Patah tumbuh hilang berganti.
Sekali lagi kami kehilangan Bos yang amat kami sayangi.
Walaupun beliau baru 8 bulan berkhidmat di sekolah tempat ibu mengajar namun
kemesraan kami sukar untuk diluahkan.
Apakan daya, "Saya Yang Menurut Perintah".
Kami perlu akur.
Kami adakah majlis di sekolah pada sebelah pagi.
Malas pulak ibu nak upload gambar-gambar tu.
Rasa takde mood pulak nak edit bagai.......
Sekeping gambar kenangan bersama "Bos" kami.
Seorang yang sangat perihatin, mengambil berat,
lembut tutur kata dan menceriakan hari-hari yang kami lalui bersama.
2-3 hari selepas majlis perpisahan di sekolah, kami berkumpul di
sebuah restaurant.
Majlis ringkas meraikan perpisahan GB lama dan menyambut kehadiran GB baru.
Ramai jugak yang hadir.
Masing-masing datang bersama family.
Menu malam tu....ikan siakap 3 rasa, sotong goreng, kupang masak sambal, ikan pari bakar,
sup sayur, dan pelbagai menu lain.
Makanan memang boleh tahan sedap tapi ibu kalah dengan belacan.
1 minggu ibu menanggung sengsara sakit kepala dan resdung akibat alahan...
Adehhhhh........inilah membuatkan ibu malas sangat-sangat makan kat luar
terutama restaurant sea food.......
Body guard yang menemani ibu malam tu.
Majlis bersurai lebih kurang pukul 9.30 malam....
10 ulasan:
Kalau makan di jamuan, susah juga yer kak...
Salam Kak~
sedihkan~ bila kita sudah mula selesa bekerja dengan mereka, tetiba terpaksa berpindah. memang terasa kehilangan nya.
sedap2 menu tuh.. memang betol lah.. kalo makan kat luar.. susah nak kawal ape yang kita boleh makan dan x boleh makan.
Assalamualaikum kak, sedihnya. bila kita dah selesa bekerja, jadi satu kehilangan bila dah takda kan. singgah menabung inti sini~~~
alahai... kesiannya resdung... mmg susah nak makan kat luar sbb tak tau apa yang mereka campurkan... sabar je la..
Biasalah kan kak...datang dan pergi...lagi2 pentadbir...
Kita sama kak allergic seafoos tapi makan je
Sedap2nya menu tu NzA..
patah tumbuh hilang berganti, moga kedua2nya pentadbir yang baik.
Baru nak berkenal mesra dah kena berpindah. Kalau orang baik dan pandai bekerja, memang sayang rasanya nak lepaskan.
Biasalah Yah, pentadbir sering bertukar ganti. Kita ni kena pandai suaikan diri.
Selamat tinggal
Catat Ulasan