Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 April 2014

The Big Bad Wolf

The Big Bad Wolf?????
Kalau tegok tajuk macam tak best je kan....
Hari Sabtu dalam kepenatan baru balik dari Tanjung Malim,Perak 
kami ambil kesempatan mengunjungi Karnival Buku yang diadakan di Melaka.
Masa kami sampai memang ramai sangat pengunjung..
Maklumlah masa kami pergi tinggal lagi sehari sebelum karnival tamat.

 Di pintu masuk...Memang murah sangat-sangat.
Potongan harga antara 75%-95%.
Murahkan.....
Peminat-peminat buku a.k.a novel memang berbaloi-baloi kalau datang sini.

 Anak-anak mula rambang mata.
Ibu seorang je yang tak minat novel so tidak teruja sangat.
Nama je cikgu PSS....adeh.......

 Along dan Angah nak habiskan baucer buku (BB1M).
Masing-masing cuma habiskan RM100 seorang.
Bayangkan sekotak buku tu cuma RM200.
Kalau harga biasa RM400 pun belum tentu dapat.
Novel penyiasatan dan siri seram yang tebal versi bahasa Inggeris jadi kegemaran 4Farah tu.
Bayangkan sebuah buku yang berharga RM20+ dapat RM5 sebuah....
Tak berpeluh ibu menunggu 4Farah tu memilih buku-buku tu semua......

 Selesai urusan di pesta buku kami ke Eon.
Menghabiskan duit kat Mr DIY dan Daiso.
Kalau melangkah masuk ke 2 tempat ni confirm ibu boleh lupa diri.
Semua berkenan......
Tau-tau mesti 3 angka $$$ melayang....


Selesai melabur duit kat situ kami ke pot  isi perutttt....
Spegeti

Mencuba pizza yang baru.
Rasanya biasa-biasa saja...Ibu lebih suka dominos pizza........

Menu sampingan, meat ball dan seafood lasagna.

Wajah ceria 5F menunggu makanan..........

Buku yang diborong oleh 3F.
Fuh..tebal-tebal semuanya,..
Nampak gaya ibu KIV dululah......

11 ulasan:

Nora Karim berkata...Reply To This Comment

wah... banyakknya bukuuuuu.... suka... suka...!! heheh

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Syoooknye kak... kaki novel lg berganda syok kan.. :-)
Eina dh lama tk g karnival cenggini..huu..

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Syoooknye kak... kaki novel lg berganda syok kan.. :-)
Eina dh lama tk g karnival cenggini..huu..

mamaarifakeemaisy berkata...Reply To This Comment

Syoooknye kak... kaki novel lg berganda syok kan.. :-)
Eina dh lama tk g karnival cenggini..huu..

ummiross berkata...Reply To This Comment

NzA..bestnya, murah2 buku tu.
Masuk Daiso mmg boleh tak sedar diri kan, semua nampak cute je, semua rasa nak beli.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Pesta Buku KL tak singgah ke...?

Unknown berkata...Reply To This Comment

Salam Singgah di sini juga..

Alahaiiii.. bila baca n3 akak nih kan~ membuatkan zura rasa lagi membuak2 nak pergi ke pesta2 buku camnih. walaupon sebenarnye zura nih bukan penggemar buku yang tebal2. hehehe.. tapi bila tengok harga2 buku selepas diskaun.. teringinnnnn nak pergi memborong buku jugakkkk!

Ohhh.. zura pon x boleh jugak masuk kedai Mr DIY atas seangkatan dengan nye. memang terus lupa diri terus. lagi2 kalo masuk kedai rm2. habes lah.. sedor2 penuh bakul. huhuhuhuhu.

Ohh.. spagetiiii.. kegemaran zura dan anak2.. spageti carbonara. tapi zura buat sendiri jer. tak pernah makan kat restoran. masak sendirik lebih puas sbb boleh makan banyak kali.. kekekekeke.

Salam kenal dari zura jugak..:)

cahayahidupku.blogspot.my berkata...Reply To This Comment

Bestnya.. suka juga ke pesta buku.. sakan borong ye NzA ;)

Aziela berkata...Reply To This Comment

Waaa...jelesnya sayaaaaa.....uwaaa....

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Argghh...saya suka Big Bad Wolf ni. Kalau ada di KL, memang dah berkotak saya kirim kawan suruh beli. Crowded sesaja. Ni pun tengah bertabah hati mencari masa menghabiskan semua buku cerita. Baru lepas baca a real 'Big Bad Wolf' novel by James Patterson. Saya pun suka layan thriller nih. Maklumlah nak jadi CSI tak dapat sebab nun jauh di NY sana :)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Bestnya la dpt gi karnival mcm ni.
Tak hairan lah anak2 Yah berlama2 kat sana

About me