Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 April 2014

Farah Najdah dan Interview UPSI

Hari Sabtu Beby terima sms daripada UPSI (Universiti Pendidikan Sultan Idris)
Alhamdulillah dia terpilih untuk hadiri temuduga bagi Pendidikan Bahasa Inggeris (TESL).
Pukul 12 tengahari baru link tu boleh
dibuka untuk semakan.
Maka dengan gigihnya si ibu buka link sebab Beby masih
ditempat kerja.

Berdetik dalam hati.
Adakah Beby akan ikut jejak langkah ibu sebagai seorang pendidik?
InsyaAllah kalau ada rezeki menyebelahi ibulah orang yang paling
gembira kerana selama ini ibu teringin
sangat melihat salah seorang anak-anak ibu
meneruskan deligasi family  ibu yang ramai terdiri daripada pensyarah/guru.

Ini baru temuduga.
Tapisan pertama untuk melayakkan Beby melangkah ke seterusnya.
Mungkin ribuan calon yang layak akan ditapis dengan begitu detail.
Beby perlu lalui ujian dan temuduga.
Banyak lagi yang perlu Beby lalui.

Ibu dan Ayah serta family doakan agar Allah permudahkan segala-galanya.
Semoga impian Beby untuk bergelar seorang guru/pensyarah Bahasa Inggeris menjadi kenyataan...
Jika rezeki Beby di sini, insyaAllah ianya pasti menjadi milik Beby....InsyaAllah...

Mohon doa daripada rakan-rakan blog jugak.
TQSM......

p/s:
Dan ibu tersentap bila Angah maklumkan:
"Ibu bagi tak kalau Angah menyambung degree di Universiti Melbourne Australia?"
Bukan ibu tak bangga..bukan ibu tak gembira.
Malah ibu dan ayah amat-amat bangga dan bersyukur memiliki
anak2 seperti kalian...
tapi
teramat berat hati ibu untuk melepaskan anak-anak kesayangan
ibu terbang jauh dari hidup ibu........
Perpisahan amat perit buat ibu...huk.huk.huk.....

12 ulasan:

Nida Mohd berkata...Reply To This Comment

Wah..gudluck beby..alahai Kak Nza..memang sakit sgt kalo nk berpisah ngan anak2..Allah je tau mcm mana rs dlm hati tu kn..

Unknown berkata...Reply To This Comment

proud!

Aziela berkata...Reply To This Comment

Insya allah, Beby pasti berjaya. Amiin.

Kak FS berkata...Reply To This Comment

Good Luck semoga impian tercapai.In shaa Allah.Amin

Rizziela berkata...Reply To This Comment

Insyallah..kalau itu rezekinya

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum kak, alhamdullilah. semoga dipermudahkan urusan Farah.. hehe bestnya sambung study.. singgah menabung nissan sini~~~

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

selamat berjaya beby.. inilah yang beby nakkan... apapun anak kitani pasti akan berpisah gak ngan kitakan...

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

mmg target beby nak jadi lecturer BI,INSYAALLAH dapat.Ameen...:)

Salmi berkata...Reply To This Comment

Good luck buat Beby. Moga Impian Beby dan impian ibunya juga tercapai. Amin...

lieyalatif berkata...Reply To This Comment

moga urusan beby dipermudahkan ...in sha Allah....

moga2 beby berjaya dlm segala bidang yg bakal diceburi....amin

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

semoga beby berjaya..acik ada suruh hero bongsu acik isi minta ..tapi katanya..tak mau jadi cik gu..lain anak lelaki kan NzA

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Good luck Beby! Semoga berjaya dalam temuduga pertama dan seterusnya. Tentu ibu paling bahagia dan melirik senyumannya kalau berjaya.

Membaca kisah Angah, teringat pula pada arwah ayah saya yang berkeras tak mahu saya belajar di luar negara kerana kasih-sayangnya dan takut anak manja tak mahu balik ke negara dan berkahwin dengan omputih :)

About me