yang kehilangan..........

Sebagai guru Pendidikan Seni/Dunia Seni Visual,
ibu mengambil kesempatan untuk berkongsi kesedihan ini.
Becok anak-anak murid bercerita tentang MH370.
Yang pasti mereka juga setia mengikuti perkembangan ini.....

Tanpa warna dan hanya berbekalkan pensel warna ibu bersama-sama anak-anak didik
mencoretkan hasil nukilan ini.
Gambar yang ibu edit dan photostat untuk bekalan pada anak-anak didik.
Kalau suruh mereka lukis sendiri, jawabnya 2 jam pun tak siap.
Dengan gigihnya cikgu yang memang minat melukis dan mewarna ni mengambil alih bagi
memudahkan tugas mereka.....

Doa yang tulus dan ikhlas daripada insan yang bersih ini.
Semoga Allah makbulkan doa-doa kita semua......
Semoga keluarga MH370 tabah dan sabar lalui ujian yang besar ini....InsyaAllah.

p/s:
Dah 2 hari ibu keluar dari sekolah kerana urusan diluar...emmmm

9 ulasan:

insan marhaen berkata...Reply To This Comment

Salam,

Tadi pun kawan sekerja IM bertanyakan pandangan tentang isu MH yang masih tak jumpa.

IM kata... wallahualam. Tak berani nak komen apa-apa sebab IM bukan di tempat mereka yang mencari.

Kehidupan ini memang kekadang suatu misteri. Kecilnya kita di sisi Tuhan!

Unknown berkata...Reply To This Comment

dimana sahaja MH370 hanya Allah SWT yang maha mengetahui...

walaupun harapan sebesar zarah tetap setia menanti khabar berita dimana MH370

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

hasil nukilan yg cantik kak.... semua punye talent yg bagus...

moga segala misteri terjawab dan yg moga ade sinar keajaiban menanti...amin

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum kak, Allahuakbar. semoga dipermudahkan urusan pencarian pesawat mas mh370 bersama kotak hitamnya.. sedih mengenangkan sudah masuk hari ke 33 penantian ni.. singgah menabung libresse sini~~~

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Semoga Allah memudahkan tugas anggota SAR dalam mencari MH370.

Tugas kita adalah untuk terus berdoa agar dipermudahkan...

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Ye lah NzA.. kemanakah menghilangnya MH370.. Moga cepat terungkai semua permasalahan..
Anak2 juga perihatin kan..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

menanti dengan sabar berita sahih tentang kehilangan MH370

sal ya berkata...Reply To This Comment

Hanya DIA yg tahu kan?

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

boleh tahan gak hasil lukisan anak2 nikan.. tentu cikgunyer telah memberikan tunjuk ajar dengan elok sempurna...

About me