Fenomena periuk ajaib memang merebak di Malaysia.
Macam wabak pulak kan.....
Bila tengok rakan-rakan masak guna pemanggang ajaib (PA)
ibu pun mengedik teringin jugak.
padahal kat rumah ni ayah dah beli periuk ajaib tu.....biasalah kanzzzz......
Ni ibu ambik dari en google.
Ibu beli jenis Dessini Italy sebab ianya lebih besar dan lebih dalam.
Itulah nafsukan. Padahal kat rumah ni dah tinggal beberapa mulut je yang nak makan.....
Lama juga ibu peram pemanggang ni kat rumah.
Beli dah lama tapi rasa tak ada kepentingan nak guna sebab ibu dah selesa guna
periuk ajaib yang ayah beli beberapa tahun dulu.....
Lama-lama jadi kesian tengok PA ibu tu dok terbiar sepi dalam kotak.
Dengan gigihnya ibu keluarkan dan tenggekkan kat dapur.
Ikan-ikan tu jadi mangsa pertama......
Resepi Ikan Panggang Versi Ibu :
Sosnya:
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
segengam kacang tanah
sebiji tomato
3 senduk sedang cili boh
gula dan garam secukup rasa.
minyak untuk menumis.
Kisar semua bahan-bahan tu.
Panaskan minat dan tumis hingga masak.
Sumbat dalam perut ikan yang dibelah belakang tu.....
Ni pulak pulut panggang yang MIL ibu bagi separuh siap.
maksud ibu MIL bagi yang belum panggang.
Mungkin MIL tahu si menantunya ni terlebih "rajin" nak panggang pulut tu.
Ibu simpan dulu dalam petiais dan pagi-pagi gigih kat dapur memanggang pulut2 tu...Fuh!!!!!
So tak adalah resepinya ye....hik.hik.hik......
Beby pulak cuba masak (?) mini pizza.
Sebenarnya Beby guna roti je gantikan doh tu....
Kerja ekspress......
Intinya Beby guna daging kisar + sayur + kentang + soon dan entah apa lagi
isi kandungannya tu.... Inti tu kebihan yang beby masak "Korean Mandu" ala-ala wantan.
Inilah namanya Korean Mandu....
Adeh...pelik semacam je nama resepi Beby ni.
Sekali tengok macam karipap yang tak jadi...muhahaha...tapi intinya sedap.
Ada rasa ala-ala inti wantan cuma kulitnya tu guna doh.
Resepi Korean Mandu
1 biji bawang besar-cincang
daging kisar
soon direndam
daun sup
kentang dicincang
kuib ayam dan garam secukup rasa
minyak untuk menumis.
Cara-cara:
Panaskan minyak.
Tumis bawang besar .
Masukkan daging kisar/ ayam cincang.
Masukkan kentang cincang, kuib ayam dan garam secukup rasa.
setelah masak masukkan daun bawang/daun sup/tougeh.
Kalau nak guna doh buat ala-ala karipap :
Resepi doh:
Tepung
minyak masak
minyak sapi (kalau ada)
air.
garam.
Cara-cara:
panaskan minyak dan minyak sapi.
Curah ke dalam tepung semasa panas-panas.
Tambah air dan uli hingga menjadi doh.
Bentukkan mengikut citarasa...masukkan inti yang telah siap
dan sedia untuk digoreng....
12 ulasan:
Assalam NzA..acik pun tak beli..periuk tak de pemanggag pun tak de.masa pi la gkawi tengok je..
@Acik Erna
saya pn mcm tu acik,....ni terbeli sbb tgk adik beli..pastu peram kt rumah dh berbulan2....
Hehehehe.. dinda mmg selalu guna .. buat ikan bakar... kami sekeluargakan suka ikan bakar.
PA ni tgh wabak dusty ketika dulu.. saya masih guna PA ni utk memanggang.. sungguh mudah..
memang mudah kan guna periuk ajaib ni :)
nampak sedap semuanye tu kak...semuanye mudah dengan adanye pemanggang ajaibkan kak.. :)
Korean mandu...tak pernah tahu..tapi mcm sedap je kan..pandai beby masak
Salam..Ha'ah yg brand DESSINI ni murah sikit..& saiznya 32cm(^_^)
Nak beli jgk. Senang nak bakar kek. X pyh kuarkan oven.
PA saya dah selamat dilontarkan keluar rumah. Mana ke tidaknya, aktiviti memanggang berlaku saban jam selepas membeli PA sampai naik muak dah. Ni bila tengok orang dok tayang PA, cam teringin pulak nak beli lagi :)
Bgsnye ada periuk ni hari2 mkn panggang lg sihat d kurus hehe
Terima kasih atas perkongsian info. Saya ambil yang haq sahaja lain tiada. Dulu kini dan selamanya.
Catat Ulasan