Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

19 April 2014

Petua Sotong Goreng Bersalut Tepung

Sejak semalam Farouk request nak makan sotong goreng celup tepung.
Pagi ni sibuk lagi tanya ibu bila nak masakkan untuk dia.
Hish3x....macam mengidam pulak budak sorang nie....

So awal-awal pagi ibu bersilat kat dapur bagi memenuhi selera anak-anak.
Itulah tanda kasih sayang ibu pada anak-anak........
Agaknya kalau ibu dah tua nanti sanggupkah anak-anak ibu berkorban untuk ibu???
InsyaAllah.......

Ibu biasa dengan kalau nak goreng sotong celup tepong ni ada macam-macam
masalah.
Yang paling utama tepung dan sotong tidak bersatu..
Tepung ke utara dan sotong ke selatan....hik.hik.hik....

PETUAnya
1. Bersihkan sotong.
2. Toskan.
3. Lepas tu panaskan kuali TANPA minyak.
4. Masukkan sotong yang ditoskan dalam kuali yang telah dipanaskan.
5. Tujuannya untuk keringkan air yang masih ada kat sotong.
6. Pastikan separuh masak je.
7. Lepas tu toskan lagi.
8. Masukkan ke dalam bekas.
9. Taburkan tepung kering ke atas sotong dan gaul sebati.
Tak kisahlah tepung segera KFC ke, tepung jagung ke, tepung gandumkan..
10. Kalau nak kuning boleh taburkan serbuk kunyit dan gaulkan sebati.
Panaskan minyak dan siap untuk digoreng......


12 ulasan:

ANIM berkata...Reply To This Comment

biasanya saya toskan lama atas penapis bagi kering air sotong..
adakala lap2 dgn kitchen towel.
nenati saya cuba yang ini lak..tq

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

NzA..sekarang ni dirumah acik anak2 dengan ayahnya sekalu sedang suka sangat makan sotong celup tepung..kebetulan beli tepung segera tu sedap pulak..kita tambah sikit daun kari ngan cili mesin kalau nak pedas

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen berkata...Reply To This Comment

tq kak share petua..saya klu wat sotong goreng tepung isu yg paling biasa tepungnya tak rangup..hahahaha

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Saya suka makan je. Masak-memasak tak berapa reti sangat. Hehehe...

Index Apk berkata...Reply To This Comment

wuih, sedap tu

Salmi berkata...Reply To This Comment

Sotong goreng tepung ni kesukaan akak.. Biasanya sotong akak tos dan lap bagi kering. Nanti bolehlah cuba petua ni..

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

sedapnya!ohh smp dua kali kena tos ekk..klu jamu org mkn kena buat ikut petua,klu mkn sendiri sotong ke utara tepung keselatan ke takde hal janji sedap.hehe

ibuayu berkata...Reply To This Comment

First time ayu buat semlm...alhamdulilah jadi tapi meletup2 gak wlpn dah tos lama...lepas ni boleh ikut tips akak lak

Nida Mohd berkata...Reply To This Comment

Ooo..baru tau caranya..kalo mkn kt kedai sedap je..buat sendiri tak pernah jadi..hihihi

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

sedaptu... tapi tuler susah nak menjadi ngat cam kat kedai...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Saya biasa toskan lama2 sikit jer. Celup dalam telur dan gaulkan dalam tepung jagung. So far, ok la juga..heheheheh

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Suka sotong goreng tepung ni. Kali ni bila buat nak ikut cara ni, tos 2x sampai kering sotong tu. Tetiba rasa lapar pulak.

About me