Hari Sabtu, seawal pagi Beby dah keluar rumah dengan menaiki motosikal ke sekolah..
Beby ni seorang anak ibu yang paling berdikari berbanding yang lain.
Beby ke Gunug Ledang Resort dengan menaiki bas dari sekolah.....
Beby menyertai program anjuran OUM ( Open University Malaysia ) merangkap penaja
utama beby dalam subjek Bahasa Inggeris.
Biasa begitulah...anak-anak tajaan OUM dibawa ketempat-tempat yang menarik
untuk jalani aktiviti.
Mungkin mereka ada budget yang lebih dan bilangan pelajar yang terpilih pun tak begitu ramai....
Diperkarangan utama resort.
Di sinilah program dijalankan selama sehari......
5 buah sekolah yang terpilih dalam Daerah Muar/Ledang dan setiap sekolah cuma 20 orang pelajar
terpilih ditaja setelah jalani ujian Bahasa Inggeris saringan....
Beby dan rakan-rakan menerima tajaan OUM sejak April 2012...
Dah 1 tahun lebih.....
Beby dan rakan-rakan menerima tajaan OUM sejak April 2012...
Dah 1 tahun lebih.....
Menurut beby, setiap program yang diikuti amat-amat menyeronokkan.
selain kelas Bahasa Inggeris setiap minggu.
Semasa program beginilah mereka berinteraksi dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.
Orang dah minat memang enjoy sakanlah.
nak lawan speaking dengan ibu memang takde maknanyalah......lalala.....
Bersama rakan-rakan dari sekolah yang berlainan....
Banyak juga aktiviti yang dijalankan sepanjang program berjalan....
Bersama rakan-rakan pelajar tajaan OUM Daerah Muar/Ledang.
Tak sempat pulak ibu tanya Beby ni siapa????
Mungkin salah seorang tenaga pengajar ke atau pensyarah OUM?????
Maklumlah Beby ni seorang yang mesra alam.
Kat mana-mana dia tercampak pasti dapat kawan......
Cikgu-cikgu kat sekolah tu pun dah kenal sangat perangai Beby nie.......
Cikgu-cikgu kat sekolah tu pun dah kenal sangat perangai Beby nie.......
Posing dulu bersama rakan-rakan sebelum balik....
Beby sampai rumah dah menjelang Maghrib.
Menurut katanya dia dapat Naib Johan dalam satu
pertandingan yang disertainya........
18 ulasan:
Minat, plus sokongan yang padu dari berbagai sudut, maka cemerlanglah hasilnya. Ins sya Allah.
Belajar cara macam ni lebih menyeronokkan dan selalunya pelajar akan mudah tangkap...
beby sgt bertuah..semoga majujaya selalu.amin
seronok nye..teringat zaman sekolah dulu...
Bertuahnye.... lebih cerah masa depan pandai bahasa inggeris :-)
seronok dapat mnyertai program macam ni...bertuah beby....
Seronoknyer beby dapat pergi program ni...bagus aktiviti macam nidapat kenal rakan2 baru dan dapat menambah ilmu...
uiii...ni sume budak2 terer eng la ni yek..hihihihi..
@Aziela
mmg minat sgt2 tu aziela..snggup brsusah payah n penat asalkan dpt attend.....
@Muhammad Syahmi
betul tu..kalau budget besar mmg pelbagai aktiviti boleh dilakukan...dan student pn akn seronok utk belajar....
@attyfir
Syukur alhamdulillah, rezeki BB ke situ....
@nea lopah
kenangan yg terindah dlm lipatan sejarah....
@mama lieyna
Alhamdulillah, kelebihan yg dikurniakan buat dia.....terus digilap maka makin brsinar....
@MulutPayau
mmg sgt2 seronok bila dia brcerita.....alhamdulillah rezeki BB terima penaja....
@lizz
betul tu lizz, mrk saling brtukar-tukar fikiran kerana salah satu sk trpilih tu adalah sk agama....
@Lily@MamaZaraZareef
Agaknya kot sbb masa akak ikuti program kt sebuah hotel seronok tgk mrk brinteraksi dalam BI sesama mrk..fasih sgt...
seronok la beby..tgok orgnya dh tau mesti ni anak ibu yg paling peramah n easy to go..semua orang syg kan..:)
@Puan Kutu
sejak kecik dia mmg peramah..p mana2 pasti dpt kwn...smpai leni lh mcm tu...mmg aktiviti yg dianjurkan tu seronok katanya...
Catat Ulasan