Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

25 April 2014

Seharian di UPSI

Terima kasih ibu ucapkan di atas ucapan Hari Lahir untuk Angah.

Hari Rabu ibu minta izin keluar lebih awal dari sekolah.
Hari Khamis ibu mohon cuti CRK.
Cuti pertama yang ibu mohon tahun 2014.
Itupun setelah selesai tugas hakiki ibu.
Meninggalkan tugasan untuk hari Khamis
Jemput Naurah di sekolah.
Balik rumah jemput Beby dan Angah.
Terus bertolak ke Melaka.
Singgah di Utem, jemput ayah di situ kerana sejak hari Selasa ayah ada seminar di Melaka.
Kereta Ayah tinggalkan pada Along.

Kami memulakan perjalanan ke Tanjung Malim.
Bermula dari Muar--Melaka--Negeri Sembilan--Selangor--Tanjung Malim.
Perjalanan memakan masa 4 jam.
Sepanjang jalan si Beby dok praktik speaking sesorang.
Sesekali Angah layan.
Yang lainnya layan mata....zzzzzzzzzzzzzzzzzzz......hahaha

Bandar Tanjung Malim.
Kami tiba dah petang.
Sebelum check in homestay di Proton City Ayah pergi cari dulu UPSI.
Menjelang petang baru kami ke homestay.
Rumah teres 3 bilik.
Amat selesa untuk kami sekeluarga.

Master bed room yang selesa...
Malamnya kami tak kemana-mana..
Sekadar lepak-lepak sambil tonton TV.
Talian internet dan telefon pun amat lembab....adeh......

Pagi-pagi kami dah bergerak ke UPSI.
Hujan turun dengan lebatnya.
Pusing-pusing cari bangunan E-Learning Konvensyen.
Sesi pertama Beby perlu duduki ujian Bahasa Inggeris ( essy writting dan grammer ) 
selama 2 jam bermula 9 pagi hingga 11 pagi.
Sejak dalam kereta macam-macam dia tanya pasal isu semasa
dalam pendidikan.
Sesekali ayah melayan jugak......

Kami naik ke aras 5.
Mula lah mengadu sakit perut la, kembung la, nak muntah la....bla..bla..bla...
Ada ke patut masa nilah ibu potongkan kuku dia....alahai..budak sorang nie...

Sedang beratur untuk masuk ke dewan konvensyen.
Beby ni seorang yang peramah.
Sekejap je dah dapat kawan.

2 jam kami menunggu ujian selesai.
Naurah dah lelap kat bahu ibu...Angah dok layan lagu...
Ayah dan farouk sekejap je kat sini sebab ayah balik semula ke homestay 
sebab masa nak keluar kereta ayah terjatuh.
Alahai licin sebab hujan.
Tangan dan lutut ayah berdarah...

Masa kat sini kami dikunjungi anak kepada baby sitter 3farah"Mak Nab"
 yang jugak bernama "Farah".
Maklumlah dah 15 tahun terpisah.
Mak Nab bela along, angah dan beby diawal usia 43 hari.
Masa tu "Farah" baru berumur 8 tahun dan 3Farah (Along, Angah dan Beby)
baru berumur diantara 1 thn,2thn dan 3 tahun.
Sekarang ni "Farah" dah kerja sebagai salah seorang pegawai di UPSI.....
Jejak kasih sampai lupa kami nak bergambar.....huhuhu....

 Releks je muka Beby.
Ibu pulak terlebih risau.....
Selesai ujian bertulis ayah jemput kami semula.
Sesi kedua pulak interview di IPSI.
Kedudukan bangunan tu agak jauh.
Lama jugak kami pusing-pusing dengan kereta dalam kawasan tu dalam
hujan yang lebat.
Akhirnya jumpa jugak setelah lebih 30 minit mencari.
Angah dan Naurah je ikut ayah balik ke homestay sebab
ibu dan Beby bercadang untuk terus menunggu di situ.

Isi perut dulu sementara menunggu interview bermula pada pukul 2 petang.
Sempatlah ibu dapat kawan-kawan dan berborak-borak sementara menunggu
anak-anak di interview.

Beby selesai interview lebih kurang pukul 3 petang.
Ceria je muka dia.
Alhamdulillah katanya dia speaking berhabuk dengan lecture tu....

Katanya dia dapat lebih kurang 20 orang kawan baru.
Habis lecture yang lalu lalang disapanya dengan salam.
Alahai, peramah betul dia sorang nie.
Tak macam Along, Angah dan Naurah yang agak pemalu.....
Selesai urusan di UPSI kami bergerak ke Bandar Tanjung Malim.
Ayah bawa pusing-pusing.
Lebih kurang pukul 4 petang kami terus bergerak balik sebab esok
Ayah perlu hadiri meeting pulak.

Ibu doakan semoga Allah makbulkan impian Beby...
Dan semoga beby bakal menyambung deligasi keluarga kami....InsyaAllah.
Jika ada rezeki Beby di sini, InyaAllah kami akan datang lagi ke UPSI...amin..amin..amin....

11 ulasan:

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Aamiin..semoga beby berjaya .

mamaarifakeem berkata...Reply To This Comment

*happy birthday buat angah!

All the best beby, in sha ALLAH, pasti rezeki menyebelahi.. :-)

ayu Ismail berkata...Reply To This Comment

Jauh gak ya kena interview..semoga beby berjaya menjadi seorang guru..

ummiross berkata...Reply To This Comment

aamiin..aamiin..moga Allah SWT makbulkan.

Muhammad Syahmi berkata...Reply To This Comment

Insya-Allah, boleh teruskan legasi ibunya sebagai guru.

Mulia tugas seorang guru.

sal ya berkata...Reply To This Comment

Boleh ganti ibu ye beby.

Puan Kutu berkata...Reply To This Comment

Insyaallah klu dh berkepuk speaking tu mesti dpt..selamat meneruskan deligasi buat beby..

Sheila Salim berkata...Reply To This Comment

Assalamualaikum kak, in shaa Allah. semoga murah rezeki beby di UPSI ni.

Nor Salmi berkata...Reply To This Comment

Moga cita2 Beby untuk mengikut jejak ibu n ayah tercapai

Aziela berkata...Reply To This Comment

Amiin. Insya Allah, tak ada masalah nanti tu.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Insya Allah, ada rezeki Beby sambung belajar di sini. Kalau dah peramah dan speaking berabuk dengan interviewer, sangkut kot :)

About me