Tajuk tu ada berkaitan dengan ibu.
Sebab ibu memang broken abis Bahasa Inggeris...muhahaha..
Tapi nasib baik 4FARAH tidak mewarisi kelemahan ibu tu....
Farouk belum dapat dikesan sebab masih di sekolah rendah.....
N3 ni tiada kaitan langsung dengan diri ibu.
Kisahnya berkaitan dengan Beby a.k.a Farah Najdah.
Ini pun n3 yang ibu peram beberapa minggu....
Sijil Pelajaran Malaysia untuk
Oral English Test Beby dah terima 2 minggu lepas,
tapi akibat kelemauan ibu maka baru nak tepek di sini.
Sijil Oral English Test ni dah beberapa minggu Beby dapat
Dan ibu tak nafikan Beby antara pelajar cemerlang dalam subjek Bahasa Inggeris di sekolah.
Dan Beby juga dah 2 tahun terpilih antara pelajar tajaan OUM
dalam subjek Bahasa Inggeris.
Kalau speaking, slang Beby mengalahkan "minah-minah salleh" tu...hahaha...
Ok ibu zoom sikit.
Maaf ye gambar blur sebab snap ditempat yang gelap dengan tab.....
Alhamdulillah 4 daripada 5 konstruk Beby dapat Level 6.
Level yang paling tinggi dan "speak coherently" Beby dapat level 5.
Tidak sia-sia Beby mendapat tajaan daripada Open University Malaysia
Ibu risau Beby ni sebab terlalu tumpukan pada subjek BI.
Dia sanggup bersengkang mata, sanggup masuk segala bagai pertandingan
yang dalam kategori BAHASA INGGERIS.
Bertapa taksubnya dia pada subjek itu.........
Beby mula memasang angan-angan mengikut jejak Angah memohon Asasi.
Cuma katanya pilihan pertama sudah pasti Asasi TESL.
Tapi Beby kena ingat, nak minta Asasi perlu result SPM yang paling top,
cemerlang dan the best
dalam semua subjek-subjek lain terutama dalam
subjek Fizik, Add-Math, Biologi dan Kimia.....
Debaran ibu makin terasa saat-saat SPM makin menjelma.
Beby ni belajar tak struggle macam Along dan Angah
walaupun dia meraih pelajar cemerlang dalam PMR yang lepas.
Ibu tengok tuan empunya badan releks semacam je....aduyai..risau sangat-sangat.
Tepek Gambar Kenangan Beby.
Gambar kenangan semasa menerima Anugerah Pelajar Cemerlang PMR.
Beby bersama rakan yang sama-sama cemerlang....
Keratan Akhbar semasa Beby terpilih menjadi pelajar cemerlang Sijil Khas Agama.
Gambar atas-kanan, Beby sedang menerima sijil penghargaan
daripada YB.
Harapan ibu agar Beby tidak sia-siakan
sisa-sisa waktu yang ada untuk buktikan kecemerlangan dalam SPM nanti...
InsyaAllah...
26 ulasan:
Wahhh memang hebat BI beby!Tahniah kak!dan semoga beby siap sedia menghadapi SPM :D
@NIA sizuka
Akak risau dgn dia ni izzati...trlebih vitamin M la.....huhuhu...
Syoknye jd beby, terror BI, confident level tinggi..syabas.. moga terus maju jaya, dlm spm nntinya..
to mama lieyna
tapi tulah eina, dia cuma suka subjek BI tu je..subjek lain acuh xacuh je...huhuhu....
IM boleh berBI bila dah kerja. Buat report dan public speaking...
Tahniah Beby....Bestnye terror english..teruskan kecemerlangan..
Tahniah Beby....Bestnye terror english..teruskan kecemerlangan..
Tahniah baby... teringat kata-kata ustaz qayyum (ustaz dari mesir)... mengajar bahasa arab.,.. kalau kita mahir dalam bahasa arab bahasa al quran pasti kita akan masih dalam bahasa yang lain... baby telah buktikan cemerlang khas agama dan cemerlang dalam yang lain kan kak ibu...
tahniah beby
Alhamdulillah...
Waa memang betul2 excellent ni, tahniah Beby,berkat sokongan ibubapa juga ni, tahniah buat NzA juga.
@insan marhaen
Alhamdulillah, IM kiranya mahir n fasih dlm BI.
@LiLy @ MaMaQiStInA
TQSm lily, 2lh...dia mmg minat gila2 BI nie...
@Joanna Yunus
betul tu dinda, jika kita dpt kuasai bahasa al-Quran, InsyaAllah hati kita terang...moga anak2 kita cemerlang dlm kedua2 ilmu dunia n akhirat....
@ummiross
TQSM ummi, cuma nza risau sbb dia xtekun belajar la..SPM dh makin hmpir....
tahniah untuk beby ..pandainyer & cemerlang...moga beby terus berjaya....
Tahniah beby, dan tahniah utk ibu nya. kecemrlangan anak bermula dari ibu dan bapanya..
tahniah beby..mmg hebat berbahasa mat saleh..ibu pun tak payah risau sgt.budak cerdik tak perlu struggle,rilex2 sudah.hehe
English saya...ke laut....
In syaa Allah, Beby akan terus berjaya berkat usaha & kegigihannya serta doa dari keluarga & rakan2. Semoga dia dapat mencapai impiannya, amin :)
bestnye kak die bagus bahasainggeris..insyaAllah cerah masa depan die nnti..semoga cita2 beby tercapai yek..=)
@lizz
TQSM lizz...InsyaAllah..amin3x....
@nea lopah
TQSm neo....2 semua atas usha BB dan bimbingan cikgu2 yg brdidikasi.....
@Puan Kutu
2lh, minas salleh celup...he3x..
tapi akak risau la tgk cara BB belajar.....aduyai....
@jeBateja
hahaha..samalh kita.....
@Dinas Aldi
BB nk jadi tecer mcm dinas tu..katanya kalau boleh nk jadi pensyarah tapi tulh, belajar xbrapa rajin...huhuhu....
@Lily@MamaZaraZareef
Alhamdulillah, 4Farah mmg minat n dpt kuasai BI tapi BB ni blajar xbrapa rajin la....
Tahniah beby.....
Catat Ulasan