Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

12 April 2014

Aktiviti Hujung Minggu

Saat ini 5F berkumpul semula di bawah satu bumbung untuk seketika.
Ibulah orang yang paling gembira sebab semua anak-anak depan mata.
Macam biasa kami akan habiskan masa berkualiti bersama-sama...
shopping-shopping dan makan-makan.

Macam biasa "pot" yang anak-anak ibu suka sudah semestinya fastfood.
Redha jelah walaupun sekarang ni tekak ibu dah agak kurang menerima 
makanan-makanan ni.

Lepas makan sudah semestinya shopping-shopping....

Dah agak lama tak makan takoyaki ni.
Walaupun perut dah kenyang tapi ibu tapau untuk makan di rumah....

Ni pulak Naurah dan kawan-kawan.
Biasanya Naurah akan dihantar oleh ibu atau kakak-kakaknya untuk keluar bersama rakan2.
Ibu ni jenis yang agak sporting.
Ada masanya ibu izinkan anak-anak keluar bersama rakan-rakan.
Mereka dah tahu peraturan yang telah ibu tetapkan sejak kecil.
Selagi mereka patuh dengan peraturan ibu,
ibu akan jadi seorang ibu yang sangat berkompromi....
Ayah!!!!!....segala keputusan tentang anak-anak 100% kepercayaan
Ayah serahkan pada ibu.
Maklumlah anak kami 4 orang perempuan..ibu lebih memahami
kehendak mereka.

Seperti biasa hujung minggu juga kami penuhi dengan jemputan.
Biasanya Farouklah peneman ibu dan ayah tapi bila Along balik bercuti
Along amat sporting untuk ikut kami sama.......

Esok Along dah kembali semula ke U setelah
habiskan cuti mid sem selama 1 minggu bersama kami....huhuhuhu.....

8 ulasan:

attyfir berkata...Reply To This Comment

Seronok kan nza bila semua anak2 ada umah.. bahagia je rasa

Acik Erna berkata...Reply To This Comment

Assalam NzA masa2 yang dinantikan..bahagia hati ibu ayah bila anak2 dapat berkumpul semua kan

Unknown berkata...Reply To This Comment

Seronoknya kak ibu 5f bersatu...

sal ya berkata...Reply To This Comment

5 orang macm ramai je. Bila dah besar sikit je 5 org tu kan kak?

ibuayu berkata...Reply To This Comment

Syokkan bila anak2 dah besar..anak mcm kawan2 hehe

Cho Zila berkata...Reply To This Comment

wow seronoknyr tak senang nak kumpul sekalitu... memang sekarangnni kalua fast foodtu dah tak berapa nak syiokler.. nak makan nasi sambal belacan lagi best...

Aziela berkata...Reply To This Comment

Takoyakiiii....sedapnyaaaa. Saya tak pernah muak takoyaki.

Mummydearie berkata...Reply To This Comment

Seronokkan bila anak-anak semua ada berkumpul di rumah. Anak saya kecil lagilah memang sepanjang masa pun bikin havoc di rumah tapi entri ni mengingatkan saya pada suasana zaman saya kecik dulu-dulu. Kalau semua ada kat rumah, seronoknya tak terkata. Makpak lagilah seronok melayan kerenah kami semua.

About me